Tuesday, 4 February 2014

Kekasih gelapku namanya Al...

Assalamualaikum ...

Dear Al
I know, I know.. memang dah lama I tak jumpa you. Memang tersangat rindu kat you, do you know that?? Macam takde masa nak mengadu dan berkongsi hal suka, duka dan lara dengan you lagi.

Memang takde niat pun nak tamatkan perhubungan sulit kita nih tapi you tau ajelah. Kadang2 banyak yang kita rancangkan, siap ada things to do list lagi tapi tulah tu. I berkorban hingga sanggup menanggung rindu, I redha kekdahnya asalkan hal2 dialam realiti dapat diselenggarakan dengan adil (w'pun tak berapa saksama, haha..).

I sorang aje yang rindu kat you? You tak rindu kat I ke? Tell me, tell me... cakap dengan jujur. Rindu dengan I tak?

Haaa... nasib baik you kata RINDU, or else I putuskan hubungan kita nih for good kang!

Sekian mukadimah untuk kekasih gelapku... who else but Al-kisah, heheh..

SEBULAN lamanya jari jemari tak beronggeng atas kibod. No wonderlah I dapat frozen shoulder. Kurang buat senaman kot? This frozen shoulder memang no jokelah. Sakitnya taklah menyucuk2 tapi beberapa pergerakan penting agak terbatas terutama ketika beristinjak tersangatlah OUCH! Thektha thangat..

... dan sejak dua menjak nikmat tidur dah diambik sedikit demi sedikit wpun tidur beralaskan tilam empuk nyum2! Banyak yang masih dan patut disyukuri. Tanpa dugaan, manusia macam I akan lupa dan lalai. Allah knows best tapi tetaplah berdoa agar frozen shoulder nih cepat sembuh.

Selamat datang tahun Kuda dan bye2 tahun Ular. Patutnya kuda yang datang melawat I kat rumah, kan? Nih tak, siular pulak yang datang, ishhh...tak sker!


First time berdepan dengan real anaconda, ahaks. Warna hijau bercorak batik, cantik gak.

Kejadian berlaku diRD (rumah desa). Tulah kalau duduk rumah yang dikelilingi alam semula jadi, ehem. Sementelah TB tu bernaung dalam tahun Ular, I thot dia berani. Rupa2nya dia geli/fobia sebab ada satu kejadian 'ngeri' berlaku masa dia bujang dulu, kikikik.. (all the while I thot you are my knight in shining armour, you bukan eh you?).

Dah TB geli maka jadilah I Tun Teja. To cut the not too long a story short, I berjaya memulas kepala ular tu dengan sekali smackdown aje. TereL tak? haha.. TB dan ramai ahli keluarga Tun Teja tersangat teruja dgn keberanian Bik Thom aka Tun Teja hinggakan dapat gelaran snake charmer, haha.. (kembang kuncup gaklah...kan?).

CERITA ular adalah cerita basi. A 2-week old story..

Terkini adalah cerita burung pulak, hehe..


Agaknya burung tu tau tangan gebu tu ada tanda2 keibuan tak? hahaha...perasan-tan! Anyway, kejadian berlaku hampir waktu Maghrib. Burung tu tetiba hinggap kat tingkap sambil mematuk2 cermin tingkap yang ada reflection dirinya.

So I pun cekitdautlah..

Ehhh... molek aje perangai burung tu tak panik pun. Tak takut manusia kekdahnya. I cekut dia pelan2 and set him free soon after we were done berselfie. Terbanglah burung tu dikegelapan malam mencari ibunya mungkin? hehe..

MOOD BAIK HARI NIH tetiba nak gantung satu entry. Insyaallah esok akan digantung beberapa entry lagi sebagai penebus rasa rindu nak membebel. See how this mood of mine dulu, boleh pakai ke tak.

NOTA PENTING:
Ular hijau tu tak mati pun. Saya nih animal lover (wpun tak kasi chan pada nyamuk dan lipas). Ular tu dilepaskan aje kat kebun buah2an jiran (of course lepas berselfie, haha).

Nasib baik sehari sebelum terjumpa ular tu, I dengan TB dah berjoli sakan petik dan (dengan izin) makan buah dukong yang sedang masak ranum, yaRabbi manisnya. Betul2 buat macam pokok sendiri, hehe..


Till then, have a nice day ..
.

11 comments:

Kakcik said...

Beraninya you...

Haliza Ghazalli said...

Wah!...terer la you....apa ilmu yg you pakai ni?

shidah ar said...

CS!!! rindunya! baru semalam skodeng blog u and was wondering where you are, what you are up to, what's the latest news, etc etc

rupanya jumpa ular hijau.. hehe.. muah

t.a.t.a said...

Kak CS. Versi kita hampir sama. Saya punya perah-santan. Hahaha.

blu4sky said...

salam CS,
ingatkan sape Al tadi..hahahah...hari ni dekat laman rumah ada 2 ekor pigeons..macam comel jer.excited tgk

Ibu n Abah said...

Ingatkan rindukan
The Fat Albert
Kikikikikikikikikiki
Seriaunya tgk ular hijau tu

cibilzsonic said...

Salam Cik Som.. di kehenigan ketika jetlag menjelma.. kita teringat kat ciksom.. zaman2 kita saling berbalas komen di blog.. namun kini semuanya tinggal kenangan pabila blog ku sudah setahun di 'out of service'.. masihkah ciksom ingat kat kite.. cik cibil a.k.a cibilzsonic Glasgow.. kite sudah kembali ke tanahair beberapa hari lepas.. PhD kite dah tamat Alhamdulillah.. :)

Queenie said...

euwww...terkejutnya nampak talipinggang ijau tu...
dokong dah ada hasil?

CS said...

MOHON MAAF LEWAT menjawab komen...

KAKCIK
Dengan cicit/piut anaconda I beranilaa...cuba yg datang tu Mem Besar, sumpah I panggil bomba jer..


HALIZA
Terer sikit jer, hehe.. Takde ilmu lain selain membaca Bismillah ...


SHIDAH
I pun rindu kat you.. terbau2 juga kat hidung nih macam2 kek dan roti yang you buat. Tunggu jugak kot ada rezeki you nak beri, huhu (gurau). Alhamdulillah I sihat sejahtera. No news is good news kekdahnya. Psst.. ular hijau tu jelmaan anak raja Gunung Ledang kot? Auwww...

CS said...

t.a.t.a
Versi kita hampir sama? Maknanya murah rezeki kot?? haha..


BLUESKY @SUE (w'kumussalam)
Pigeons tu bolehlah you lantik jadi pos laju. Takyah bayar stamp, jimat.


IBUnABAH @AKAK
I windukan AL GOREng...har3.. Ular tu kecik aje, 10 ekoq pun I boleh lawan, ekekekeke.... Cakap berdegar2 gitew, walhal baru nampak sekor aje dah melompat kijang.

CS said...

CIBILZSONIC (w'kumussalam)
Terima kasih singgah kesini dan masih mengingati diriku ini, cewah. Tentulah kita ingat kat awak, tak lupa punya. TAHNIAH diucapkan kerana berjaya menggenggam skrol PhD. Abang Kesayangan apa kabar??


QUEENIE @QJ
Terkujut juga masa memula nampak sitalipinggang ijau tu tapi I tabahkan hati memandangkan hati TB kurang tabah, kegelian dgn ular yg kerempeng tu. Pokok dokong ada 10 batang, banyak juga buahnya tapi sad to say, pokok2 tu bukan I yg punya namun dapat gak merasa bergugus2, alhamdulillah.