Thursday, 19 February 2009

Demam 1.1

Sejak tengahari semalam demam. Tak pergi klinik. Tiap 4 jam sekali makan panadol. Takde selera nak makan. Makan roti sekeping sapu butter dan jam. It took years for me to finish it. Perut dah masuk angin. Bila perut dah masuk angin jawapannya meranalah sorang diri. Rasa cam dapat morning sickness. Rasa mual nak muntah. Time ni pulak picit2 dan urut2 badan takmoh sedawa. Kalau tak jari jemari baru nak sentuh badan jer dah boleh sedawa.

Dugaan lagi.. semoga dosa2 kecil ku hilang .. dosa basah dan dosa kering.

Dah sepapan panadol habis dimakan namun demam tak 1oo% kebah. Tak boleh jadi, petang tadi pergi klinik. Doktor ambil blood pressure dan temperature. Hmm panas.. 38 point something. Badan takde rashes so alhamdulillah. Doktor bukan aje beri ubat2an tapi dijabnya kita kat montot. RM55 gone.

Lunch at 4pm. Thot of buying sup daging kat restoran Hassan tapi hampa takde. Balik rumah makan 3 suap nasi dgn kuah gulai udang. Rasa pahit tak best. Time to take ubat tapi tadi baru aje kena jab antibiotic kat klinik. Bila pulak kena makan antibiotic capsule? Fon klinik dan tanya doktor. Doktor kata makan selepas 2 jam dari dijab tadi. Hmm.. awat nurse tak habaq??

Tengah tulis ni terasa mual dan lapar. Perut berbunyi krok2 tapi nak makan apa? Tadi pesan kat hubby belikan icecream tapi lambat pulak ice-cream ni sampai.. Ngidam ice-cream (sajalah nak manja). Can imagine bila ice-cream masuk ke tekak. Sejuk dan nyaman. Pesan belikan perisa either Ripple, vanilla atau strawberry. Harap dia tak belikan perisa keladi .. yukh tak suka.

Thanks to D & T sebab buatkan air teh, bakar roti, jaga time makan ubat dan bawak ke klinik. Thanks to m.o.t.h. sebab .... macam2 sebab .. tapi kalau tak bawak balik ice-cream perisa sedap, I nak merajuk (tak kira nak jugak).

2 comments:

mrs chiow said...

Harap ciksom bertambah sihat pas mkn aiskrim hehehe..

CL said...

jgn makan lelebih,nanti selsema pulak. take care bebeh.