Thursday, 20 September 2012

Back in the limelight, ehem ...

 "Naper dah lama tak hapdet blog?" .. tanya my friend kembaran TunTeja dari Petany River.

Hmm...naper dah lama tak hapdet?
Tiap kali bila cuba memerah kreatip jus untuk dimunafaatkan kedada Al-kisah, mulalah rasa mengantok yang tak terhingga. Sangap, yawn, menguap trillion times sampai terasa longgar engsel rahang dibuatnya tapi tiap kali muka disembamkan pada kusyen, rasa mengantok serta-merta hilang.

Letihlah asyik berulang alik sembam2kan muka kat kusyen aje (penyebab lain biasalah jadi chaperone sidara dan balik desa halaman berkenaan our so-called mega project).

So my dear TunTeja, itulah sebab utama blog picisan tak berupdate dengan cewita2 sensasi dan sensentap! Tapi jap eh.... kejadian sensentap baru jer berlaku *tetiba tak terasa mengantok lagi*.

As you know Ndja baru jer thelethai bagian depan rumahnya direnovet so I ambik kesempatan guna kontraktor yang sama untuk mencantikkan perparitan depan rumah yang dah lama mendambarkan a make over, auwww...

Niat nak simen taman sekangkang kera nih tapi mendapat tentangan hebat dari sidara pencinta alam

Kejap tadi masa mengintai disebalik langsir (saja tinjau takat mana dah siap) teruslah terpandang sorang pekerja tu berjalan kearah pokok mangga rumah jiran seberang jalan sambil memegang batang bendera dengan JalurGemilangnya sekali. Wah wah wah wah waah....banyak cantik??

Pokok mangga tu is beyond my jurisdiction, gasaklah nak ambik buahnya ke, pokok dengan akar2nya sekali ke, silakanlah "I ok jerr" tapi bila dia ambik batang bendera dgn JalurGemilangnya sekali tak mintak kebenaran plak tu dan dengan senang hati jadikan alat menjolok/mengait harta orang, I terus grrrrrr...

Boleh dia cekut aje batang bendera tu walhal JalurGemilang sedang berkibar dengan megahnya tadi. Sah dia memang tak hormat bendera Malaysia. Kalau dia mintak kebenaran tadi, I boleh aje pinjamkan batang mop (provided I have no inkling of his intention whatsoeva).

Bila ditanya pada pekerja sorang lagi "dia ambik buah mangga tu dah mintak kebenaran belum?". Jawapan yang diberi memang klasik "sudaaah..mintak dari sebelah" (mestilah maid sebelah rumah kata 'ambiklah, saya ok jerr).

Syawal yang tercicir ...
Semalam Teh n I konon2nya temankan Ndja beraya rumah Ngah. Sebelum kesana kita singgah kat 'warong' @K.Jaya untuk memborong kuih muih.. Sajalah tunjuk kat sini sementelah 'warong' bergerak nih keudara dalam rancangan JJCM minggu lepas.


Special request by Ndja, Ngah masakkan mee siam + kuah. Ikutkan kehendak Ndja, takyah bubuh tauco n udang kering but what is mee siam without the taste of tauco n udang kering (+kucai+taugeh), kan u'olls kan?

I pantang tengok biji limau masih terlekat bila limau dah dipotong, rupa2nya Ngah pun sama, hehe..


... dan salah satu kueh yang dibeli dari 'warong' bergerak ...

'Rissoles'
Cukuplah coretan sebagai warm up dulu ... Entry nih asyiklah tersangkut2 aje dari tadi. Oh blogging mood, please come to big momma!
.

13 comments:

Queenie said...

CS...

mee siam tu....alahai...u tau ker camner nak wat kuah tauco ngan udang kering tu? I ingat2 lupa...pernah buat tp rasanya bak alignment yg dah jauh larinya..

kalau u ada, share boleh?

btw I masih lom tanyakan kat adik mana leh dpt benih ubi 4 bulan tuh. dua mgu lg dia dtg umah ai, kang i tanyakan lah eh, kalau tak lupa laa...nghhhh.......

azieazah said...

Salam
SOM.
Bukan saja U lama tak hapdet, entri-entri yg sebelum pun banyak yg dah
dikunci pintu komennya. Aduhhh..

Rissoles? Yes I tengok si Dinzzli tu makan kuih kat gerai bergerak tuh.
Ohhh I berazam nak cari then tayang kat orang. Tapi, rupanyaaa... U dah
potong jalan! Jaaahaaatttt...

DeLancrettLurpak said...

Rissoles as in sardine rolls, hehehe.. nak sikit buleh?


