Tuesday 1 April 2014

Monologue ...

Assalamualaikum ...

rasa sebak dan sayu
Dalam entry terdahulu I memandai buat andaian kapalterbang yang hilang akan dijumpai pada hari ke-10. Hari nih masuk hari ke-25 namun keadaan masih tetap sama w'pun usaha mencarinya berlipat ganda.

Wahai kapalterbang MAS yang hilang, kat mana aje awak bersembunyi sekarang?

Kehilangan kapalterbang negara sendiri jadi penyebab I terkesima membaca bahan2 atau berita dari internet/fb (selalu baca sokabar aje). Bahan bacaan dari internet bersandarkan pada fakta, andaian, teori munasabah dan teori konspirasi.

I pun baca dan menghayatinya. Kadang2 tak faham pun terutama bila ada unsur konspirasi. Susah hati/risau pun ada.

SETIAP hari dilaman FB mesti ada cerita panas yang mampu buat kita berwap berasap didada. Apa juga bahan yang dibaca, pandai2lah tapis sendiri, jangan telan semuanya. Dalam pada tu, harus juga baca bahan yang 'agak kontroversi lagi mencabar minda' sebagai food for thought. Biar terkuak sikit minda, sejenak berfikir luar dari kotak tisu, haha.

My FB memang tak aktif. Kalau pun ada interaksi, I cuma suka nak LIKE aje. Masa PRU13 dulu, I tetap bersabar bila baca segala bahan yang berbentuk tomahan/fitnah sebab I tak kuasa 'berlawan mulut' as once I bersuara, I juga nanti yang menyesal serta rasa bersalah sampai terjejas nikmat tidur.

See? I memang takde bakat jadi wakil rakyat. TIMID sangat (sempat jadi penolong ketua darjah aje pun, haha).

... tapi berbeza pulak kali nih. Sepatutnya bila negara sedang alami masalah atau musibah, setiap orang dari kita wajib bekerja sama dan bersatu hati. Bila bercakap atau beri pendapat biarlah sopan. Kalau nak cakap pedas sekali pun, takat pedas guna 5 biji cili padi dah cukup tapi tak begitu jadinya. Keadaannya serupa aje macam ada pilihanraya.

Yang sana menuduh yang sini, yang sini menuduh yang sana. Ramai yang put the blame on other people. Politik juga dikaitkan sama, sigh. Masing2 komain lagi jadi hero. Yang bijak pandai dah tua bangka pun tak menolong menegakkan kebenaran malah seronok mengeruhkan keadaan. Negara sendiri dan keupayaannya diperlekehkan.

Rakyat negara sendiri yang memburuk2kan tu; apatah lagi orang luar. TDGADamn pun!

Maka dalam keadaan runcing macam tu disamping tekan LIKE, I memberanikan diri beri pendapat 2sen sebab dah tak tahan berdepan dengan tahap kebodohan yang disengajakan.

Ishhh... sebenarnya tak mau tulis pasal semua tu tapi tetiba pulak jari jemari nih menginja2 atas kibod. Agaknya dah teramat rindu nak bercakap banyak sorang2 tak?

OK, kita beralih topik2 lain pulak eh?

SEJAK air dicatu, kawasan rumah BikThom masih belum terjejas lagi. Masih boleh mandi shower 4x sehari, lebih2 lagi dalam cuaca panas melekit nih. Berita terkini katanya fasa ke-4 catuan air akan bermula Jumaat nih. Mungkin kali nih kawasan perumahan BikThom akan terjejas sama (tapi diharap tak, amin).

Sekiranya terjejas, kenalah BikThom tadah air sebelum Jumaat tiba sebab mula hari tu selama beberapa hari BikThom n hubby will go for a mini getaway (to where else but RD laa, berhoneymooning for the umpteenth time).

LATELY bila kesana, D&T tak ikut/tak nak ikut wpun kadang2 kesana pada hujung minggu. Berdua tu sibuk dgn hal memasing (dan sebenarnya tak rajin nak tolong Umi bersihkan taik cicak bagai, kaaaan?). 2 minggu dulu kelkatu menyerang. Bila bangun pagi, lantai bersepah dengan bangkai kelkatu. Bila kat sana cik hampagas tak henti2 menyedut. Macam2 yang dithedutnya, good gal..

3 WEEKS ago on our way to RD (a sight that could not go unnoticed, cewah).


Amacam? Nampak terer dan daring tak budak pempuan tu? Sengaja cari pasal letak sling bag kat belakang badan. I (yang kepo nih) terasa gerun menengoknya. What if ada peragut2 bersiri menunggu peluang?

Psst.. ambik gambar dlm keadaan motor dan kereta bergerak, not bad ek? (ek?ek?ek?) hahaha...

Bila berdua, masak yang simple2 aje. Kalau tak masak, jjcm kat Mydin. Kat RD pun ada Mydin. BikThom dan Mydin tak dapat dipisahkan gitu, hehe..


