Monday, 22 December 2008

Majlis bertunang ...

Wakil dari pihak lelaki seramai 30 orang terdiri dari jiran dan sedara terdekat berkonvoi ke Ampang kerana menyempurnakan majlis pertunangan Shah, anak bujang D&S. Ada 5 dulang (sahaja) barang hantaran dari pihak lelaki; sirih junjung, beg, kain, alat solek dan cincin. Lagi sikit barang hantaran lagi bagus sebab ia meringkaskan majlis dan menyenangkan sipembawa dulang.

Bayangkan sorang perempuan yang comel badannya diminta bawak dulang berisi kek fondant seberat 2kg. Kek aje dah 1kg + fondant + dulang silver, tak berat ke tu? Kalau I diminta bawak dulang tu, sure I decline. Susah tau, mana nak bawak dulang yang berat, nak jaga tudung jangan senget, dan nak bawak beg tangan lagi tapi yang paling penting susah nak 'tacap' mekap. On the other hand, untung juga kalau disuruh bawak dulang sebab boleh glemer kejap, asyik disuruh berbaris tangkap gambar aje, meriah you!! Anyway, barang hantaran serta alas dulang digubah sendiri oleh Shah, simple and nice.

Sepatutnya kitorang bertolak pukul 1030 pagi tapi tertunda sebab KD dan tiga yang lain sekereta tak muncul2 lagi. Bila diorang muncul, dari jauh lagi KD dah halakan jari keperutnya. Kesian.. perut dia meragam rupanya..

Jangan tak percaya, setiap kereta dibekalkan dengan WOKITOKI. Kahkahkah, mengalahkan nak buat operasi negara. Selepas Shah baca doa selamat, kitorang pun berkonvoi .. penuh keterujaan (sebab nak gunakan wokitoki tulah, hahaha).

Belum pun jauh perjalanan, wokitoki dah diaktivatekan. Tuan rumah siang2 beri arahan "keep to the left lane", pastu yg lain nyambut "apa slow sangat. malam baru sampai". Riuh betullah diorang tu, baru dapat wokitoki aje pun. Naik pening dengan diorang punya 'roger and out'. Pendek kata usik mengusik, kutuk mengutuk dan gelak ketawa aje sepanjang jalan. Boleh KD usik HR "awat tayar hang berpusing"? Kahkahkah .. lawak antarabangsa tu..

Majlis bertunang tu memang well planned & well co-ordinated. Dari mula wakil laki2 tiba, park kereta, majlis bermula lancar siap pantun bagai, waktu makan dijaga rapi dgn hidangan yang tersangat yummilicious, hinggalah waktu bersurai, segalanya menyenangkan hati. May Allah bless them.

Nak sentuh sket sesi menyarung cincin. Ada a bit kelainan. Mula2 emak lelaki sarungkan cincin kejari manis cik tunang. Kemudian Shah dijemput masuk duduk disofa yang sama sebab emak cik tunang pulak menyarungkan cincin kejarinya. First time tengok cam nih.

Masa I dilamar dulu, bakal tunang tak datang pun. Masa I bertunang pun dia tak datang. Dah adatnya begitu kot? Dan .. selama belum bernikah .. wajah ala2 anggun ni tak pernah ditatap pun oleh kerabat cik tunang. Apasal? Ishh.. I ni kan pemalu orangnya.. Cam tak tau plak.. (gitulah seadanya).

2 comments:

Anonymous said...

ish .. rasa nak bertunang lagi sekali jer.

Anonymous said...

Nak bertunang dgn orang yg sama ke? Silakaan ..