Monday, 2 February 2009

Ahad 1 Feb ... kesana kesini

Sedang bermalas2an T ajak pegi vet untuk suntikan susulan Tot & Gege (nama diraih dari 'tangga'). Dak berdua ni dapat gatal2 kat telinga dan badan. Bila kita dah siap bagai, T tersengih "Mi..diorang dah baik". "Heh..selamat 30 inggit Umi. Kita duk umah ajelah". "Mi, teman pegi Subang Pred". "Hei, ada aje dia nih..nak beli apa lagi??". "Adalaa.. T ngidam satu benda nih - Creative Mozaic 4gb. Latest Mi.." (ishh.. dahlah kita ni berjalan macam ketam...camana luka nak cepat baik kalau asyik jalan2 aje?). Agaknya dia ni tak tau bezakan makanan dgn barang. Semua dia bantai 'ngidam'. Ngidam X-box, ngidam PS3, ngidam snow ice, ngidam macam2.

Set ke SP, kali ni kita jadi mem duk diam2 sebab T yang drive. Satu yang tak tahan bila T drive ni .. aduuuh.. mulutnya bising cam mak nenek berleter; berleter kat orang yg indecisive tak pasti nak kekiri atau kekanan, kat 'orang makan jalan' dan kat orang tak reti guna lampu isyarat. "Sabar jerlaah ... " (maka kedengaran kata2 bernas dari Uminya).

Benda yang nak dibeli tak jumpa namun sempat juga dia merayap ke 1-2 kedai lain whereas Uminya duduk diam2 kat kerusi-bulat-lekat-ditembok depan Kenny Rogers (sambil menyuap pelan2 McFlurry oren (lupa bab gemok kejap). Sempat jugak tapau 6 biji donut tu (2 each untuk D, T dan yours truly). Alaah.. nak kata kita gemoklah tu............ kan?

Balik dari SP singgah ke Victory (restoran ori dari Arab Street, Spura). Kita ngidam murtabak dan T ngidam nasi beriani kamb. Ehh, ni sudah bagus, senang pulak dapat parking..tapi kita dua beranak tak turun dari kereta pun. Kita buat kerja keji, kita *oder dari kereta aje. Seronok juga tengok uncle kat kedai tu sambil menggoreng dia berhenti kejap jawab fone (Tlah yg fone tu). Yang bestnya, uncle tu tanya "mau datang sekarang?". Dia tak mintak nama atau nombor telefon kita pun. Kalau ada yang dengki, oder tapi tak ambik, camana? Kesian kan? P/S: *Value added service untuk semua pelanggan. Bagus kan??

Lepas hantar T ke SA, kitorang singgah kat restoran Ayam Penyet. Jamuan Mawi hari tu ada ayam penyet kan? Penyet tu penyek ke? Berdasarkan gambar ayam penyet kat bawah niii... rupanya tak penyek2 pun? Maybe Kak Za atau MN boleh beri terjemahan ..

Kita tapau aje, lebih selesa makan kat umah. Boleh suap menyuap diantara satu sama lain .. haha romantiknya, macam pengantin baru Mawi & Ekin. 1 set ayam penyet = ayam, timun, tempe, tauhu dan sambal dimakan dengan nasik putih (kita masak nasik sendiri konon nak jimat). Sedap tak?? Sedaaaap terutama sambalnya.

I oder soto ayam. Kalau disuruh beri markah 1-10 untuk soto ayam nih, dengan lokeknya I beri 1 per sepuluh!. Tu pun sebab kesian. Patut bagi perpuluhan 5 aje. Ada ke kuah soto macam kuah sayur bening? Soto tanpa begedil is not soto. Sedap tak? Taaaaaaaaaaaaak dan sangat mengeciwakan.

Restoran Victory dan restoran Ayam Penyet ni bersebelahan aje. Depan Victory ada restoran baru 'Ledang' (jual beriani Johor dsb). Tiap kali ada restoran baru dibukak, soalan yang sama "berapa lamalah kedai ni boleh bertahan".

Pada sesiapa ya familiar dengan Taipan, Burger King kat situ dah ceases operation. Mungkin berpindah ke USJ19 - kat shopping complex yang baru dibukak.

2 comments:

G'Zain said...

CS,
Wa dah survey shopping complex USJ19 tu beli susu Aleesya kat Carrefour kebetulan singgah USJ balik dari Fella haram takada burger king kat situ. Carrefour dia pun kenit aje, ala-ala manja gitu. Sib baik jugak susu si kenit tu a bit cheaper comapare to Giant...

ciksom hmmm.... said...

Bestlaa lu .. wa yg dekat lum kesitu lagi. So, kat situ takde Burger King? Manalah dia pegi or whylah dia tutup, ek?