Tuesday, 23 October 2012

RD ...

RD bukan reader's digest tapi nama timangan rumah disana nun.. Sebelum ngomelan dilanjutkan, nak cerita dulu pasal masakan tengahari tadi.

Semalaman teringat2 kat satu lauk nih. Nak buatnya senang tapi apa pun yang nak dibuat, mood bik Thom haruslah dalam carta teratas so nampaknya hari nih adalah harinya, syabas!

rupanya kurang menyerlah tak macam QJ punya
 maybe tak cukup rencahnya namun tetap menjilat jari jemari
Konon tererlah, kan? Sekali baca dah ingat bahan2nya. Masa menumbuk b.besar, b.putih, lada merah & cili padi tetiba terbayang seketul belacan. Ehh..biar betul? ke I dah mix up bahan buat ayam perecik Ganu yg QJ buat tu? haha.. no pOblem bebeh, seketul belacan kecik does no harm......right?

Bubuh 4 biji cili padi tapi takut juga TB komplen pedas jadinya derhaka pada resipi adalah dialu2kan. Maka melayang secubit gula kedalam kuali. 

Baru kejap tadi jengah sekali lagi kedapur QJ, aaarghhh...tu dia, I lupa nak bubuh serbuk bilis rupanya. Belacan sebagai pengganti serbuk bilis tidak mencacat cederakan keenakan lauk tu, "percayalaaah" ... kata Siti Som, harharharusss...

Dan untuk kuahnya (wajib ada kuah sebab bik Thom tak reti nak buat 'Heimlich maneuver' sekiranya diri sendiri atau TB terbegik).

Sayur lemak tempeR
Selalu guna kacang panjang tapi sejak dua menjak
I dah jatuh hati pada kacang ular aka snake bean

Rupanya menggerutu
tapi rasanya ohhh so awesomely crunchy!
(D yg bermotai tu boleh geli dengan kacang nih. Whatlaaa...)

OK tamat sesi makan, sesi ngomelan bermula sekarang...

Buat julung kali raya haji akan diraikan di RD. Berdekad2 lamanya memang beraya disini aje tapi tahun nih almaklum, keterujaannya lain sikit.

Dijangkakan minggu lepas jika semuanya beres, bolehlah hujung minggu nih kita bermalam dikatil RD tapi takat hari nih takde perkabaran gumbira dari sana mengesahkan TNB dah mendirikan tiang letrik dan mengalirkan tenaga letrik kerumah.

Kenapa lembap sangat eh?

Dah takde letrik tak dapatlah dipasang segala lampu, kipas angin bagai. Selama nih kontraktor pinjam letrik dari rumah sepupu untuk kerja2 kasar yang lain.

Cabaran dua rumah 'adakah semuanya harus dibeli baru'? Hmmm.... For sure I want my bed to be new, auwww... so my katil n tilam dah pun dibeli disana dan dah pun dihantar kerumah tapi tak dapat diassemble sebab takde letrik. Ye ke kena guna letrik? Sesungguhnya memang I tak arif bab assemble2 katil nih..

Camana pulak dengan meja makan dan perkakas rumah yang lain seperti kerusi untuk tetamu dan kerusi untuk keluarga bersantai tengok tivi cerita Adam&Hawa? haha... Bila sekali sekala balik kesana, dapurnya harus berasap juga, kan? Makanya, harus disediakan dapur masak, oven, esbok, mesin basuh dan langsir... ohh yes, langsir is a must!

Hmmm... banyaknya nak kena beli? Bestkan kalau ada pokok fulus cam pokok ubi? Boleh main petik2 aje pucuknya?

Bab langsir tu memang perlu dipasang secepat mungkin almaklum bila malam hari pemandangan hutan tropika yang indah diwaktu siang akan berubah jadi ..... gulp! tak nak thebutlah!

pandangan dari bilik masterji
alangkah gerunnya bila waktu malam? gulp 18x!
tapi bila siang hari nampak pulak pokok betik
*sejuk sikit ati*

Ngomelan dihentikan dulu sebab puan editor belum dinner lagi. Selalunya mithali sanggup tunggu TB balik lewat malam baru makan sesama tapi malam nih kenot tahan godaan lauk siikan bilis. Semua nih QJ punya pasal, lauk dia selalu menggoda kita (QJ, mekasih bebanyak for the recipe eh?).
.

19 comments:

Kakcik Nur said...

Selamat menjamu selera. :)

bintangjauh said...

Salam CS,

nak itot!!! ke RD baru sebarunya...

Yang Ratna adore ialah "Hmmm... banyaknya nak kena beli? Bestkan kalau ada pokok fulus cam pokok ubi? Boleh main petik2 aje pucuknya?" justeru.. Ratna ter...senyum manis semanis si-bingka ubi jadinya...

