Monday, 24 September 2012

Yeayyyy ... tivi, mimpi, terkucil ...

Bila datang 'mood baik', memang terasa betapa I love having this blog *hug3* ... Dahlah free (nikmat dunia, ada gak masih free, alhamdulillah) takde siapa pulak boleh melarang kita nak tulis apa janji berhemah.. tapikan tapii musykil sikitlah, kenapa masih ada manusia yang macam tak puas hati bila membaca cerita orang lain yang specifically sukakan itu dan ini lantas mengomen tanpa rasa hormat pada empunya blog? Dahlah dia sendiri takde blog *dush!*.

Betullah blog dibuka untuk dunia membacanya tapi ia tidak memberi lesen pada awak menyuarakan pendapat sesuka hati dan mencalit hitamkan perasaan orang. Lainlah kalau nak beri pendapatan awak, yang tu takper, bak sini! *sambil hulur tangan*, boleh I beli tivi besorrrr dan leborrrr dan nipisss!

Oh yes, sebut pasal tivi.. Nak dijadikan cerita dalam blog, alhamdulillah dengan rasa rendah diri sukalah rasanya I nak melompat kijang buat sekian kalinya sambil bersorak yeayyyyy!!! Tivi antik telah diberi napas baru oleh who else but by mr. GadgetMan himself, kikikikkk...

TB baiki TV, harharhar... ekceli tivi antik tu tak rosak pun. Sajalah dia nak berehat for one nite, ngada betul. Sesampai TB dari desa halaman petang semalam, tidaklah I terus menyuruhnya godek2 tivi tu sebab for sure tivi tu dah kiok; lagi pun otak dah pasang niat nak beli tivi baru yang sangat nipis, auwww..

Masa menanti dinner berlaukkan ayam lemak cili api, ikan gor dan daging kicap (T masak), I perasan TB capai remote Astro dan menggodek2 tivi.....jengjengjeng .... tetiba tivi bersuara dan tetiba ada gamborrr.

Dari dapur kedengaran bibik Thom menjerit kegumbiraan "yeayyyyyyyyyyy..." (bersyukur dalam hati takyah beli tivi baru sebab duit dah TERkeluar buat tiles, huwaaaa...).

the epic daging kicap by chef yang sedang meningkat naik namanya, clap3

Mekasih TB, you really can do wonderlah tapi bab beli tivi nipis camana? Besday I 2 minggu lagi nih, besday bulan Islam kekdahnya (kebetulan jatuh bulan Zulkaedah, yess!).

Masih subuh sepi dah diduga kesabaran. Haiii...sabar jelah. Tetiba sedar diri akan 'dosa' yang dibuat sepanjang hari. Dugaan kecik aje namun mengeluh panjang jugaklah. Story later. Now nak cewita pasal mimpi indahku dulu, hehe..

Senario mimpi indah :-)
Tetiba I berada dalam kelas. Muridnya tak ramai pun, dalam samar2 kelihatan 8 orang aje kot. I duduk kat baris belakang bertemankan seseorang. Teacher yang mengajar .. pakai cermin mata dan mulutnya kecik aje. Memang tau dia tu omputih. Tetibaaaa teacher berjalan menuju kemeja I "who is Kelly (nama glemer).. who is Kelly..". Murid2 lain mandang kat I konon nak kata "habislah kau, tak dengar teacher panggil ke?".

Sumpah tak dengar apa2 *innocent jer* sebab tengah syok berbual dengan kawan sebelah. TCTLDreamS, I terus bangun berdiri depan teacher penuh hormat, ehem. Dia tak tanya apa2 pun tapi dengan senyuman makrifat terus berkata tanpa rasa takut "I kenot listen to you cos everytime I eat, my ears bunyi bising" <-- Apakah connectionnya?

Back to cerita dugaan disubuh sepi. My Ony sikucing oren kebanggaan (?) keluarga yang dah dinaikkan tarafnya sebagai anak emas (kesayangan TB) dah buat onar tapi kalau dah sayang, tak termarah pun cuma gerrram jek rasa nak piat tinger dia! Geram pun sebab I kena bersihkan, huwaaa...

Ony satu2nya pet belaan yang diberi kebebasan kehulu kehilir menikmati keindahan alam. Selama setahun bersamanya, tidaklah dia terkucil merata2. Amat berhemah when he does his business, hehe. Tapi subuh tadi apasallah nalurinya lebih kepada menuju kesofa cikThom? Whai Ony whai whai whaaai ..?

Ony mengaku tidak bersalah sebab takde kesan jari2nya disofa
Takde kesan jari kaki jari tangan disofa tapi ada kesan dan bau2an du parfum originale camana? Maka bermandi-mandalah 2 kusyen cikThom subuh tadi...

Kalau nak beli sofa baru boleh tak Ling??
.

10 comments:

NenetPenne (NP) said...

ada orang datang blog i dan komen berunsur kondem sesuka hati..walaupun tak mengguris perasaan i yang kental ini tapi i rasa tindakan pengomen tu adalah tidak bijak.... rasanya budak sekolah lagi kot...tu mesti ponteng sekolah pegi cybercafe...

opsss...ok i nak mulakan kerja sekarang.... :P

Ezza Muffinbiru said...

pernah ada orang baca dan komen dalam blog saya ,pastu bila kita buat kunjungan hormat ke blog dia,waduh waduh ..rupa nya dia ni spesis yang patut kena kungfu panda punya terajang laa..ada ke dia mengumpat pasal kita kat blog dia..kemain sedap betul dia mengata saya!!...sedih betul kita tapi bila kita cakap kat kawan tapi mesra di alam maya..ramai ramai datang menerjah blog dia dan hentam kaw kaw punya...adeh...rasa ter-bela pulak...

