Tuesday, 24 September 2013

Tajuk hari ini ialah ....???

Assalamualaikum ...


2 hours on the road can be exhilirating as well as sakit jiwa. Tengah syok2 menikmati pemandangan indah negara tumpahnya daraku... ooops I mean darahku, tetiba bas peranginan bagai mencucuk2 kereta dari belakang. Memang mengerikan!

Bas peranginan memang selalu langgar peraturan. Mula2 santun aje ikut laluan kiri tapi dalam sekelip mata dah masuk ketengah terus pecut kekanan. Bas sama bas pun boleh berlumba2. Ntah berapa kali agaknya bas2 tu kekiri kekanan sebelum tiba kedestinasi.

Bayangkanlah kalau lori, tanker, trailer dan trak buat hal yang sama..

Apa kurangnya dengan kereta serta motor rakyat marhaen yang tak segan silu tunjuk bakat terpendam. On the road, Kancil memang juara. Tak padan kecik berlumba dengan Audi. Ada hamba Allah sorang tu bawak motor sambil meniarap atas tempat duduk gaya Superman terbang. Meniarap tak tererlah dek, cuba bawak motor tu terlentang sambil makan kacang. Evel Knieval tengok pun boleh menangis, huahua...

ALHAMDULILLAH selamat tiba RD ...


SELASA 8am. Sangat teruja bila tengok keadaan rumput cenggitu. Kalaulah rumput tu jenis rumput yang elok, nescaya pemandangannya lebih awesome.

The jakun in me feels so fascinated
Kehairanan sebenarnya. Kenapa tak seluruh rumput tu memutih kena embun? Kenapa ada 'patch' putih macam tu? Alkisah ianya begitu kerana titisan halus embun membasahi permukaan sarang labah2. I nih kurang ilmu.. mana nak ingat pasal eco-system bagai semua tu, kaan? until I sendiri buat onar kat salah satu 'patch' tu, barulah tahu, haha..

APA mendenya kat bawah nih? Tulah kerja I membawak pekasam dari RB (rumah bandar) ke RD. Basuh baju disana sangat best. Selain guna mesin basuh yang baru, auwwww... air paipnya sangatlah deras laju debaboom! Kejap aje done 1 load. Ceria aje ati bila tengok basuhan diampaian melenggok2 ikut tiupan angin.

Mesin basuh diRB dah menunjukkan unsur penuaan. Tak tahan dengar bunyinya (juga malu kat jiran) bila proses 'spin' sedang rancak. Bunyinya sebijik cam kapal korek YapAhLoy (wpun tak pernah dengar camana bunyinya).


Ikut cara orang dulu kala menyimpan baju bila nak lari dari rumah berjalan jauh/bermusafir.

SEMASA diRD I telah dikejutkan dengan berita my abang nak kawin lagi. I balas sms kakak dengan satu perkataan aje 'Whhaaaat???'. Terkejutlah juga sebab baru 3-4 hari sebelum datang cerita sensasi tu my abang kata dia tak nak kawin. Biarlah sisa2 hidupnya begitu dengan memori manis bersama aruah isteri disimpan rapi dalam lipatan qalbu. Dia tak cakap gitu, I jer memandai, haha..

I memang tak suka kalau abang nak kawin sekali lagi. Yes, I am being selfish here. I baru jer nak manja2 dengan my abang, tup2 ada orang nak sambar dia dari I. Tak kiralah kalau abang I yang menyambar pempuan tu, whoeva she is.

Apasal lelaki harus kawin setelah ketiadaan isteri? Mesti ke kawin? Kalau hanya nak berteman lawan bercakap, I think better tak payah. I tak mau pikirkan kebaikkannya cos I refused to do so. Am I not selfish?

Hari berganti hari..
Seminggu berlalu sudah so by now my abang dah sepatutnya berkahwin kan? tetapi ....

jeng jeng jeng ...
.

7 comments:

kak ja said...

1st of all, i nak jwb salam..

wa'alaikumussalam wh..

maktok pesan, salam wajib dijwb.. i tak nak jd cucu derhaka..

kander, i fhm sesgt mcmna bunyi washing mesin RB tu.. bkn setakat malu jiran, kekdg kita sdri pun perit telinga mendengarnya, kaaannn??

i learn samting new.. pasai sarang labah2 kat rumput tuuu.. I pun jakun gaaakkk!!