Sampai nanti. Salam beraya dan Selamat Menyambut HariRaya Haji AidilAdha buatnya CS seisi keluarga semoga sambutannya meriah sejahtera disuasana nan baru bernama RD.

Queenie said...

har har har hari2 mau...
tu anchovies plus peto peto mmg takleh pakai kalu nak perut kempes..ok apa color dia tuh! cun abes dah tu!

ai teruja ngan masak lemak u tp ai pun serupa D gak, serun nengok kacang ulau tu...selalu nampak ka tpasar tapi...huhuhu nak pegang pun tak bran...tangok pun main jeling2 jer, ta-kot2 dia melompat sangkut kat bahu ai ker...

CS, beberapa bulan dulu, ai pi pasar besar melaka, lalu kat sebelah satu tong ikan keli, punyalah banyak keli dlm tu sampai mengemit2...ai cuba konar jauh sket, skali tu ntah hapa nasib, sekor ikan tu dah melenting betul2 kat kaki ai, dalam masa yang sama tu, boleh plak sekor tikus mati terkangkang betul2 kat depan ai.. cinabeng! ai terkejut bukan main2 tau, so can u imagine my soprano! satu pasar senyap sunyi, serius, sunyi sekejap! depa dok panik agaknya! nasib baik ai tak masuk tv3 you...

eh, u-turn, fyi masak lemak putih tempe ngan udang mmg pojaan hatiku!
oh ya CS, alang2 u dah rajin tahap teratas kan (caiyuk buk!), u boleh buat sambal cili tu lebih2 sikit, masuk dlm jar kaca dan tutup rapat, lenkali kalu time malas masak, just gorengkan ikan bilis ngan kentang, ngan telur mata pun ngam..ngan ikan gowen pun ngam, paling teruk pun u gaul2 kat nasi panas dah jadi nasik gowen kampun! senang u...dgn syarat tumis tu mesti elok garingnya...kalau simpan ngan betul (dlm tapaue pun boleh), ia boleh tahan sampai 2 minggu! kalau u simpan kat tempat tinggi dan tersorok, tahan seumur hidup!

ekekekek

psst...tenkiu eh for "tat one"...am really really appreciate that! terharu....MGBY...mmuahzzz

azieazah said...

Lauk bilis camtuh pun macam lauk wajib I sefamili, U know? Tapi I punya I rasa merah banyak dari yours. Dan ikan bilis seharusnya lebih comel agar digoreng rangup terlebih dahulu, supaya sebelum terjun ke dalam kuah, juga boleh dingap ngap seekor dua!

Ohhh nak bermalam di rumah baru? Haaa dah beli langsir nanti jangan lupa tayang! Cepat beli langsir sebelum langsior bergayut datang. hihihih

m.u.l.a.n said...

fuuhhhh lauk sgt mantap...

bila nk buat haus woming ni jemput kenkawang makang kt umah baru...??? ngeeeee....

CS said...

KAKCIK
Alhamdulillah...kenyang yang berhemah gitu, hehe..


RATNA (waalaikumsalam)
Betul nak itot? Jom? bawak Honey sekali bolehlah kita 'berbesan', hehe. Tulah tu, if only pucuk ubi boleh bertukar jadi fulus kertas rona biji kundang, voila!
Oh ya, selamat riraya AidilAdha pada Ratna sekeluarga juga. Jamu apa agaknya ya??

Ibu n Abah said...

Ipun jika ada lauk cenggitu... Berulang2 makan nasi...
Buka selera ek?
Nampaknya makin hampir waktunya u akan tukar alamat di ja saint....

Yong Kamariah said...

assalam Cik Som...
dpt juga aku menyelit di sini, selalu nak masuk line je dah di disable komennya..
sonotnya org ada 2 umah, musti tak sabo2 tiap kali nak pulang ke kampung ekksss, lama2 biasa arrr dgn bunyi-bunyian unggas malam bila dok sana ehh, jgn tetiba kul 3 pagi terdengo bunyi2 lain mcm dr rimba sebelah masterji punya bilik udoh lerr ngeeee...
snake bean? idok le pernah jumpa rasanya, mcm ropa kacang tua je...

CS said...

QJ
Rasa mcm nak buat hari2 ancho & peto2 tu tapi kalau buat 2x sebulan, oklah kot? Say WHAAAT? you pun geli dgn snake bean? My Din boleh rasa gatal2 kat siku bila tengok bean menggerutu tu dan takdenya dia nak bukak crisper untuk cari bahan bila dia nak masak. I think I pun akan turut bersoprano kalau terserempak dgn tikus mati tapi takat ikan keli melompat, takde hal punya, hehe.. (janji I tak pegang). Good idea.. ha'ah eh buat sambalnya awal2 n simpan (pastu letak kat ceruk freezer 8 tahun kemudian baru terjumpa, harharharrruuuu betol). Niway, thanks for the tip. Psst..u r welcome :-)

CS said...

