Tuesday, 18 February 2014

Just my 5sen bicara ...

Assalamualaikum ...

Tersenyum simpul sambil menaip. Senyum sorang diri pulak tu. Macam orang tak berapa betul tapi senyum sorang diri dapat pahala tak?

Semalam I masak lemak nenas + ikan kurau masin. Selalunya I tak bubuh garam sebab kemasinan ikan tu akan turun kekuah tapi semalam something went wrong, sampai kemalam kuah lemak tu tak juga masin. Pendek kata tak ummphh..

Lauk tu masih berlebih so pagi tadi I hangatkan (bolehlah makan masa lunch nanti). Hidupkan api I terus keruang tamu hantar msg pada Ndja.

Tetiba aroma lemak2 hangus masuk kehidung.. Ehh.. sedapnya bau? Pepagi lagi jiran sebelah dah masak, rajinnya? Masa tu jugalah terdengar kreek...kreek... Macam tau2 aje, melompat kijanglah jawabnya.

Dalam masa <> 2 minit, kuah lemak dah kering dan tepi periuk pun hangus. "Kecik jadi kawan, besar jadi lawan". Salahkan diri sendirilah, takkan nak salahkan api?

ANYWAY, tak lama lagi Ndja akan jadi jiran ketat I. Dia akan pindah semula kerumah yang ditinggalkan lebih sedekad. So hari nih ramailah pekerja yg datang buat tu buat nih. Drill dinding depan, dinding belakang. Pasang lampu, kipas angin etc.

End up I akan terima 1 unit aircon dan 1 unit esbok FOC. Part aircon tu I tak berapa keen tapi dapat esbok, that I like. My 2nd esbok yg rather small tu dah diniatkan untuk seseorang. Tu pun kalau dia nak.. Kalau tak nak, I simpan baju dalam tu, ok tak?

SEJAK ceburi dunia blogging, I perasan ramai orang Msia berkahwin dengan orang asing dari luar negara. What if jodoh anak I pun begitu juga, apa perlu I buat? Adakah I akan terus setuju dan merestui niatnya?

Perkahwinan dengan orang jauh, pertama sekali memakan belanja yang banyak. But first n foremost bab ugama wajib diambil kira dari yang lain2nya. Tukar ugama semata2 kerana kahwin? Well... tapi kenapa tidak. Semua tu diluar kawalan kita.

Seingat I, masa my kakak berkahwin dengan orang asing 1Msia, my father beri pra-syarat. Jadi orang Islam dulu selama setahun pastu baru boleh kahwin. Part berkhatan I tak ingat, hehe..

Would I do the same if D or T were to marry a foreigner?

Maybe I akan ikut (accordingly) pra-syarat yang my father buat ditambah dgn satu syarat lagi, haha..padan! Mesti belajar cakap Melayu bersungguh2 dulu sebab mak mertua (I ler tu) tak reti cakap omputih. Selalunya bila pempuan Melayu berkahwin dgn orang asing (English bukan bahasa ibunda), kenalah dia bersusah payah belajar bahasa the other half. Bagus memang bagus tapi macam tak adil pulak.

SEMALAM I tengok drama Melayu mengesahkan satu keluarga yang sangat moden tapi bila anak2 memanggil emaknya MAK (bukan mummy), I terus terkesima. Sukalah maknanya tu..

Zaman I dara sunti, buat pertama kalinya I dengar my kakak angkat @ a newly mum membahasakan dirinya MAMA pada baby. My father (yg moden lagi open minded) somehow tak gembira dgn panggilan tu tapi kita tak pernah pulak tanya kenapa.

Sebenarnya, apa yg my father 'tak sukakan' tu dah tempias kat I. Perasan tak ramai anak2 Melayu yang dah bermummy dan berdaddy wpun emak ayahnya SAH orang Melayu? Kalau emak atau ayahnya tu memang omputih, makes sense jugaklah.....Oooops!

HAVING said that, janganlah pulak ada yang geram, marah dan kecam dengan statement I kat atas tu. I know pilihan memasing, suka hatilah. To each his own. Apa pun, tu hanyalah pandangan sikolot nih semata2. I nih moden gak dan quite open minded tapi bab yang satu nih, memang dapat 'alahan', haha..

PERIHAL 4 beradik yang macam tak reti becakap Melayu mentang2 dah lama duduk diluar negara. Tu satu lagi hal. Dah memang emak ayahnya orang Melayu sejati, kenapalah tak cakap Melayu dengan anak2 bila dirumah?

CONTOH terbaik ialah Anita S. Lama dia duduk U.S. tapi masih fasih cakap Melayu. Satu lagi contoh terbaik juga ialah perihal sorang blogger nih. Dia orang utara berkahwin dgn foreigner bukan English. Anak2nya fasih bercakap 3 bahasa. Cakap Melayu slang utara lagi. Dia ajar anak2 cakap Melayu supaya anak2 boleh bertutur dengan MakToknya. Baguskan?