I loooveee mee siam wahai cik som.. basically, mee hun tu mee huun goreng biasa je kan? komdian disimbah dengan sambal udang kering, am i right?

m.u.l.a.n said...

semua pastinya sangat sedaaaappp..!!! risoles tu sangat hazab nak buat kan.. tapi takde lak orang jual kat sini..

LEEzasTOUch said...

CS dear
Assalammualaikum n selamat kembali!
Terliur tengok ur mee siam...terus rasa lapar n terus cari mee maggi menggantikn ur 'mee siam'. Tq for giving me the urge! hehehe.

Rima said...

miss u cik som.. miss makan mee siam kuah also.. esok nak pi cari lah... arghhh

CS said...

Waalaikumsalam pada yg memberi salam dan assalamualaikum pada semua :-)


QJ
I takde resipi mee siam (sebab dah berkurun tak buat tapi akan I cuba bertafakur cari idea, ngeh2) tapi untuk tidak menghampakan you, cuba godek2 kat link nih. http://curlybabesatisfaction.blogspot.com.au/2010/08/mee-siam-kuah-6th-day-iftar.html
You dah beri betis tapi I nak betis dan peha, can or not? Alang2 bertanyakan perihal ubi, jangan lupa tanyakan juga kat your adik kat mana nak dapat benih nenas yg manis tu, eh? Mekasih trillion times in advance. BTW, nape 'mata' you diganti dengan 'mug'?



AZIE
I dah kasi penjelasan pada BBBersatu sebab musabab I tutup kotak komen ketat2 untuk entri2 lama. Ekceli I tak tengok pun JJCM yg tunjuk warong bergerak tu, hehe.. My kakak yg bitau. You jangan tak tau, tempat warong bergerak tu adalah tempat I kehulu kehilir sejak zaman I masih anak dara lagi. Lagi pun my kakak2 masih duduk sekitar kawasan tu... so you dont be jeles with me hokay?



DLL
Fahaman I, rissoles bukan sardine rolls. Cara buatan mmg tak sama and as for mee siam tu, pls intai link yg I beri pada QJ kat atas tu. Ada macam2 cara but seingat I, cara I buat ada lain sikit. Nanti I bitau in my nxt entry insyaallah.



MULAn
Boleh tahan sedap, hehe.. Rissoles tu boleh tahan hazab nak buat tapi I tau just the right person who can do it without much problem. I think QJ sure boleh buat. Warong bergerak tu jual rissoles yg dah digoreng dan juga frozen ones.



LEEZA
Alhamdulillah selagi boleh makan dan ada selera. Masa makan maggi tu, you bayangkan makan mee siam siap simbah kuah tak? :-)



RIMA
Miss you toolah CikRima. Lama I tak komen kat blog you ek?? namun tetap ku ngintai2 dapurmu disebalik celah2 tingkap, hehe..

Queenie said...

olloooooo CS, mana u tau I boleh wat risoles? oles2 tu boleh lar har3..
meh sini i oles u, nak tak? kak3

insyaAllah (IA), nanti2 I cer tanya kat adik pasal benih nenas tu sekali dua kali tiga kali ya, tu kalo ingatlah, kalau forgot maka maggot wakakakaka...

kacih pada link tu, tp i lebih sker yg saudara kandungmu punya wesepi tu...

ahem CS, u tak perasan eh? kat mug tu pun ada mata ai tauuuu......

Ibu n Abah said...

I oso miss u bebeh..my rumah kena serang virus.. Mujurlah doktor singa datang membantu....

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Aslmkm CS..
Hai tenggelam timbul you CS..sepi rasanya tanpa CS di kotak comment saya. Apa2 pun happy that are back in the limelight.

CS said...

QJ
I have faith in you sebab kecekapan you dah terserlah, ehem. Apalah sangat buat rissoles tu kalau nak bandingkan beriani kambing sebelanga besar, kaaan? Nantilah I cuba tanya my sista akan resipi mee siam tu eh?

P/S: Mana you beli mug yang ada 'rupa owang' tu? I nak syatu, nak, nak, naaak jugak.



AKAK
You oso miss me meh? But we can always beronggeng kat sinun, kan? BTW, kenapa doktor Singa yang tolong you? mana pergi doktor Jantong??



ARTLOVER
W'kumsalam Iha. Diharap I akan sentiasa timbul. Mood berkarya memang jaaaa-at. Tiap kali mata mula mengadap skrin, I akan rasa mengantok yang amat sangat. Ada ubat tak?

Oldstock said...

Cik Som,

Upload juga gambo mee siam tu ye... memang kelas..

Hanya orang Johor saja yang mengenal mee siam. Orang Siam sendiri pun tak tahu.

CS said...

OLDSTOCK
Upload mengupload dah jadi darah daging kekdahnya, haha..

Orang Johor, Spura dan Nyonya kenal benar dgn mee Siam nih. Rugilah orang Siam tu kan?