Saturday, 20 December 2008

Wedding of the year, ehem..


20/12/08 hari pernikahan M&E dikira hari bersejarah. Whoever disagree, memang nak kena, hahaha (sour grapelah tu). Gambar hitam putih kat atas ni dapat dari Ms G (tuan punya gambar janganlah saman kitorang, eh?). I suka gambar tu.

E looks like a princess while M looks dashing in baju Melayu, both in whites ensembles. I think everything that they wear from top to toe are sponsored. How lucky! Dengan lontaran suara yang terang dan yakin M melafazkan sekali saja akad, maka jadilah M&E sepasang suami isteri yang sah. Nasib baik M tak lupa 'lirik', hehehaa..

Harus satu donia melekat depan tv menyaksikan upacara WORLD pagi tadi. Sesiapa yg tak turut menjadi saksi diskrin tv, pasti depa duk kat donia lain, ahaks... (gurau je ni).

Masa upacara batal air sembahyang tu .. hehe.. quite hilarious juga tapi malaslah nak cerita. Tak ketinggalan juga sesi airmata .. waah.. syahdu gak. I think Mas lebih tabah dari E sebab Mas tak nangis ngongoi2 tarik baju, tarik veil pun. Sesi penyerahan tanggungjawab dari FIL ke SIL, dari emak ke anak memang menyentuh perasaan, syahdu sesangat ... (camana gaknya bila D&T kawin nanti? Mungkinkah I nangis guling2? haha, jangan nak merepek. Bukan ke mak pengantin mesti kelihatan anggun, jelita dan berkarisma?)

Masa I kawin dulu I tak nangis pun tapi Chik yg nangis sebab kesian I kena basuh baju. Chik, oh Chik .. takat ni kan, bumbung rumah aje yang belum sempat dibasuh lagi, hahaha kelakarnya....

Sebelum majlis bermula, doa dibaca oleh budak lelaki umur 6 tahun, kot? Wah, kalaulah I dapat anak cam tu, sejuk perut ni mengandung dan insyaallah nyaman di alam barzah. Apa taknya, budak yang baru 6 tahun dah hafal al-Quraan. Isn't it marvellous? Lagi marvellous sebab gigi dia banyak dah takde .. cute pun cute!

Actually I gembira (tumpang semangkok) bila M&E buat majlis nikah kat masjid Sultan Abu Bakar, di JB tu sementelah dua2 pun orang Johor. Masjid tu pun bukan calang2 masjid and where that mosque is concerned, it brings some nostalgic feelings to yours truly...

Hoping the newly weds live happily ever after (I wonder what kind of onak & duri they would face in future). In a related issue, I sms someone in response to her juicy gossips "Hai, jodohlah katakan. If only kita boleh pilih memilih tanpa ketentuan Allah, tapi tak boleh. Wallahualam".

P/S: I would like to see them in Sehati Berdansa next year ... (tak dulik) ..

6 comments:

Nor Lezah aka Cikguliz said...

CS, dek sebab kebzan yang melampau, wa tak dapat menonton majlis tersebut. huhuhu. tunggu ulangan pun tak dapat. Ada ulangan ker?

ciksom melapurkan said...

Menurut sokabar hari Ahad ... ada ulangan. Tak silap next Sunday.. lu check ehh?

my CERIA life.. said...

Terlebih minat lagi rupanya..
Lalalalalalalaaa

ciksom just-plain-hairan said...

Minat yg tidak memudaratkan ugama, bangsa dan negara, heheh. Minat sbb 1. orang Johor 2. Ada visi 3. Rajin n terus berusaha 4. Peka serba sdkt tentang ugama - pandai mengaji, berzanji, mengaji & hafal doa, auwww 5. Berjasa pada ibu & family 6.he minds his own business 7.cukuplah 6 aje tu tapi semua tu DAH TAKDE KENA MENGENA DGN DIA SEBAGAI PENGHIBUR. Wa dah BERTOBAT remember?

Anonymous said...

Cik Som,
Wa takkan saman lu. Lagi CW minat tapi tak fanatik its ok. Wa pun minat atas sebab musabab yang CS beri. Wa doakan yang terbaik untuk M&E sama macam wa doakan CW&F masa hari langsung aritu...
Wa pun wonder gak pasni ahat kind of onak & duri budak motak have to face...Moga bahagia cam CS and wa he he promo sket...G'Zain

G'Zain said...

Cik Som,
Finally wa dah blog. Thanks for your helps