Since sekarang dah minat bangat dengan sweet peas maka apa juga masakan (yg munasabah) akan dicampur sisweet peas (selagi takde siapa kata dia dah muak).


Nih kira masakan paling mencabar malaslah nih. Guna bawang putih, sos tiram dan sikit garam. Kalau rajin dan bahannya ada, campakkan udang atau masak sekali dengan cendawan enoki. It's up to you laa.. sker ati awak nak buat camana.

Bila dah berkemas dan takde kerja lain nak buat, maka melilaulah mata nih disekeliling rumah. Aktiviti skodeng bermula ...


'pheasant' rupanya ...

Ayam berdua tu selalu cari makan bertiga tapi malang tak berbau, sekor dah kena langgar bila menyeberang jalan. Innalillah :-(

Somehow I sangat teruja bila nampak benda2 yang tak selalu nampak bila duduk dibandar. Lagilah teruja bila dua ekor nih datang mencemar duli (awww.. I feel touched).


Gambar tak terang tapi ada unsur artistic value tu, heheh. 2 ekor hornbill atau enggang singgah bertanya kabar pada BikThom. Auwww... REZEKI datang berbagai cara dan rupa, alhamdulillah.

Sekian dari empunya cerita. Have a nice day.

.

18 comments:

Kakcik Seroja said...

Kakcik masih mengharapkan perkhabaran baik tentang MH370. ..

PetakBunga said...

bila dgr serpihan yg jumpa tu bukan mh370..rasa ada harapan balik.

CS said...

DEAR KAKCIK & PETAK BUNGA
Samalah kita, harapan tetap menggunung mengharapkan mereka kembali in one piece, insyaallah.

Unknown said...

Assalam CS...
Memang menyakiti hati bila baca bahan mengutuk negara sendiri tambahan rakyat kita yg bermaustatin diluar negara. Sedap2 mengutuk negara kita yg sebelum ni amat aman & sejahtera.....

Jimat air....catuan mungkin bermula diTaiping Perak...
Aduhh kesian hubby saya....dh mula pening kepala!

blu4sky said...

assalamualaikum CS
am still hoping..selaqi tak jumpa selagi tu masih ada harapan

let us keep praying ya :D

Ibu n Abah said...

Mmg banyak budak perempuan naik
Motor letak handbag dibelakang begitu. Walau tak ada duit.. Masih jadi umpan pada peragut. Bila dah kemalangan mesti jadi parah atau kematian....
Kacang peas tu kalau rebus dan makan
Begitu saja pun sedap. Selalu makan jika ke restaurant jepun....
Ayam yg dlm gambar di RD tu i tak pernah bela.. Apa species nya? Teringin pula nak bela. Cantik.

Bintangjauh said...

Salam Cs,

sekian lamanya nian tidak Ratna menanya khabarmu dan...
terusik hati untuk menegur sapa...
Hari Sabtu tatkala bersiapsedia untuk berlepas ke Jakarta (yang akhirnya menjejak dua telapak kaki buat pertama kalinya... diatas pelawaan CintaJL dibumi tempat darahtumpahku yang asal)dimana pada setiap pagi pasti pasangkan tele dan tersirap darah pabila berita yang disampaikan dari BBC&CNN yang membikin liputan khas mengenai pesawat kita hilang sebegitu sahaja dan tetiba Ratna ter...duduk didalam diam karena dua hari setelah sampai diKL Ratna bermimpi sesuatu yang nyata berkaitan dengan "peristiwa pesawat MAS" lantas memberitahu kepada CintaJL mengenai layarcerita sebuah mimpi tersebut dan seperti biasa CintaJL hanya mendengar dengan ulasan yang ringan walhal mimpi-mimpi sebelum ini telah "terjadi" dengan nyatanya yang dikataka sekadar terjadi secara kebetulan sahaja... WallahuA'lam bish-shawab.. !

Selama ini Ratna mendiamkan diri setelah bertubu-tubi mendengar&membaca segala to'mahan/tuduhan dari yang pendek akalnya yang hanya reti mencaci hamun sesedap mulut dari mereka yang celupar walhal semasa AirFrance terhempas di Rio tidak ada seorangpun mencemuh sebegitu rupa ! Malangnya... jelas sekali pandangan rendah sering terpecong kearah sebuah negara yang kecil sahaja, layanan "double standard" tersebut sudah lumrah lagi-lagi dari jenis manusia yang mengira kaumnya sahaja yang berhak berdukalara dan memberontak dengan lontaran kata-kata kesat terhadap keupayaan negara kita mengendalikan pencarian pesawat yang gaib entah kemana perginya...
Insya'Allah... semoga "kesedihan" itu akah dijawabkan kembali yang hanya milikNya sahaja.

Didalam Islam tidak ada keraguan diatas kebesaranNya dan hentikan semua agakan secara mengarut itu karena ianya bukan membantu kita bagi menyelesaikan keadaan yang sememangnya kusut, akan tetapi lagi menyerongkan kefahaman kepada yang jahil ilmu agamanya...

Salam mesra semanis madu.

t.a.t.a said...

