Sunday, 11 January 2009

Clash of the pampers ...

Temankan T ke Summit dan ke Taipan tengahari tadi. Kat Summit dia beli gladiator sandals. Wajib dibeli bila dah berkenan vis-a-vis kalau dah berkenan wajib dibeli. Ada2 aje dia ni ... dulu wedges, now gladiator pulak.

Taipan dihujung minggu atau ditengah2 minggu sama aje padat dan seboknya. Susah nak dapat parking, so double parking dah jadi biaserr. Ni bermakna, I pun sama buat kerja yang tak betul tu so I parked my car just behind a Perdana. I tunggu dalam kereta yang tidak dimatikan enjinnya sementara T keluar kejap cari barang.

Sambil peratikan orang lalu lalang, mata ni terpandang pulak kat Perdana sebelah ni. One lady keluar dari back seat menyenget aje. Dia pakai dress kaler maroon jenis clinging tapi tak pulak nampak sexy malah tak nampak lawa pun, selekeh aje. Bila dia berdiri ala senget tu, nampaklah mata ni tompokan serbuk putih melekat kat belakang bajunya tu. Kepo punya pasal, mata ni dibesar dikecikan supaya boleh zoom in apakebendanya yang melekat tu. Haha, serbuk susu rupanya.

Agaknya yang menyenget tadi tu sebab badan dia dah cramp atau semut2 lepas lama duduk menyusukan baby dia. Yaa, that makes sense but on the other hand, maybe 'got prawn behind stone'. Dalam pada jalan menyenget tu, sempat pulak dia buat kerja keji. Dengan selamba tanpa emosi dia gugurkan satu bungkusan putih ke lantai jalanraya. Bungkusan putih tu tak lain tak bukan baby dia punya soiled pampers. Boleh ek dia buat kerja macam tu kat kawasan bandar and some more in broad daylight?

Lepas sesi keji tu, dia pun dukung baby dan pergi ke restoran berhampiran. Mata ni ekori aje perjalanan dia ke restoran tu. Bila pasti keadaan dah selamat, ie selamat untuk I jalankan my misi, I pun tanpa berlengah keluar dari kereta, capai bungkusan tu dan terus tarok benda alah tu kat sebelah wiper. There! seketul soiled pampers atas kereta Perdana dia.

Sejurus masuk ke kereta , I nampak a burly man heading my way pegang kunci kereta dan I macam tau2 aje man tu memang hubby si lady senget tu (memula tadi at a glance ada nampak lady tu pegang kunci kereta). Maak, matilah I.. orang tu nampak I buang benda tu atas kereta dia ke? Boy, was I scared. Tetiba rasa zuuup darah naik kemuka.

Mau tak takut? Muka dia cam bouncer you. Sumpah I tak bergerak, sit still aje tapi mata sempat jeling ke side mirror. Phewh! .. rupa2nya dia terus ke boot kereta nak ambik stroller baby dia aje. Syukur alhamdulillah.

Apa agaknya diorang kata/buat bila terpandang pampers atas kereta tu? For sure, they will curse 'me'no less. Based on 1st impression and if looks can kill, gua sure masak dikerjakan.

Bila beritau T and my sis perihal pampers tu, diorang marah I. Kalau diorang marah dan tak setuju cara I begitu, malaslah nak beritau man of the house. Mesti dia pun bising "berani sangat". Same thing bila I beritau dia pasal satu bas besar tailing me kat highway. I guna lane tengah dan bas tu pun guna lane yg sama. Jarak bas dengan my kereta was very very close tapi I tak berganjak ke lane pertama.

Mentang2lah bas dia besar dan kereta I ada tampal 'P', seronoklah dia nak menakut2kan kita walhal bas tu memang nak belok kekiri pun. Memang saja dengkilah tuu...

2 comments:

G'Zain said...

Cik Som,
Tang nih lu memang werld. Tapi wa wonder gak berani mati betul pempuan tu buat gitu day time pulak tu kat Taipan lagik hmmmm sungguh kurang moral. Wa nak buang pamper Aleesya kat dalam toilet takdek dustbin pikir ratus kali...

ciksom penuh-keheranan said...

I think Jinjang mari. Wa gewam dgn selamberdeknessnya..