Friday, 6 February 2009

Kelakar .. 11K cash ..

Jadi blogger ni best, sebab utama ianya PRE (sepatah kata Santi). Samada you rajin berceloteh, rajin berkarya atau rajin menulis .. semuanya terpulang pada you. Apa juga you nak tulis, orang lain pedulik haper asalkan you tak kacau jiran sebelah menyebelah, kan??

Berbeza dengan 'resort' disana tu. Ianya berbayar, ramai pulak pelanggannya namun serinya tiada! Sayang sungguh.

Teringat pulak kat si Ally @ TV3 tu.. Tajuk program 'Ally' Rabu lepas menyentuh pasal lawak masa kini. In short, lawak masa kini tak kelakar, diorang takde idea baru atau diorang buat slapstick bodow. Sejak bila you last ketawa berdekah2, mengilai2 atau senyum kambing bila pelawak kita wat lawak? Ally kata "orang kata saya buat lawak bodoh, saya pedulik haper?".. sambil tersenyum mengakhiri promo slotnya itu.

Tetamu undangan Ally -> Dato Jamali dan Afdlin. I sempat tengok Dato J (nama glemer) buat lawak suara si Atan tapi bila giliran Afdlin, mata I dah tak dapat dibendung lagi ..... zzzZzzzzZzzz gitu.

Lately sejak hantar D ke so-called opes, I dah terstuck dengar radio ERA dlm kereta -> Aznil & Din B aka Shasha. Siaran diorang bermula dari 6-10 pagi. Dua2 ni sama gamat and very hilarious! Dengar 20 minit aje dah boleh boost up my mood. I dapat rasakan ruang2 roma dimuka kembali bergerak2 riang bila Aznil mula ketawa berdekah2 dengan Din B's antics.

And .. at 8am (kalau ingat) harus tengok Fran (rerun). Last week ada Elton John & GFnya, semalam ada Michael Bolton dan Scott Biao (dulu, kini dan mungkin selamanya - I minat si Scott nih..hehe jangan jeles ya CikLi?). Dalam pada tu nak juga jadi muslimah yang unggul makanya setiap hari Jumaat hingga Ahad dari 7-8 pagi, wajib ikuti "Tanyalah Ustaz" @119. Ada satu dua ustaz feveret sebab penerangan diberi amat terperinci.

2-3 hari ni ada mood nak tengok Cik Rah sebab Suze Orman jadi tetamunya. Terbukak (siiiikiiit) minda ni .. why kita perlu berjimat, jangan buat hutang tak tentu pasal, jangan melabur tanpa ilmu, blablabla. Ada satu fakta yang melekat kat minda but I kenot write it down here for fear I might be misunderstood (hehe ekceli tak reti nak huraikan dengan perkataan bijak..).

Ringringring.... Ehhhhhh jap eh .. ada orang fon pulak ..

Ohhhh dari Citibank rupanya. Komain pantas dia bercakap. "Hello cik.. you cakap laju sangat.. I tak fahamlaa". What? Citibank offered me 11K cash..? Haha, pandai aje nak suruh orang berhutang ekk?? (cakap dlm ati aje tu). Interest rate separuh dari ntah berapa %. Processing fee zero. "Puan perlukan duit ke? Kalau perlu saya boleh transferkan blablabla...". Cik adek oii, saper yang tak perlukan duit? Bak sini 5 ribu. I nak renovet toilet, tukar pagar, peparitan, tembok sebelah bilik air perlu discrape, dicat triple coating dan tukar frame pintu. RM7K cukup kot?

TQlah Citibank, anda memang perihatin tapi anda tooooot laaa..

7 comments:

G'Zain said...

Yalah Cik Som
Siapa tak nak duit. Wa pun nak gak tapi nak berhutang untuk renovate, beli perabot and upgrade house wa tak rela. Bila takdek duit wa wat bodoh bila dah cukup baru wa berhabis. Now my house in a mess tengah upgrade sikit. He He He

Dentist and Me said...

in other word, lu ada duit lah khanz lu.


Cik Chomby, website sana tu sensitip sangat kah?

ciksom bersyukur said...

Gee, betul tu. Syukur wa bukan jenis beli on impulse. Lu upgrade nak buat kolam renang ka? Wow!

Dentease, wa ada duit tapi sikiiit aje. Re: 11K tu, wa rimas bila berhutang. Syukur alhamdulillah, wa & hubby are free of debts yg gigantic.

ciksom nihhh... said...

Lufer nak jwb your 2nd question. Sensitip? Not exactly tapi diharap lu dapat rasakan something amiss there...

G'Zain said...

Doc Aji,
Baru ada duit sikit ajek so buatlah upgrade sikit belum taraf werld cam lu...
Cik Som
Kalau wa ada duit manyak pun lum tentu wa nak buat kolam renang

Salt N Turmeric said...

somuffins, blog apa yg you mentioned tu? story lah. i pun nak tau jugak.

ciksom explains said...

Hi S&T .. blog tu adalah blok P&C. Blog berbayar yang punyai <>30 orang. I am one of its members.