Saturday 6 October 2012

Karipap, buah melaka n gas ...

6am: Goreng karipap pusar 2 round, sekali goreng 5 keping walhal boleh aje goreng sekali gus. Dah suka nak goreng guna kuali comel maka sangguplah berdiri lama sket. Lagi pun boleh jimat minyak kalau guna kuali comel tu sebab rupanya yang  mongkom.

5 keping sebagai bekal TB keofis dan selebihnya jadi hak asasi sipenggoreng. Bertemankan secangkir neskopi dengan tekunnya menyuap karipap lepas satu, satu. Dalam pada chomp2 karipap, perhatian tertumpu pada ust Don yang handsome berkongsi ilmu berkenaan 'imam dan makmum'. Alhamdulillah.

Molek paras rupanya

3 jam kemudian (tanpa rasa bersalah), another chomp2 session ...

Buah melaka yang I claimed superb!
khas untuk tatapan Aida @ PatinPasta
Subuh tadi sebelum D keluar exercise kat arena mpsj, I minta tolong belikan sepeket buah melaka tapi 2 peket yang dia belikan. Ayoooooo! (susah hati siapa nak habiskan konon). Tidaklah I gobbled semuanya sekali sebab T bantu habiskan juga tapi berapa biji T makan harus dirahsiakan (if not you all taulah berapa banyak I ngap, kaaan?). Cara T makan buah melaka, habis dibasuhnya kelapa parut tu, apadaa..

Masak dinner semalam dalam keadaan ceria. Kalau gas nak habis, habislah I tak gentarr, harhar eksyenlah pulak. Sebelum Maghrib tong gas selamat dihantar kepangkuan TB (kebetulan dia kat luar rumah sapu dedaun kering..almaklum autumn kan? ngeh2). TB bayar RM25 instead of RM27. Kalau tanya TB kenapa harganya murah dari biasa, dah tentu dia takde jawapan sebab selama nih I jer yang berurusan tentang gas megas nih, hehe.

Patutlah murah sebab pekedai hantar tong gas jenis lain walhal dah diberitau melalui telefon jenis gas yang I ndak. Apa2lah asal diorang sanggup hantar gas kerumah.

Tugasan membeli barang dapur basah n kering selamat dilaksanakan petang semalam. Lately D rajin meneman I dan dengan adanya dia, kuranglah penat I menolak troli (esp bila park kereta jauh). TB mesti suka I dah ada a new bodyguard cum drebar.

Terperanjat juga tengok keadaan Mydyn sekarang sebab kedai2 menjual beranika barang dan tempat makan semuanya ditutup melainkan kedai makan sebelah luar yang masih beroperasi (soon akan ditutup juga atau beralih ketempat lain). Tutup kedai buat sementara waktu sementara renovation dijalankan selama lbh kurang 2 bulan.

Since T balik minggu nih, projek kecil2an kita berdua adalah mencari lampu bilik tidur untuk rumah disinun. Masing2 dengan cita rasa berlainan. Ada yang suka lampu kuning, ada yang suka lampu putih terang benderang.

Ada aje yang tak berkenan kalau kita yang pillihkan. Contohnya macam jubin porch/patio nih .. T amat tak setuju dengan cara ia disusun...cam dot3 katanya.


I tak berapa layan keluhannya but to be fair I setuju dengan pendapatnya juga iaitu lebih elok guna jubin gelap menutupi tempat letak kereta tak dicampur dengan jubin cerah namun I kata tak perlah. Kalau nak komplen memang banyak yang boleh dikomplen tapi dalam pada ketidak puasan hati, masalahnya mungkin datangnya dari kita juga.

So, why not we sit back calmly and make Abah happy?
.

12 comments:

Ibu n Abah said...

Wah...
bila gas ada xtra... chef sangat lapang dadanya...
i suka curry puff daripada kari pap...

Fadhil said...

Karipap pusar yg frozen ke yang sendiri bikin? Kenapa buah melaka juga dipanggil onde-onde?

Banyak pulak soklan orang tua nih ye...

Queenie said...

nasib baik masuk sini masa pewut tgh penuh....burppp.....

hmm...dah terbayang2 kita berdua bersedara bersila makan derian ngan gambutan kat porch tu....

CS said...

AKAK
Memang rasa lega bila ada spare 1 tong gas tapi ia tak bermakna takde sesi JJCM/JJCL, kenn? I suka karipap tapi banyak yang tak mengikut piawaian my tekak (namun nak buat sendiri tidaklah rajin).


OLDSTOCK
Soklan orang tua akan dijawab oleh orang tua jugak, hic!
Karipap pusar tu I beli kat Mydin dengan niat menolong peniaga kecil (alasan baik punya). Kenapa onde2 dipanggil buah melaka? I think ada kena mengena dgn geographical factor tak?

CS said...

mr FUAT
Thanks for dropping by. Have a good day!


QJ
Psst..pakcik kat atas nih rajin jugak dia berBW ek?
Makan derian n gambutan kat porch? Tak beshh ahh kat situ, very hot. Apa kata kita makan2 kat wakaf/pondok yang akan disponsor oleh you? Clap3. Apa pun I kena kumpul duit dulu untuk beli helmet (durian punya pasal).

Queenie said...

psst sekali tu pakcik tu paham bahasa melayu, saja jer dia nak nguji kita NGIAHHH!!!

nak sponsor no poblem...ngan syarat bahan2nya i beli you bayor....

cabut berjengket........

CS said...

QJ
Kalau pakcik tu saja nak nguji kita, kita sesah dia cukup2, har3. BTW, you tak moh sponsor? Half2 pun tanak? Cenggitu kalu, you dapat durian kosong gamaknya ler...

*mencecet berjengket....

azieazah said...

Amboiii buah melaka jugak? Mujur I rajin sket nak buat. So kalu I ngap banyak-banyak pun takpa, sebab I tak perlu nak kira.

Tak sabar plak nak tunggu rumah U siap, sebab mana la tahu, ada orang terbuka hati nak buat house warming, bleh la I ngendeng datang makan! hehehe

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Aslmkm CS..
Bila tengok karipap...rasa nak buat.
Buah melaka, tak ade pun tak pe..

Cadang2 bila berpindah ke rumah baru?

CS said...

AA
I pernah sekali aje buat buah melaka tu, terer tak? har3. Tak sker masa sumbat gula kedalam tepung, sangat tak skerrr..
Timakasih kerana sama2 teruja nak tunggu rumah siap. Sape2 datang for house warming dikenakan bawak sebiji kerusi (lawo punya), heheh..


ARTLOVER (waalaikumsalam)
Nape you tak sker buah melaka? Susah nak monitor pancutan gula melaka dari mulut ehh?? hehe..
Cadang nak pindah kerumah baru bila hubby pencen tapi takat nih dia belum nak pencen lagi ..

Ribbon and Circus said...

Kak com,

baru dpt nak singgah..huhu Dah nak siap umah jasin eh.. best lah.. tu onde2 mitak sebijik :P


CS said...

RC
Kemana you menghilangkan diri? Makan angin ke? Yup, rumah disana almost ready tapi kita lum bercadang nak pindah kesana secara total, ahaks.

Nak sebijik aje onde2 tu? Suku bijik pun dah tak nampak bayang, hehe..