Wednesday 12 February 2014

WW = wholesome words (for SR)..

Assalamualaikum ...

SELALUNYA sebelum publish a new entry, I akan jawab komen2 peminat setia terlebih dulu. Mesti hargai mereka yang sudi mengomen tak kiralah samada mengomen sebab teruja giler nak komen atau berdasarkan faktor kesian pada I siyatim piatu beranak dua nih, haha...

TAPI kali nih, I nak publish new entry dulu pastu baru jawab komen entri sebelumnya. Kali nih aje I jaaaa-at ok?

Sebenarnya I takde masalah menjawab komen sebab yang sudi mengomen tu pun tak ramai namun nampak gayanya, silent readers yang tersangat silent boleh tahan ramai singgah kesini. Tak teringin nak menegur I ke? Pada yang sudi kenalkan diri, timakasih daun keladi.

Apa pun situasinya, harus mengalu2kan kesudian mereka dengan ucapan terima kasih (at least) makanya sekarang I sangat berbesar hati ingin berTERIMA KASIH pada para pengunjung/pembaca budiman sekelian.

SIKIT masa dulu, kotak komen Al-kisah memang agak meriah dam-dam-doom tapi apakan daya, sejak kebelakangan nih ramai dah beralih arah keFB/IG dan ada gak terpaksa 'gulung tikar' sebab mojo berkarya dah ditelan sigagak hitam! ekekeke... (ngejek gaya devil).

LATELY sejak guna hp yang agak pintar lagi berwawasan (hand-me-down jer) maka boleh dikatakan bersemangat jugalah I ngendeng2 FB berbanding bila guna netbook dulu kala (masalah 'adobe flash player' tak boleh didownload' wpun dah 18K kali didownload), so now bolehlah tonton n dengar video2 berilmiah (dan tak berapa ilmiah juga) dengan selesa.

I belum kutuk silent readers, kan? Jap lagi I kutuk eh?? haha..

Silent readers boleh menjadi parasit pada sesuatu blog. Parasit yang boleh merundumkan semangat/mood berkarya dan secara tak langsong memaparkan diri sendiri sebagai kurang berhemah atau kurang sopan, hehe...

Kat atas tu bukan I yang kata namun tulah yang terkeluar dari 'mulut' sorang blogger yang gah. Bila dipikir2kan, betul juga apa yang dikatakan tu (sehingga dia tutup blognya ketat2 dan bukak blog baru khas untuk peminat/pembaca/pengomen setianya aje).

SEBENARNYA I pun dah terikut2 jadi silent reader (kerana beberapa faktor). Bila diri sendiri yg jadi silent reader, terus ada alasan 'beberapa faktor' ek?. Well.. manusia memang macam tu, tak gitu?

ANYWAY, I nak bitau 1 rahsia that I am a stalker of IG (D tolong registerkan tapi dah lupa PWnya so takat skodeng2 ajelah). Siapa yang I stalk? hehe.. that would be my secret, takkan nak bitau, kaan?

Alahaii...cepat betul dah pukul 12. I baru nak warm up namun terpaksa menonong kedapur menyambut lambaian periuk dan kuali. Cuaca hari nih sangatlah mencabar. Nampak gaya masak 1 lauk sangatlah dialu2kan ...

AKHIR kalam, selamat mengesat keringat!
.

20 comments:

Kakcik Seroja said...

I bukan silent reader you...hehehe

t.a.t.a said...

jap. 1st komen. memang terbalik la WW tu. hahahaha

t.a.t.a said...

peminat setia. -- ahh. ai rasa di awangan la pulak kak. kih kih kih.


silent reader? saya jadi silent reader untuk certain entry bila saya tak tahu nak komen apa atau pun saya tengok dah ramai orang komen benda yang sama aje. saya malas nak ulang tulis apa yang depa tulis walaupun dalam hati saya memang itu la yang saya nak sampaikan.

Ibu n Abah said...

Kekanda
I tak akan sanggup jd SR kat blog u..
Macamana pun i akan perkenalkan diri i dan jemput u dtg ke umah i...mmg rugi sapa yg setakat baca tp tak mahu bg salam dan mengenal u... Kan??????

