Thursday 8 November 2012

Tak sangka ...

Assalamualaikum pada penggemar celoteh didada Al-kisah (ekceli nak cakap 'peminat' tapi tak tergamak rasanya *blushed kesilu2an*).

Tersangatlah tak sangka Al-kisah dah menjangkau kelima tahun penubuhannya (penubuhan? apa2lah asal I bahagia). Alhamdulillah dan tahniah pada diri sendiri kerana masih bertahan lama menepis onak dan duri dipersada maya, ehem.

'Al-kisah' takde coretan atau tulisan yang boleh dibanggakan anak cucu cicit tujuh keturunan al-maklum untuk menulis perkara2 ilmiah memang bukan 'forte' cikSom. Memang tak reti.

Pernah tak terfikir kehidupan kita sebenarnya tersangat 'mundane'? Jika pernah terfikir kearah tu maka terserah pada diri sendiri untuk menghappeningkan kehidupan berasaskan segala nikmat yang tersedia ada depan mata (bolehkah perenggan nih dianggap ilmiah? hehe..cayalah).

Banyak cara untuk mengembirakan hati. Lain orang lain caranya asalkan tidak mengganggu atau menggugat kehidupan orang lain. So selama hilang seketika dialam maya, adakah hati nurani cikSom gumbira? Yes indeed .. very much so (cewah! tercakap omputih pulak kita..).

Apa pun ceritanya, haruslah dimuatkan dulu makanan pagi yang disajikan oleh isteri mithali sifolan itew, auwww...


Roti bulat tu dibeli dari bakery S.Parade. Bertanya pada juru jual "roti bulat2 kat belakang tu roti apa ya?". Jawabnya pantas "homi bred". Bertanya sekali lagi just to ensure that my ears are free of wax, ahaks.. tapi kedengarannya tetap 'homi bred'.

Bila roti bulat berada dalam tangan, pahamlah akan bahan yang digunakan tapikan tapi sajalah nak buat jahat nakal, bertanya kali ketiga "apa nama bun nih dik?" dan jawabnya pantas "homi bred" ... "Ohhh....awak cakap cepat sangat tadi, hehe" (acting innocent).

Jual beli berakhir dengan berbalas senyuman. Moral of the story? saja nakal!

W'pun belum ada CF, insyaallah RD dah boleh didiami dengan sejahtera sebab dah ada letrik. Terlebih sejahtera sebab katil/tilam dah siap dibeli untuk bos n mem, ehem...but oh man! langsir masih takde. Puas cari di Macy (tak berapa nak mampu so tak beli) juga diParkson (ukuran berbeza either hemnya kena kelepet or pendek so tak beli juga). Nampaknya terpaksa guna kain pelikat TB ajelah untuk dijadikan langsir sementara untuk bilik kitorang, muahaha...

Langsir dan katil/tilam merupakan faktor penting, takkan bos n mem nak tidur atas lantai, tul tak? Takkan juga tingkap dibiar tidak berlangsir kang monyet dok intai2 kita sedang berrr......dengkur, kaaan? Cinta dan kasih sayang tak cukup untuk menghangatkan badan lebih2 lagi cuaca yang melanda Msia kini hampir mirip pada negara bersalji (exaggerate adalah perlu, hehe).

Macam berselirat aje wayar2 tu..hmmm...

2-3 hari balik dari RD (berbekalkan 3 plastik daging korban dari 3 punca), I sambung berkelana ke Jay Bee pulak atas desakan serta pujuk rayu Ndja. In a way, pucuk dicita ulam mendatang. Rasa sangat seronok macam monyet dapat munger tayik hayam gitu, hehe..

1987, 1994, 2006 n now 2012. See the lapse of going back to my hometown? Mengaku anak Johor sejati tapi apasal macam kacang lupakan kulit aje? Ehhh... sebab saya bukanlah sebiji kacang, harharhar...

Dapat peluang ke JB mengalahkan dapat bercuti kedestinasi idaman. Oleh kerana kesuntukan masa (sedang bersiap bagai akan ke RD kejap lagi) maka perjalanan seronok 'down memory lane' akan  dikongsi dalam next entry, manalah tau ada yang berminat nak tau apalah syoknya ke JB tu, kaan?

Hingga dilain al-kisah, tatatititutu...
.

19 comments:

blu4sky said...

apetah nak comment tadi..lupa daa..nanti kita datang balik ye CS :D

Kakcik Seroja said...

Semoga selamat dalam perjalanan dan di mana juga... :)

kak ja said...

tersgtlh gmbra bla msk umah berlgsir ni, nmpk ada citer tbaru..

kain plkat yg ank bujg kita pkai msa sunat pun ada.. bru karer.. nk pnjam?

Anonymous said...

Tahniah atas bloggesary ke 5. Mungkin ada yang melihat Al-Kisah sebagai coretan semata but somehow penulis berjaya to make me read between the lines and learn a thing or two, tak bedek!

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Aslmkm CS..
Tahniah ulang tahun yg kelima sebagai blogger.
Cs..seronok tak kat rumah baru?
Mesti lah kann..mesti sejuk kat sana kan, banyak pokok2 tambah pulak musim hujan ni. kena bawak selimut tebal tu..
Tata titi tutut.