Yesterday my boss came out of his room and sit in front of me. He talked about alam ghaib and alam nyata.

Dia cakap sekarang ni jarak alam ghaib dan alam nyata sangat dekat dan ada kemungkinan juga sudah bercantum. Bercantum di mana kita terdengar kes seseorang yang termasuk ke alam bunian. Dia hilang dari pandangan mata kita. Ghaib. Tetapi sebenarnya dia masih wujud cuma kita tak nampak dia. Sebab dia dah termasuk ke alam lagi satu.

Tidak mustahil perkara yang sama berlaku pada MH370. Ada kemungkinan mereka termasuk dalam alam tersebut. Cuma untuk seketika waktu sahaja. Tiba masanya nanti mereka akan pulang kembali ke alam ini semula.

Apa pun yang pasti janji Dia memang tepat. InsyaAllah.

p.s Itu cuma pendapat dan pandangan seorang hamba Allah sahaja yang tiada kepakaran hebat dalam apa bidang sekali pun.


t.a.t.a said...

Pasal minah yang naik motor tu, memang saya sokong akak. Saya pun tak gemar dia selempang macam tu. Bagi saya jangan la letak apa bag yang menampakkan itu handbag. Letak la dalam motor ke dalam paper bag ke apa ke. Jangan sangat obvious itu handbag la sayang. You tak risau meh menjadi jamuan mata-mata para penyangak di luar sana?

Me, risau sangat!

CS said...

HALIZA (w'kumussalam)
Bila dengar ucapan PM Aust, terubat sikit rasa gundah dihati. Apa pun, media memainkan peranan.. 'ketuk kibod tanya niat'. Baik niatnya maka eloklah end resultnya.

Why agaknya bila catuan air, hubby you pening kepala? I kepo nih...hehe..

CS said...

SUE (w'alaikumussalam)
Betul Sue.... I pun masih mengharap tapi dlm masa yg sama tak dpt tolak 'the obvious' might have happened :-(

CS said...

IBU n ABAH
Pada I sweet peas n kacang kat restoran jepun tu ada bezanya (wpun depa bersedara).
Ayam tu omputih panggil pheasant. Tak pasti nama Melayunya. 'Pegar' kot?

CS said...

RATNA (w'kumussalam)
Lama kita tak bertegur sapa ya? Niatnya nak hantar nota berjela ke Ratna tapi asyik procrastinate aje. Ekceli saja nak usik, balik Msia sikit tak beritau namun terubat juga rindu bila terpandang 'dia yg sedang memukul telor' dan kemudiannya terpandang 'jari jemari yg dihiasi beberapa bentuk cincin awesome dgn kukunya nampak cantik bersih' ... siapakah gerangannya?
Anyway, nota dibelakang tabir akan dilayangkan keGrenoble selepas kembali dari RD nanti ya?
p/s: Alhamdullillah kita dilahirkan sebagai muslimin berbekal rukun Islam & Iman.

CS said...

Anakanda t.a.t.a

1. Memang tak mustahil.. I percaya boleh terjadi dgn kehendak dan kuasaNya.
2. Agaknya pempuan naik motor tu dah lama hidup. Tak pasal2 kita yg risau (mmg nak kena dia tu!).

Bintangjauh said...

Salam CS,

sedikit nota:
Ratna tidak memaklumi kepulangan balik ke tanahair karena dipelawa (diakhirnya saat) dari CintaJL yang bersandarkan dengan kerjatugasnya dimana misinya pergi ke KL, Jakarta dan Brunei, oleh itu masa Ratna terhad dan pabila disamping beliau semahunya waktu tertentu tersebut pasti disisinya dan seperkara lagi Ratna menetap dihotel-hotel dan tidak sebumbung dengannya IbuAndong, demikian mengapa tidak dicanangi dan ada juga hasrat dihati untuk bersuamuka buat pertamakalinya dengan seorang kenalanpun tidak kesampaian yang membisu sebegitu sahaja !!!

Insya'Allah disatu hari nan kita semua akan bertemu/berkumpul dengan sahabats yang sesungguhnya Ratna hargai sepenuh hati seperti sis Iha, Cik Puan Eka, Dza, AA,Ros,Angah PJ, Dekni, Arizakiah juga yang diMelaka... Insya'Allah.

Salam mesra semanis madu.

Bintangjauh said...

Jangan dipampangkan nota ini,

siapakah gerangannya dua telapak tangan itu? SiBintangJauh, duhai CS...

Unknown said...

Mana tak pening...kawan tauke air kat Perak & pembangkang pun buat issue lah pulak. Tapi alhamdulillah hujan mencurah2 & kemungkinan catuan akan dihentikan sikit lagi...insyallah

CS said...

HALIZA
Gitu kesahnya...
My area baru 1st time kena catu, started on Friday. My hse takde air on Sun/Mon so today kita sangat mengharapkan air melimpah ruah. Semalam hujan lebat I tadah air.. baru sekarang tau nak appreciate air hujan.