Tuesday, 30 December 2008

Beramah mesra ...

27/12 - A belated majlis beramah mesra bersama jiran sempena raya Aidilfitri telah diadakan di HolVil. Para AJK dan anak2 buah sebulat suara bersetuju. HolVil dipilih kerana dekat dengan tempat tinggal, sewa bilik murah dapat diskaun sebab crony punya pasal - shhh - dan sambutan nampaknya boleh tahan w'pun setiap orang dikenakan bayaran.

Saper agaknya yang paling gumbira majlis ni dibuat kat hotel? Saper? Saper ek? Heeheehaa.. Tekaan anda tersangatlah meleset ... namun jika betul dan tepat, jwpn tu masih tetap tak betul dan tak tepat.

AJK terkesima menamakan Majlis Perjumpaan Ramah Mesra (bukan poyo tapi bersemangat), dan bertemakan Mesra dulu, Mesra kini dan Mesra selamanya .. (Ok apa.. it sounds very nostalgic macam Melayu dan Malaya zaman 50an). Anyway dress code is informal so takdelah melaram dengan kebaya kulit bawang, rambut terjongket bersanggul tinggi..., haha.

Buat julung kalinya D & T accompanied us to such majlis. Mimpi ke budak2 ni namun we were quite happy hoping that both of them would mingle2 with other children from the same neighbourhood. You think they would mingle2? Mmm, diorang dok melekat bawah tiak I jugak .. I suppose diorang ni pemalu macaaam I .. (dulu, kini dan selamanya .. har 3).

Majlis dimulakan dengan doa selamat pastu Tok Penghulu (bukan dari KBR hokay??) beri kata2 aluan disambut oleh AJK yang memberi lampu hijau "makan time". Disebalik lampu samar sedang I menyudip dalca ke pinggan, AJK tanya samada I boleh menyanyi tak. Jawapan yg unggul diberi kat dia "I bukan malu tapi I memang tak boleh menyanyi".

Karaoke time .. lepas sorang, sorang tunjuk bakat terpendam .. solo, duet, solo, duet - rock ada, dangdut pun ada. Komain lagi pakcik dan makcik menyumbang suara. Ada suara terjun ke laut cina, ke sungai thames dan ke telaga biru, namun ...........? Sekali sekala bergembira ria sesama jiran.

Karaoke diselang seli dengan lucky draw. Hampers ditaja oleh 'orang kuat'. Dan salah sorang pemenang bertuah is none other than 'cha-ya-kaf sim-wau-mim' .... clap clap clap ... tahniah!

4 comments:

Anonymous said...

kejiranan ciksom ni happening sungguh ye.. kat umah kite tkdepon mcmtu.. biaserr biaserr jerrr...

Anonymous said...

Hehe, happening meh? .. and in the pipeline AJK dah bercadang nak pi outing beramai2. Terasa nak gi Colmar Tropicale laa..

Anonymous said...

27 disember baru nak wat sambutan Aidilfitri?? ish..ish..ish..

Anonymous said...

Benar wahai Encik Pengantin.. Selalunya kami buat depan rumah pasang kemah bagai. Oleh kerana tahun ni kitorang bizi dgn anak jiran kerja kawin rewang merewang, dan jiran yg sama sebok menguruskan hal ke Mekah, maka kami lewatkan majlis jadi 2-in-1 gitu .. majlis raya cum majlis menyambut jiran balik dari Mekah. Harap maklum ...