Ibu n Abah said...

5 tahun dah?
Semuga hingga 50 tahun lagi pun tak apa... i dah jadi ahli seumur hidup...
Tak sabar nak baca kisah di Jay Bee....

DeLancrettLurpak said...

Saya suka JB.. meh cerita meh, tak sabau (nak jadik org Jasin kan CikSom, tambah le -au- pada perkataan yg tertentu, hehe) pulak nak baca.. :)

Mulan said...

happu anniversary al-kisah..!!!

yey yeeeyyy.. tunggu hauswoming ni..

LEEzasTOUch said...

Assalam CS
Welcome back n congrats for the 5th year of blogging!
Seronok ya pindah rmh baru...segala2
nye baru!

Fadhil said...

Amboi ada orang tu... balik JB taknak bertegur sapa dgn kita ye...

Dah 5 tahun Cik Som berblogging? Kira ok lah tu...

Bintangjauh said...

Salam CS,

sudah lama rupanya berblogging... 5 tahun, kena nyanyi sebuah lagu ucapan joyeux anniversaire karena 5 tahun petanda blog-nya CS bertahan dengan jayanya yang berisi kandong coretan yang tersangat power!

Boleh CS peragakan sekitaran suasana di RD sempena sambutan anniversaire ini?

Tahniah CS dan terus kan penulisanmu yang bertaraf sebuah karya mengenai kehidupan yang nyaman Al-kisah nya dengan selitan kelakar sense of humor bagai digeletek manja...

Salam manis semanis madu.

Rima said...

5 yrs of blogging... thats an achievement... congrats Al Kisah! wonder mine boleh bertahan lagi lama tak hmmm

CS said...

Assalamualaikum dan terima kasih. Mohon maaf kerana lewat menjawab komen.


SUE
I tunggu lawatan kedua you dgn komen sekali tapi you tak kunjung tiba. Sedih kita taw..


KAKCIK
Terima kasih. Insyaallah kita semua selamat dari sebarang musibah tak kira kecik atau besar.


JA
Kain pelikat anak buj warna apa? I sedang mencari warna biru dan kuning. You boleh pinjamkan tak??

blu4sky said...

yuuuhuuuu...CS,
aisey..jangan lerr merajuk CS..
kita tervery busy lerr..school holiday ni kena buka daycare kat office.. hehehe..angkut anak-anak bawa gi office sbb takde org nak teman kat rumah..

pejam celik pejam celik dah 5tahun ye blog CS...taniah..lama tu teruskan menulis yerr....i'll be one of your loyar readers.. insyallah :D

Dentist and Me said...

hai Cik Sommmmmm.

Ala tak payah la pakai langsir langsir. Lagi pon tingkap tu kecik jerrrr.

Ado rumah tu, bilik air phon semua cermin, awwwww

CS said...

Kembali menjawab komen dengan semangat baru *zzzzzz*

NOIR
Thank you for the compliments. Coming from you I feel honoured too (pun tak bedek).


ARTLOVER (w'kumsalam)
Terima kasih. Rumah baru memang seronok almaklum semuanya baru. Betul bagai dikata, kat sana memang sejuk. Bercinta nak mandi pagi, ahaks..


AKAK
Terima kasih. Diharap you tak menyesal jadi ahli seumur hidup, hehe. Insyaallah I cuba berkarya dengan lebih baik lagi.

CS said...

DLL
You suka JB juga? Dah 2 orang nak dengau cerita I ke JB tapi dah seminggu berlalu, macam malu pulak nak bercerita *almost basi kekdahnya*


MULAN
Terima kasih. Tentang house warming tu, insyaallah.. tapi saintis kata cukuplah dgn global warming aje, hehe..


LEEZA (w'kumsalam)
Terima kasih. Memang seronok pindah rumah baru tapi lebih seronok kalaulah boleh I dapat hangkut rumah tu letak sebelah-menyebelah dgn rumah sekarang nih.

CS said...

OLDSTOCK
Ehem...orang manalah agaknya yang sombong bebenor tu ek? Yess dah 5 thn dipersada maya. I can't imagine my life in 5 yrs' time.


BINTANGJAUH (wkumsalam)
Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Terima kasih dgn kata2 pujian yang amat power tu *blushed*. Suasana di RD? Hmm...rasanya ada 1-2 gambar aje yg diambik hari tu. Insyaallah akan diusahakan nanti.


RIMA
Thank you. I think you shd not have any problem to go beyond 5 yrs.. You banyak bahan yg boleh dikongsi dgn fellow bloggers.

CS said...

SUE
I merajuk? hehe.. acah aje tu. Terima kasih kerana sudi jadi my loyal reader. Daycare centre at the office? Bagus juga tu sbb takdelah risau tinggalkan anak2 kat rumah, kaan?


DENTIST aka DOC AJI
Mimpi indah apakah yang buat you merayap kebumi Malaya kali nih? Anyway, pasang langsir lutsinar boleh mendatangkan keseksian taw, auwww..