Anonymous said...

selalu read here silently tapi smile and laugh loudly, sama selera gitu. i pun dah terjebak jadi stalker IG.

Mela

~jeet~ said...

salam CS, saya dulu bersalah...hehehe..bace je..tak komen, tapi makin lama makin tak tahan...harus komen jugak ;)

CS said...

KAKCIK
Terima kasih... you memang bukan SR tapikan I plak yg kengkadang jadi SR kat blog you yg ramai peminat tu.



t.a.t.a
WW tu terbalik? Bukan aje terbalik malah ditambah lagi 2 perkataan, heheh...
Adakah you peminat setia I? *blushed* tapi for sure you memang amat peramah. Bab mengomen, I pun mcm you juga.. kalau dah berderet orang komen dan komen seakan2 sama, mmg I pelan2 cari pintu exit, hehe..

I boleh baca your blog tapi tak konfiden nak komen sbb I tak boleh ingat my WPress PW. Anyway, nak tanya boleh? Birthday you
bulan July ke??

CS said...

AKAK
Dinda, kita sama2 bukan SR tapi kadang2 bila I baca blog you, I tak terkomen esp bila guna HP (pad kecik, tak besh menaip). Anyway, mekasih (tak nak cakap kenapa, hehe..). Muah!


MELA
Kita gembira bila awak datang. Kalau cakap awal, nak aje I kirim murtabak Zam2, hehe..
P/S: Nanti laugh lebih dari louder. I nak dengar suara you :-)


JEET (w'kumsalam)
Lately I pun bersalah sbb ziarah blog you tanpa tinggal jejak kasih, ehem. How's life over there? Wonderfulkah? You take care OK?

Unknown said...

CS..
Mula2 kita berkobar berkarya dgn blog..lama2 kurengg.
Ber IG la pulak. And I hope u can find me there ya.
I pasti Akan mengomen dimana u berada..hehe.

t.a.t.a said...

Kak, you teka July was it based on facts that you have read somewhere in my blog or you teka just out of blue?

CS said...

ARTLOVER
Betul cakap you tu tapi kadang2 keadaan sekeliling yg buat mood kita kureng (my blog masih bermasalah tak boleh guna fungsi compose n tampal gambar). Nasib baik ada kepandaian sikit (ehem), I get by somehow :-)
*Bisik* camana nak skodeng your IG?



t.a.t.a
Tekaan I tu bukan berdasarkan dari membaca your blog tapi ia datang dari firasat (belajar dari Nujum PakBelalang), hehe..
You say yes and I will tell you how I know/guess :-)

t.a.t.a said...

Ok. Yes. July girl.

CS said...

t.a.t.a.
Mekasih :-)
I perasan bila tengok your email ID. BTW, I pun July girl :-)

t.a.t.a said...

Kak. So much la for belajar dari Nujum Pak Belalang, tengok kat id rupa nya. Org baru nak belajar dari akak.


Haha haha haha hampeh la akak ni. Huhuhu.

t.a.t.a said...

Kak, btw akak Julai berapa?

CS said...

t.a.t.a.
I hampeh ek? harharhar..
Mine is 2nd. Is yours 8th? If so sama mcm my sister.

p/s: sori lewat jwb..tak perasan

t.a.t.a said...

Laa.. kata tengok pada id saya. tak dapat agak ke? Mwahahahahaha


25th la kak.

CS said...

t.a.ta.
Ye ke? I silaplah nampaknya. I nampak blurr_p8789 so I thot tulah besday you, hehe..

Maka dengan ini diistiharkan kita bukan dibawah naungan bintang Cancer :-)

t.a.t.a said...

oo akak tengok email yang 8789 tu ke? itu memang tak de kena mengena pun. yang gmail punya nsita257. so obvious la kan? hahaha.

saya leo.

CS said...

t.a.t.a.
Ohhh patut lerr.. Memang langsung tak terpandang gmail punya ID pun, hehe..