AKHIR kalam, sepotong pemanis untuk you ...


.

10 comments:

blu4sky said...

salam CS,

I nak buat komen bersegmen..:p
segmen 1:kawin foreigner..
i angan2 anak I kawin ngan either perempuan jepun atau korea.. reason being sebab mak diorang suka makan sushi dengan kimchi..aci tak macam tu...hahaha..

segmen 2:
if kat Sabah panggilan mummy daddy tu kira common even kat kampung2.. but like you..bila dengar orang melayu suruh anak panggil mommy daddy rasa ada sikit janggal..

t.a.t.a said...

Kak,

1. Besau giler api, kocik bebenor periuk ye kak? Ye la baru tenggek beberapa minit dah kering kuah? Jenuh la kena sental periuk tu eh? Jap. Sental ke periuk tu atau terus bu?

2. Actually kan my personal opinion for those who addressing their parents (who is obviously Melayu Jawa pure nya keturunan) mummy and daddy, sangat la membuat kan my tekak kembang kak. Doesn't matter la duduk bandar or kampung, memang sangat tak sesuai. If one of the parents is foreigners, then I wouldn't mind that. Hahaha.

3. My abg ipar is kacukan mat saleh portugis + India + Melayu. Tapi India nya memang ketara dari segi warna kulit. My nephews pun ikut sama warna kulit yang sgt sama dengan vontot kuali kat rumah tu. hahaha. Dari segi panggilan depa dah bercampur mummy daddy, abah ibu, ayah mama babah semua.

4. Kak, kalau betul sepotong pemanis itu untuk ai literally, not just gambar, heaven kan?

Ibu n Abah said...

Ekkekekekee
Macam i biasa alami situasi bau sedap dan kepala meneka2 jiran yang manalaaaa perangat masakan tak hingat2....
Lama baru nak teringat semul, periuk atas dapur kita punya bau ghupanya.....
I suka anak panggil i 'ibu'... Sejak mengandung kan anak pertama lagi....

Kakcik said...

Dolu2 I ada gak berangan nak suruh anak2 panggil I mama tapi my suami tersayang ckp 'panggil mak je'... hehehe.

Tapi ada gak jiran dan kawan I yang asalnya dipanggil mak oleh anak2 bertukar menjadi mama bila dah luas pergaulan...

inahar ali said...

salam rindu cs..anak2 panggil me & hubby ibu & ayah..i lak panggil my dad, bah tp coz adik beradik ramai..last2 bercampur gaul panggilannye ada yg panggil ayah ada papa ada mak, maa, mama..haaa camner tu??

CS said...

BLUESKY (w'alaikumussalam)
Waaah..komen bersegmen2 kekdahnyakah? kih3.. I sker..

1. Nak bermenantukan pempuan Jepun atau Korea dengan sebab musabab yg you beri tu, I think 'tersangat aci'. Jgn lupa kat I. Semangkok kimchi/sushi will do :-)

2. Kita selalu rasa janggal dgn sesuatu yg baru terutama kalau hati kureng berkenan kan? Psst...tak moh cakap banyak nanti orang lempor telur busuk kat I.

CS said...

t.a.t.a.
1. Kuah lemak tinggal beberapa sudu aje dlm periuk. Api pulak
terkuat maka ...... (kan?). Periuk tak dibuang (periuk Amway, auww) dan sental manja2 jer hilanglah hangus tu.
2. I setuju. If salah sorang tu sah omputih, acceptable tanpa perlu kita kembang tekak, hehe..
3. Takde bantahan dari pihak juri *wink*
4. Kalau pemanis tu boleh dipos laju, memang akan I buat.

CS said...

AKAK
Kita nih selalu gak buat mende yang sama ek? hahaha...
Panggilan IBU berbunyi owh so anggun dan kelas gitu..


KAKCIK
Kadang2 I pun rindu dengan panggilan MAK. Sangat suka dgn panggilan tu. Kalau dah suka kenapa anak2 I panggil I UMI plak? hehe.. Ia bermula dari my 2nd anak sedara. Kononnya I nak kreatip ler (dan bercita2 jadi Arab celup, hehe).


INAHAR
Salam windu juga kat you Doc. Singgah sini tak bawakkan I sepinggan pretzels ke? :-)
Anyway, panggilan2 yang you sebut semua tu masih sejuk telinga mendengarnya :-)

lili d'emily said...

Kander...terasa dinder...huhu
hikhik

CS said...

LILI D'EMILY
Dinder terasa? Terasa pavlova yg manis tu ker? ahaks..
Jgn terasa2.. I am sure you have a reason of your own. Jom kita chomp2 pavlova yg manis mcm kita tu, jom?