Monday, 17 February 2014

Nyamok n tupai ...

Assalamualaikum ...

Sekarang I tak suka waktu malam. Bukan tak suka kejadian alam cuma I dah tak dapat menikmati malam dengan syahdunya, cewah. Tersedar pukul 3-4 pagi I capai Shieldtox. Patutnya capai tangan TB genggam2 dapat gak pahala, tak gitu? haha..

Shieldtox tu untuk menyembur nyamok yang masih tak faham bahasa Melayu. OK! tu aje nak cakap perihal nyamok.

While typing this entry, telinga I dah agak pekak (mahap bahasa I) sebab D tetiba main lagu2 KurtCobain (KC) dengan lantangnya. Lagu2 yg dia pernah dengan semasa zaman tumbesarannya dulu.

Somehow perasaan I dah berubah. Dengar lagu2 KC dulu dan sekarang effectnya lain. Sangatlah lain! Kalau dulu, selalu aje I kata "tolong pelankan volume sikit" but now? I kasi chan aje afterall dia jarang ada dirumah dan dah amat jarang nyakitkan hati I, alhamdulillah.

SiKC tu mati sebab drugs overdose. Apalah diorang tu kan? Mahap cakap memang goblogdotcom. Justin Bieber tu lagi sorang.

Ehhh...apa hal plak nak leterkan anak orang? Jaga ajelah anak sendiri CikSom oii!

KERJA I setiap pagi mengutip sokabar yang dibaling ikut whim n fancy sipembaling paper. Kalau pagi semalam sokabar terselit bawah tayar, pagi nih pulak terselit celah rak kasut. Kat mana agaknya sokabar akan terselit pagi esok lusa tulat lubin?

Yang I tak faham kenapa lokasi balingan kian berubah. Pernah menegur sipembaling sokabar tu not to baling kat pintu rumah. GEDENGGANG bunyi pintu. Ehh, nak kasi lubang ke?

Terlanjur dah kat luar tu, haruslah tengok tanaman yang hidup segan mati tak mau tu. Pokok Sepulih mesti kata "hazab aku bertuankan CikSom nih" (sebab daunnya tumbuh 3 helai aje, takleh lebih). Pokok kari n mangga mesti mengata I juga "awat CikSom letak kita side by side dalam satu pasu? Dah tak mampu nak belikan kita pasu sorang satu ke?".

OK komplenlah awak semua. Mcm tak bersyukur aje? Cuba tengok pokok Ixora tu. Oleh kerana tak pernah komplen, ia sentiasa berbunga. Murah rezeki dia..

APA PUN, I mesti mohon mahap pada pokok kari n pokok mangga...
Memang saya tak berhati perut letak awak berdua dalam 1 pasu. Saya tau masing2 dah meninggi dengan tumbesaran yang pesat. Sabarlah ya? Akan saya pisahkan juga awak berdua sebelum awak jadi kembar siam.

Haa...sape kat CikSom takde hati perut? Hati ada, perut pun ada. Boroi lagi, oooops!

Lain2 kerja sambilan setiap pagi ialah mengintai tupai (shrew) dicelah tingkap/pintu yang mencuri2 makanan siShasha (our kucing angkat). Kalau makanan Shasha dah habis, dia akan masuk dalam kandang Farret pulak. Kiranya stemetlah juga.. kucing, tupai dan farret makan makanan yang sama, makanan kucing, haha. Kalau arnab (ada sekor) boleh makan makanan kucing, kan senang?


MACAM RAJIN nak publish satu entry hari nih sebab nak sentuh pasal drama Melayu yang I tengok tadi (recorded semalam). Insyaallah lain kali ajelah memandangkan dah pukul 1pm. Surirumah mithali (haha...jgn marah) akan sentiasa peka dengan waktu. Tak gitu you??

.

9 comments:

t.a.t.a said...

Wah. Rajinnya post entry. Banyak benda nak cerita tapi tak de orang nak dengar melain kan nyamuk² itu aje eh?

Dulu masa akak awal kahwin, suka waktu malam tak? :D

Kak, KC mati sebab bunuh diri dengan shotgun. Dulu masa sekolah menengah ada sorang kawan ni memang peminta tegar. Ntah mana dia dapat copy of death cert. KC, saya baca cause of death dia ada perkataan wound and shot. Tapi dadah pun dengan artis memang tak dapat nak pisah.

Target next time suratkhabar akak duduk terselit bawah dapur sebelah bini comel. Hehehe.


Kak, masak apa?

t.a.t.a said...

*peminat.

Kakcik said...

Sekrang musim nyamuk agaknya...

Anonymous said...

Pokok Sepulih tu macamana? Sounds familiar, macam pernah jadi sebutan my nyai.
tupai itu ada iras mickey, tapi kucing tak akan terkeliru kan.
drama melayu ala desa selera i masakini..maybe i can dropby your RD, berbuah tangan ole-ole dari arab street.

mela

Ibu n Abah said...

Ingatkan i jer suka kongsi2 pasu..
Pokok mata kucing i.. I kongsikan dengan oregano..
Kari dgn limau purut
Mangga dengan rumput lalang....
Suka kita jer kan????

CS said...

t.a.t.a.
Selain nyamuk, I ada gak bercerita dgn kucing, arnab, burung, tupai dan farret. Ehhh...ramai gak kawan2 I.. Jiran sebelah ada anjing tapi malas aah nak berborak dgn 2 ekor tu.

Now nak jawab soklan cepumas.. Masa awal kawin, adakah I suka waktu malam? Hmmm...*sambil garu dagu* ... Setahun I takut duduk memalam sensorang sebab masa tu my hubby kena kerja malam. So jawapannya masih tak suka, heheh..

Yes, KC committed suicide tembak diri sendiri; hasil garapan dari dadah. Sia2 aje muka hensem ek? Yes, I've seen a copy of his death cert.

I bercita2 nak fire sipembaling sokabar tapikan nanti I gak yg susah kena mandi pagi, bersiap bagai pergi kedai/kiosk beli sokabar sendiri. Arrrghh...

Semalam I kuk simple dishes jer. Kangkong goreng, lemak nenas + kurau masin N for dinner diceriakan oleh telur dadar n kobis gor.

CS said...

KAKCIK
Yaalah, sekarang musim nyamok meroyan. Tak puas hati kot? hehe..

CS said...

MELA
Orang tua2 aje (cough2) yg suka pokok Sepulih tu. I suka sebab it reminds me of someone (who gave me the pokok decades ago). Orang Cina kata pokok tu bawak tuah tapi I masih tak bertuah lagi sbb I punya pokok looks so dhaif.
I pun suka tengok drama ala desa dan harus ada unsur lawak.

CS said...

AKAK
Suka hati kita aje camana nak tanam ek? haha.. Kalau orang MARDI tengok, sure kita dapat award. Award jenis apa, ada kita kesah? haha...