AZIE
Nikmat makan lauk cenggitu, kan? Simple but so yummeh. I wish I could put more lada tapi ada orang perutnya made in Xiandonglaa, cian dia. Plan kita bukan aje nak bermalam disana tapi nak cuci bersih apa yg patut. Langsir tak dibeli dulu sebab langsui or langsior kata depa nak sponsor, ngeheheh...heh..


MULAN
Nasib baik senang nak buat lauk semantap tu. Kalau susah dan remeh, sah I oder dari QJ aje, ahaks. House warming?? Tulah kalau ada letrik kitorang plan nak buat doa selamat dan berBBQ tapi plan tak menjadi kenyataan nampaknya.

CS said...

AKAK
Lauk cenggitu bukan aje bukak selera kita yg terserlah nih malah terpaksa bukak zip sluar jugak, ooops! Tukar alamat? no, not yet. At least setahun lagi kot? Wallahualam :-)


YONG (waalaikumsalam)
Jangan small heart kalau kotak komen ditutup awal cos there's always tomorrow to comment, ahaks. Cakap benar nih..between us both.. ada 2 rumah tapi jauh2 rasa kureng best aaah.. namun bukan senang nak jadi isteri mithali, kan Yong kan? hahaha.. Hoping that I can make peace with those unggas termasuklaaaah ... oh maaaak, help me! BTW, snake bean tu 'don jaj a buk bai itz kaver' wpon nampak tua ia tetap rapuh crunchy awet muda. Tak cayer, sila berlari kepasar berhampiran sekarang juga :-)

cahya indah said...

kalau jadi beraya kat RD boleh la cahya datang kan auntie..hehe

CS said...

CAHYA
Insyaallah.. silalah datang tapi bukan riraya haji kali nih sbb RD masih tak lengkap. I masih berstatus nomad disana tu.

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Aslmkm CS..
Selamat Menyambut Aidil Adha di RD.
Semoga bergembiralah seisi keluarga fi rumah yang serba baru.
Sungguh berselera dengan lauk pauk cengitu...betul zip seluar pun boleh zapppp trkeluar!

CS said...

ARTLOVER (waalaikumusalam)
Baru satu lauk aje tu ..belum lagi tengok the array of food yg you tebarkan pada setiap majlis, mau pengsan! Selamat hariraya Aidiladha to u n fmly. Go easy on the food okay? Hehe.. BTW, kita beraya kat rumah cousin aje. RD masih lum dpt CF, xde letrik n xde apa2 barang pun. Yg ada, kasih sayang jer, heheh..

kak ja said...

Kander, dinder slhkn diwi syndwi kerana baru ni masuk umah knder.. menitis ay lioq tgok lauk knder.. nmpk mcm ssuai utk buka ptg ni.. itupun klu lengan dnder x ngmok sakan n mmksa dinder nelan penkila..

umah bru, serbanya bru.. bik thom pun tntu tmbh smgt brkhdmt..

blu4sky said...

salam CS,
issshhh takle jadi ni..i pun nak bikin itu sambal kentang ikan bilis.. stress tau tgk my favourite food is everywhere..hehehe

cs, if you jumpa yatt..sampaikan salam i kat dia yerr..lama dah dia tak update blog..hope she is ok..

Selamat Hari Raya Aidiladha!!!

Rima said...

Salam CS
part lauk pauk ku suka.. part gambar pokok pokok ku teringat the first time my hubs kena gi outstation right after i moved into my new place.. hairi wasnt at home.. sonia dah tido.. it was only 8:30pm.. suasana punya lah sepi .. entah why .. suddenly ku rasa takut pulak.. terus ku lari pi masuk bilik and cover myself with blanket.. ishh right now i cud only smile bila ingat kan peristiwa itew.. now bila kena tinggal.. ku steady ajer.. alhamdullilah...

CS said...

Assalam Ja, Sue & Rima
Mohon maaf esp to Ja/Sue sbb teramat lewat menjawab komen. It's not me to jawab a komen so lewat *ehem2*..


JA
Selagi tangan you tak sembuh handred persen, jgnlah you cobak2 buat lauk tu sebab it's kinda berenyah lest tangan you bentan kang.. UNLESS your asst yang kopek bawang sanggup masakkan lauk tu untuk you. Rumah baru serba baru tak pasti semangat berkhidmat naik mencanak2. I tak janji tapi insyaallah :-)


SUE
I hope by now you dah masak lauk bilis/kentang tu. Psst..I tak pernah jumpa Yat but I know how to contact her. Insyaallah akan disampaikan salam you pada Yat.


RIMA
Rumah baru ada best ka? Sebenarnya bila duduk rumah baru, kita mmg rasa semacam, kan? It takes a while to getting used to the surrounding place. Insyaallah I'll be OK ... gulp!