Lili said...

Ngade Ja tu dapat nomor wang *sambil meleret mata ke kiri..kiri kan tempat evil tak terkeniviel buat tempat teduh, ken ken ken..*

Kander, bagi aje kawin. Sekian. hehehe * inilah kekdahnya bila dah lama tak mengKIMENG...dah tak reti!*

Nor Lezah aka Cikguliz said...

Cik Som. Apa khabar? Kalau my hubby tak kawen lagi hari tu, I tak merasa nikmat perkahwinan you. Hihi.

Ibu n Abah said...

Amboi
Org espi dan minah butterwot dah blogwalking..
Dapat no satu uuuuu..
Jelessss i...
Hal rumput tu... I pun tak pernah tgk
(Another jakun join the klub)
Tima kaseh laaaa bg mata pelajaran sains kat we all yg buta sain..

~jeet~ said...

waalaikumussalam..nak jawab slm je..yang lain no komen..

hehehe..

m.u.l.a.n said...

waalaikumsalaaamm...

baru kemarin dua marin kitorang kan (ai dengan hu-els kalo tak aintsuperwoman) ngompats u.. hahaa... idoknya, sbb i lama tak hapdet blog.. dia pon malas.. kitorang ngumpat sbb blog cik som sgt best utk dibaca di kala duka lara nestapa...

org laki kalo tak kawin sape nak jaga makan minom pakai baju dia tu u... kasi je lah kot tapi jeng jeng tu tak jadi ke...

tapi kan my fren's dad tak kawin dah 20 tahun menjanda opss menduda... dah la handsome, keje gomen, pandai buat keje rumah, pandai masak, bikin kabinet dapor.. jodoh di tangan Ilahi kan...

maap ya, jgn block i kat blog u ni.. sebab musabab komen lebih panjang dari post u kot wahahaaa...

CS said...

KAK JA (ngeh3)
MakTok pun pesan kat I, mesti berebut2 beri salam dulu sebab pahalanya lagi lumayan, auwwww...
*berbisik sbb rahsia* Mesin basuh kat RB bukan aje bunyinya ROCK kapak malah ada gak pembocoran pada main arterynya. Imagine got mini flood at dat washing area evritaim water being drained out..


LILI
Hari bersejarah untuk I sebab Ja, you n Akak datang kimeng dlm satu entry. Those were the days my fren .. cewah! Niway, you kena kasi I 10 sebab sahih why I must allow my bro to get married wanmortaim. Siapakah I untuk 'allow' dia ek? kikikik...


CIKGULIZ muah3
Kita kabar baik, alhamdulillah. Diharap awak cenggitu juga bersama laling tersayang. Psst..Tuan Hj tu mmg dah jodoh you, so Allah pertemukan jua. My abang lain kes...hehe...


AKAK
Tulah tu, orang espi n butterwot bukan aje blogwalk, mungkin juga diorang sleepwalk? hehehe... (gurau ya Ja n Lili). This time I teach you sains, 2moro I teach ilmu cakrawala pulak, okay tak?


JEET
Chill out, I tau you sedang semak minda nak habiskan projek tu, tul tak? Semoga dipermudahkan usaha murni ...


MULAN
Ehhh...patotlah kita tersedak2 masa makan mee bandong; rupa2nya 2 dara pingitan sedang ngumpat pasal kita. Ehh ngumpatlah lagi (biar kemvang montot kita yg tersedia kemvang nih, woot2).

Untuk menjwb soklan cepumas.. Ekceli org lelaki bukannya tak boleh jaga sendiri makan minum pakai diorang dgn syarat diorang rajin.. Insyaallah my abang boleh buat semua tu sebab semasa hayat isteri, dia rajin aje menolong.

p/s: jeng3 yang penuh makna
p/s: bila orang sudi beramah mesra dgn kita, kita mesti sambut dgn hati jantong limpa dan tangan tervuka, tul tak?



TERIMA KASIH DIUCAPKAN PADA 6 GADIS JELITA YG SUDI BERAMAH MESRA DISINI ..

Yg benar
Empunya blog yg JELIK-TA