So moral of the story..cari lah bahan original bila nak menulis..jangan nak kondem orang lain macam lah dia tu bagus sangat...

cuba link kan sapa yang kondem awak tu...meh kita ramai serang dia..hahhaha

bintangjauh said...

Salam CS,

seawal pagi sudah bikin Ratna ter...senyum manis semanis buah apple dihalaman.. adore dengan coretan CS yang bersahaja lagi menghiburkan rasa perasaan yang kusam dek cuaca disini nan comot (hembusan angin tiup meniup bergelombang deras seakan ribut taufan disubuh tadi, siap berguruh garang berselang seli dengan kilat petir memetir umpama panahan si Eros..)

Gimana pun, hampir memahami pendirian diri CS yang bertaraf menerima sesuatu itu dengan seadanya juga penuh dengan kesabaran yang murni sesungguhnya... lama nian Ratna tidak memasak daging masak kicap begitu, terbuka selera trigin memasaknya nanti..

Apa-apa pun CS, bagi Ratna kepada barang siapa yang suka dengan sengaja berhasrat menyergah seseorang blogger itu hanya semata-mata untuk memperkecil rendah kan martabatnya sama lah "dia" itu bersekutu dengannya pekerjaan Syaitan! terhina lah "dia" serta merta olehNya...

Sabar menanti sambungan cerita ceriti seterusnya... salam manis semanis madu.

CS said...

NP
Mekasih singgah dan komen :-)
Orang yang suka nyakitkan hati orang cara begitu memang mental. Kalau tak mental, sah dia tu mentel, what say you?
I baru balik dari blog you tapi tak baca habis lagi, wonder you nak kemana eh? *terkepo pulak*.



EZZA
Kalau yang mengutuk kita ada blog, petanda baik namanya tu tapi yg takde blog, kat mana kita nak ganyang dia hidup2? kihkihkih.. Sebenarnya takde siapa kutuk kita (ada sekali dulu) tapi bila baca blog orang yg kena kutuk, tak pasal2 tangan nih terasa nak petik suis peluru berpandu, hehe..



RATNA
Mekasih memberi kata2 penyejuk *aaahhh nyaman rasa dihati*. Alhamdulillah cikThom dapat mencetuskan senyuman dibibir mongel mu, auwww.. Daging masak kicap tu dimasak oleh dara kita. 3 jam dihabiskan untuk masak 1 lauk. Tersangat epic kan? hehe..

PatinPasta said...

Cik Som,
Payah kalo tak de rasa hormat sesama kita ni, kan?

Mimpi Cik Som tu ada sambungannye ke tak? Tak tau kenapa tapi saya dapat rasakan, kalo ada sambungan.. mesti ada aksi cekak pinggang sambil bebel2 kat cikgu omputeh tu. Hehehehe!

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Aslkm CS..
Huh, dah ke blog you pulak dia ye..*maybe the same person yg attacked I dulu*
Relak CS, jangan di layan..

Mimpi tu ada sambungannya?

kak ja said...

Kander, dinder mohon amfun dan mahap.. dinder yg beriya suruh kander hapdet blog tp dinder tak ngimeng.. Alkisahnya, baru ini dinder berani menjenguk blog hatta blog sdiri.. semuanya disebabkan si malware tu.. Itu pun dinder intai2 dr blkg curtain dulu..

Kander, pengomen durjana tu mgkn ada bnyk masa berlebih2 sampai dia tak tau nak buat apa.. so dinder sajes, kander amek je dia jd bibik kander.. perintahkan dia buat sgl benda dr A to Z, baru dia tau tggi rendahnya dunia ni..

Sepatah kata sorang pujangga pencen, "dlm donia ni mmg ada ramai maknusia banggang!!"

CS said...

AIDA
Betul tu, kemana2 aje kita pergi, kesopanan dan kesusilaan mesti molek dijaga; lainlah untuk yg suka potong Q, kita whack them down flat, har3.. ganazz!! BTW, mimpi kita takde sambungan tapi kalau pun ada part two, surely cikThom and the teacher dah sampai ke London jenjalan kat Knightsbridge (shopping kat Herrots), auwww...



ARTLOVER
W'kumussalam. Blog I tak kena sembur tapi pernah sekali dulu kena satu semburan biadap berunsur politik walhal I tak pernah tulis pasal politik pun. Kemudian check punya check baru teringat that Al-kisah is listed dlm bloglist my friend (a lecturer yg minat politik). I baca blog MamaTiaMia, kan ada orang kutuk pasal kesukaannya? Tak baik ek?




JA
W'kumussalam *sambil menjeling* kander hampunkan dinder *masih maintain menjeling*.

Ekceli takde pengomen durjana dah buat onar kat Al-kisah (except once long time ago). I saja tulis selepas baca blog belongs to one lady. Kalau ada pengomen durjana, I will surely mintak tolong dari Tun TeJaaaaa-at, har3.

Ibu n Abah said...

kekanda...
bila kucing kesayangan buat hal 'mark dia nyer terratori'.. memang terasa nak antau jer kat umah kebajikan a.k.a. pasar.... tapi bela dah lama... tak tersampai hati kiter...
#masih heran orang yg 9bulan ngandung.. anak lahir terus campak ikut tingkap... A'uzubillah...

CS said...

AKAK
Kucing kesayangan yg buat hal tu takde saingan pun tapi kitorang ingat dia tension sbb kena buli oleh kucing gelandangan aka alley cats berlagak macho. Yang membuang bayi ikut tingkap tu, sigh.. dah lepas mentel jadi mental plak, ooops!