Tuesday 26 February 2013

Perihal cikSiTi, kelukaan dan kesakitan ...

Sebaik saja mengenal pasti dalam bilik mesin basuh dah dicerobohi cikSiTi, eeeeuuuuwwww... tak sker tak sker!! maka aktiviti membasuh baju terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga tertangkapnya cikSiTi.

Penantian selama dua hari berhasil juga akhirnya bila cikSiTi masuk perangkap tak samar. Phewhh! lega sikit rasa dihati tapi kenapa ada rasa serba salah pulak? Patut ke ditamatkan riwayat cikSiTi tu atau dilepaskan begitu aje tanpa buat MOU dengan kita? ahaks.

Well... sorang kata kesian lepaskanlah, sorang melaungkan kita bakor kita bakor aje dan sorang lagi suruh lepaskan jauh2 kat Sg Petani sana, haha.. Pendapat sorang lagi sengaja tak ditanya. Biarlah dia tumpukan seluruh raganya mencari beberapa suap nasi untuk keluarga tercintass..

I dah was2 tentang kesucian bilik mesin basuh tu tapi kurang semangat nak bersihkan sendiri kerana kegelian dan kengerian kot terserempak dengan kawan2 cikSiTi yang ingin membalas dendham, heh.

*Light bulb* maka I dah sms Santi to come to my rescue. Selagi dia tak timbul depan mata selagi tulah I tahan diri dari jejakkan kaki kewashing area tu. Baju kotor sila timbunkan diri memasing, A.I.K? :-)

Sengaja tak nak suruh D atau TB basuh bilik tu sebab kalau diorang yang bersihkan, I terpaksa sama2 turun padang which I tak sker (tak sker bukan dalam kategori malas, bukaaan kan?)

Dalam masa yang sama mood memasak sangatlah out of tune disebabkan angkara pisau yang baru diasah tajam memakan diri. Ekceli bukan salah pisau tapi salah sipengguna yang tak fokus! huwaa.. Tangan hiris bawang tapi mata menjeling kebingkai cermin yang tergantong didapur, ouchhh!!! thaaketnya...!

P/S: bingkai cermin sengaja digantong kat dapur khas untuk I meninjau wajah siaran tivi yang dipasang dari ruang makan tapi macam bijak pulak buat kerja 2-in-1 cenggitu, kan? harharhar... (tak serik).



2 dari 4 contoh balutan
Paramedic D tolong bersihkan luka dan tampal plaster ala combat dan ala pocong (work of art kononnya).

Luka dihujung jari akibat terhiris kulit dan isinya sekali, dont play2.. sakit to the power of infinity taw! Pulak2 tu it's an open wound maka bila kena air, pedihnya tersangat berbaloi untuk melompat kijang menghilangkan dosa2 kecil ku, insyaallah. Truth is, I memang tak tahan pedih.

Masa kecik2 dulu bila Mak bubuh dettol kat luka, disamping almost meraung sempat pulak mintak Mak 'tiupkan' luka. Sekarang nih tak yah tiup2 lagi. ON aje kipas, tekan paling maksimum, walla! Dengan jari2 sekali boleh melayang, harharhar...

Musibah luka sikit yang I alami tu, hikmahnya buat I berfikir lebih jauh lagi. Apalah dengan rasa pedih yang sikit tu jika dibandingkan dengan keadaan seseorang yang sedang menahan kesakitan akibat kanser PD tahap kritikal.

Keseluruhan tangan kanannya membengkak, dia tak selesa bergerak lagi kerana setiap pergerakan diiringi kesakitan yang amat. Ditambah pulak kesakitan dari luka2 dibahagian PD yang dibersihkan sendiri semasa kudratnya masih kuat.

Suami yang menjaganya full time tapi sejak keadaannya semakin tenat, suami hilang daya & kepakaran untuk melakukan yang terbaik supaya isterinya selesa selama berada dirumah.

Yang sedihnya, baru sekarang setuju menelan pil tahan sakit sebab seumur hidupnya dan selama tau dirinya tak sihat, tak sebiji pil pun diambilnya (sejak azali memang 'takut' dengan segala ubat2an). Nasihat dan pujukan untuk berjumpa doktor dipandang sepi.

2 hari lepas, keadaannya semakin menyedihkan. Pilu dan insaf bila tengok dirinya jadi macam tu. Berbaring tapi tak boleh melunjurkan badan terpaksa baring mengerikut serupa udang kena masak. Dia tak mampu berdiri apatah lagi menguruskan dirinya sendiri. Badan kian lemah kerana dah lama hilang selera makan.

Sesi pujuk memujuk secara lembut masih diteruskan agar dia setuju dimasukkan kehospital. Orang yang sedang sakit hatinya rapuh cepat tersentuh dan tersentap. Seboleh2nya jangan buat dia terasa 'habis madu sepah dibuang'.

YaAllah, lembutkanlah hatinya, amin.
.

8 comments:

Ibu n Abah said...

Chop..
chopp..
choppp..
tweet..
tweet..
tweet..
(Kaedah chop tmpt peratam waktu kecik 2 dulu..)

Ibu n Abah said...

Chop..
chopp..
choppp..
tweet..
tweet..
tweet..
(Kaedah chop tmpt peratam waktu kecik 2 dulu..)

Ibu n Abah said...

Terkesannya pada cerita sahabat u yang kanser PD..
terasa apalah sangat sakit i ni....

CS said...

AKAK
Komen 3x berturut2 akan dikenakan cukai berbentuk buah belimbing selori atau nasi lemak Kg Baru berlaukkan sambal sotong. Ada beraN tak?

Ziarah orang sakit besar pahalanya kan? Memang insaf!

Unknown said...

CS...
Itu la binatang yg i paling geli n takut sgt....eeeeii. Dulu masa duduk government quarters n tiap kali i mengandung binatang tu selalu bertandang kermh sampai i terjerit2 terkejut.
Sampai my hubby pon nk beli shotgun nk tembak penceroboh.

Tumpang kesian kat ur whoever friend or family is yg sakit tu...moga Allah mempermudahkn kesakitannya....

Queenie said...

amin utk doa2mu CS...

you tak tahan pedih eh? mintak ditiup ditempat yg pedih eh?

urmmm....satu fikiran nakal menjelajah ganaz di pikiran I, camner kekdahnya saat you melahirkan....??

lariiii................

Cik Lina said...

tak suka ada cikti... jgn kata cikti, gonggok, lipas, semut sume kita tak suka... kejap tadi balik dr dating, kita nak check belakang rumah... baru nak melangkah tepi rumah, sudah menjerit... sbb nampak kodok dlm longkang teru dok terpacak kat situ tak bergerak... maklum laaa baru lepas hujan....

sedih baca perihal pesakit kanser tuuu... :-(

CS said...

HALIZA
Samalah kita takut/geli kat sedara Miki&Mini maus tu, hehe..
Thanks for your doa untuk pesakit berkenaan.


QJ
You memang ganazzz tanya soklan yg kejadiannya dah berkurun tu. Psst..saat melahirkan mana ada rasa pedih? Kaaaaaan??


CIKLINA
Takat kodok I masih OK lagi tapi tu adalah musuh my aruah Mak. I boleh terkejung kaku dgn kehadiran cikSiTi. Rasa nak pindah rumah duduk kat condo aje :-)