Saturday 15 February 2014

Kita sibuk hari nih ...

Assalamualaikum ...


TB tetiba teringin nak makan pisang salai goreng. Hmmm... mengidam nak dapat anak bungsukah dia?

Sebenarnya kaan... I juga dah lama mengidam benda yg sama tapi ada I kesah melayan tekak sendiri? Nope!

Tapi atas dorongan TB, terjadilah pisang salai goreng versi dayang senandong. Rupa tiada tapi auranya tetap mengerlip2 ..

W'pun takde belerang dicampurkan kedalam batter namun bila kombinasi rangup, kenyal, manis dan rasa pisang yg disalai bersatu dalam mulut, bukan nak 'brag' tapi rasanya (for a change) memang meletop!

RANCANGAN hari ini;
1. KePD (dibatalkan sebab swimming suit memasing dah kecut, hehe..)
2. Ziarah kawan (ditunda keminggu depan sebab drebar (bukan TB) agak sibuk
3. House warming rumah jiran

PAGI tadi Teh telefon bitau dia nak datang dengan Ngah semata2 nak breakfast atau brunch. Masa tu I sedang mengadun tepung nak buat jejemput. Siapkan adunan tu dan nyahkan kedalam esbok (simpan untuk bfast esok).

Ngah dari KL nun, singgah PJ cekut Teh pastu cekut I pulak. Ngah 4ever tak reti dan tak faham camana nak kerumah adik dia yang gate rumahnya dah berkarat so foreverlah Teh jadi GPSnya. Comel kan?

Apa pun, I still salute Ngah, my no. 2 sister. Umurnya dah menjangkau awal 70an namun masih steady drive kesana sini (minus keoutstation). Teh lebih kurang macam I lah penakut sebab kita berdua cuma SUKA drive ketempat yang dekat2 dan familiar aje tapi kerana keadaan dan desakan kehidupan harian (sounds mencabar tak?) maka Allah telah meminjamkan sedikit keberanian pada hambanya yang tidak pernah terfikir dia akan jadi Schumacher satu hari nanti, wahahahah..

Sebut pasal Schumacher.. tentu ramai pernah terfikir ajalnya habis diatas litar lumba kereta namun ironinya dia cedera parah semasa bermain salji.

OK back to cerita bfast/brunch.. I perkenalkan my 2 sisters kekedai makan yang pernah appeared dlm JJCM. Taklah makan yang gah. Kita cuma makan mee kolok dan kueh mueh aje. Sambil makan kita berbual2 mesra (tapi kita tak nganyam ketupat okay?).

Makanan bertambah yummy dengan dendangan lagu2 down memory lane dari Doris Day, Johnny Mathis etc but somehow bila lagu Wantanamera berkumandang, I betul2 tengah mengunyah satu2nya wantan dumpling yang dihidang bersama semangkok soap!

Soap? Acah Mak Enon aje tu.. soap atau sup, ada sesiapa kesah tentang ejaannya?

MACAM biasa sebelum balik rumah, terpaksalah tapau 1-2 lauk untuk TB. Bila mem dah kenyang, memang takde harapan dia rajin nak masak bagai tapi takat masak nasi memang takde masalah sebab I sker KOSEK2 beras. Lagi pun boleh stemet bila sendiri yang masak nasi. Diharap dapat pahala sebanyak butiran beras yang dikosek, insyaallah.

MACAM tak cukup dengan apa yang dah ditapau, my 2 sisters masih teruja membeli berkeping2 murtabak. Ekceli I yang jahat, hehe.. I yang motivate diorang "terlanjur kat sini, tak nak beli murtabak ke"?

5pm NDJA and I kerumah jiran. Rumah yang baru diubah suai memang sedap mata memandang. Sempat bermingle dengan 2-3 jiran yang lain sambil menikmati mee rebus, lontong dan manisan.

6pm Bye2 pada tuan rumah, terima kasih daun keladi. Ndja pun tak berlengah lagi terus memecut KUDAnya balik ke Sban.

OK, tu aje ceritanya. Baca sampai kenoktah terakhir ok t.a.t.a? :-)
.

5 comments:

Ibu n Abah said...

Baca itinery u mmg laaa u sibuk..
Tapi..
Al kisah u tetaplaaaa mantop dibaca..
Windu dgn karya u...

farae al-farafisya said...

Cik Som, keep updating tau..
Don't go into hiatus mode too often..
Suka baca your blog..

CS said...

AKAK
Sibuk hari Sabtu tu sibuk acah aje. Ada ketikanya nak makan pun tak sempat, haha.. (ni pun statement acah gak). Timakasih masih loyal membaca Al-kisah..


FARAE AL-FARATISYA
(susahnya nak menaip nama awak nih)
Timakasih diatas kesudian membaca (clap2). Am on hiatus mode bukan disengajakan pun. Mood berkarya tetiba mati atas angkara blogspot sendiri. Menci taw..

t.a.t.a said...

Kak, saya memang baca sampai noktah terakhir, tapi saya tak tahu nak komen apa. Nak cerita pasal pisang salai, bila baca perenggan seterusnya terus lupa pasal pisang salai. Hahahahaha.

Bila nak komen pasal kakak akak yang dah 70 pun masih boleh drive, bila baca seterusnya, pun sama jugak la. Dah terus lupa apa nak cakap tadi.

Hahahahaha.


Kak. Dulu pun kitorang selalu cakap acah mak enon atau acah je labu. Mana datang ntah labu tu. Tetiba aje muncul.

CS said...

t.a.t.a.
I faham dilema awak tu. Kadang2 tuan punya blog memang buat kita huru hara, haha.. (I ler tu).

Yalah, I pun xpasti asal usul acah MakEnon/acah je labu. Macam2 kan?