Saturday 14 December 2013

Berbelanja, potong wambut n mee kari ...

Assalamualaikum ...

Agak rajin hari Sabtu nih sebab seawal 9 pagi dah keluar rumah. Dah siap bersiram bagai tapi tak bersyampoo lagi sebab dah pasang niat nak trim rambut bila selesai beli barang basah/kering dari van apek.

Apek dan rakan2 berniaga ditapak yang sama hampir 20 tahun. Tapak niaga sangat hampir dengan deretan kedai runcit bumi/non bumi dan macam2 lagi kedai lain termasuklah kedai makan halal/non halal.

Tiap minggu berbelanja barang dapur ditempat yang sama sebab segala keperluan mak nenek semuanya dijual dibawah satu bumbung. Kadang2 rasa bersalah juga sebab menabur duit ketempat yang sah empunyanya dah kaya raya; tulah every now and then, I berbelanja juga kat kedai2 runcit kasi UP sikit perniagaan diorang. In fact sayur2an dan bahan basah (perishables) memang berbaloi beli kat tempat2 cenggini sebab kesegarannya terjamin.

Dengan RM72.50 dapatlah sekeping ikan parang (got egg somemore), sekor bawal, 3 ekor sotong, 20 ekor udang sederhana, 2 ekor selar, sekeping ekor ikan merah, 3 lada merah (tu yg tinggal), 3 pkt mee kuning, sepeket serbuk/daun kari, sepeket bebola ikan, sepeket sago biji, sepeket wantan mee/kulit wantan, 3 btg serai dan tauhu telur.

Tulis bagai barang2 yang dibeli tu bukan apa, saja nak test my memory. Sah masih mantap, haha.. Kadang2 hal yang sesaat dua baru berlaku, I dah lupa. Sekarang nih I takut nak simpan barang2 kat tempat rahsia sebab it will end up memakan diri sendiri, sob3.

Kalau tak kerana nak memasak mee kari sekali lagi, memang takdelah sesaja rajin keluar untuk beli bahan2nya dan barang2 yang lain tu. Sebab dah janji punya pasal so janji harus ditepati iaitu mee kari akan tersedia sebelum 11 pagi, hari nih.

By 1040am mee kari versi tersangat basic pun siap. Hanya ada bebola ikan, udang dan tauhu telur tapi versi semalam I secretly n discreetly campak 3 ketul drumstick, hehe. Agaknya mee kari yang dibuat semalam rasanya TERlazat sikit maka ada yang tak puas menikmatinya. Makannya pulak dengan sambal udang kering, lagilah..!

Apek bermurah hati beri 50sen diskaun dan seperti biasa, samada daun sup/saderi atau cili padi akan diberi FOC. Hari nih dapatlah 13 biji cili padi merah menyala!

Oh ya.. misi potong rambut berjaya dilakukan. RM12 jer. Value for money takyah pergi unisex salon.

DUA hari berturut2 I macam rajin jer, macam tak malas jer.

Semalam kekiosk minyak USJ9 bayar segala jenis bil. Bil Astro untuk RD 40.25, bil air 4.10 (awat murah sangat? I pun heran) dan bil letrik 83.00. I gud gal sebab dah siap bayar bil letrik untuk bulan depan. Berhutang kecik2 cenggini memang merimaskan. Tak sker..

Selesai bayar bil bagai, I berdezup kekedai runcit dan kemini market berdekatan. Ada aje yang nak dibeli...

3 HARI lepas I terima panggilan dari private line. Tak selalu I layan nombor2 yg tak dikenali but thinking that I know 1 or 2 persons yang guna private line maka dengan girangnya I jawab panggilan tu.

Caller dari AirAsia mengumumkan nama I bertuah dipilih memenangi 2 tiket terbang kelangit biru. Kalau pemanggil tak beritau camana diorang dapat nama kita, sah memang ada yg tak betul tu.

Pemanggil memaklumkan pra-syarat blablabla tapi sebaik aje dia kata kena pergi kepejabatnya untuk ambik tiket, I pun cut him short "mahaplah.. saya takut naik kapalterbang". Ekceli dah selalu sangat terima panggilan macam nih. Dah seasoned.

SABTU:
TB ajak keluar lunch sebab dia dah tersangat lapar (almaklum smlm lunch/dinner makan mee kari jer). I pelawa mee kari yang I baru masak kejap tadi. Wpun dia suka segala jenis mee tapi untuk makan mee 2 hari berturut2 "nehi" katanya. I tau dia memburu NASIK tu, haha..

SANGAT gembira dapat menaip dan bercakap sorang diri. Masih tak boleh load gambar sesuka hati sebab gambar yang kita pilih untuk dipublish mendapat tentangan hebat oleh sistem goblogsepotdotcom nih... Sigh ...

OKlah... nak bersiap2. Nak memburu NASIK.
.

8 comments:

Ibu n Abah said...

Mee kari
Mee kari
I mmg suka mee kari...
Ada lebih lagi tak?

CS said...

AKAK
Mohon mahap sebab kuahnya aje yg tinggal.

Psst... TokMi SP senyap aje... mesti sibuk menimang Adam. Kalau rumah dekat boleh kita pergi ziarah dan pakat kacau Adam tdo ek?

Unknown said...

Aslmkm CS...senang hati nampak..
Macam tu laa gembira selalu.

CS said...

ARTLOVER (waalaikumusalam)
Insyaallah dari senang hati membawa pada kegembiraan tak bertepi (cewah) namun masalah tetap ada. Pandai2lah kita tanganinya, tul tak?

t.a.t.a said...

Kak, rasa macam therapy tak dapat menulis entry yang panjang giler² ni? Itu berapa hari punya event akak peram tu? Hahahaha.


Mi kari memang fav. Tapi tak reti masak, so order je dari orang kat rumah tu. Saya order, bagi duit beli barang, balik kerja dah siap atas meja. Best kan? Yang best nya boleh sesuka hati letak apa² benda dalam tu. Ala-ala ke kerang ke apa ke, boh campak aje. Pastu makan siap² celurkan mi, beehun dengan kue tiaw. Tapi end up makan kuah nya aje.

Wah kak, aku pun dah terjoin sama memberi komen yang panjang giler ini. Hahaha.

CS said...

t.a.t.a.
Menaip panjang2 dan memuntahkan lahar dari sanubari sesungguhnya merupakan terapi minda money kenot buy *sambil senyom simpol mati*.
I sengaja tak selitkan event sepanjang minggu sbb nak stemet dakwat kibod, ekekekeke. Event yg 2 hari tu pun dah lebam jari jemari I menaipnya wpun boleh menaip cam speedy gonzales..(mcm riak aje)?.

Bestnya ada orang nak tolong masakkan. That's the power of having banyak $, use it to our benefits.

Btw, I x boleh nak komen kat blog u sbb pw punya pasal. I pernah ada akaun wordpress tapi dah lupa username n pw. Caner ehh?

t.a.t.a said...

$ tak banyak mana pun and orang kat rumah tu kakak saya la. Hehehe, bukan maid. Saya suruh dia masak sebab saya tak reti masak and masa tu hari cuti am tapi saya kena kerja.

Dakwat kibod? Boleh blah la kau kak. Hahahaha. Kalau betul mesti dah banyak spare dakwat kau simpan kan? Hehehe.

Pasal komen wordpress tu nanti ai tengok kan. Never had any aduan from any of them yang guna blogger, so ai thought no problem whatsoever.

CS said...

t.a.t.a.
Ha'ah kan? bunyinya macam tak boleh blah aje tapi kibod 'old school' mmg guna dakwat, dakwat invisible.