Saturday, 7 March 2009

Perasaan bergambar ..

Niat dihati nak masak kow2 hari ni NAMUN hubby kata "I balik dari masjid, kita makan kat luar. U ready tau". Yeayyy.. (I kan dah siap nih?). Memang dah lawa pun (hic) sebab baru balik dari SA jemput tuan puteri gunung ledang. Sambil tunggu hubby balik, I rebus jantung pisang (in anticipation nak masak lemak for dinner) dan ngadap laptop tentunya. Tetiba I terbau something ?*!?*?... "T ada masak apa2 atas dapur ke?".. "Umi!! kan Umi yang rebus apende tu??" "Haaa.. YaAllah, yaalaah..". T pun cari peluang marahi kita "Ehh Umi ni.. selalu gitu taw..". And so, periuk hitam tu is the aftermath merebus jantung pisang. Result: JP dapat diselamatkan, unscatched. Nak salahkan siapa? Diri sendiri, laptop, jantung pisang atau api dapur? Rasanya air dalam periuk yang patut disalahkan ..

Minggu ni dah banyak kali buat jemput2. Kita dah kemaruk. Kemaruk ni maknaya 'selera datang menggiler selepas baik sakit' .. Bukan kamus DBP yg cakap gini but it's from Kamus KHL. Sebab sebenar .. dalam esbok tu ada 2-3 peket tepung yg dibeli masa last raya konon nak buat biskut tapi semangat tinggal semangat. Dalam pada buat jemput sebijik2, D kata "Mi.. buatkan kerepek Mi...". Tepung yang menumpang dilereng2 kuali tu ended up jadi kerepek.

Nilah kerepeknya. Dah jadi family trend, bila buat jemput2, mesti ada permintaan2 sumbang "tolong buatkan kerepek". Original idea semestinya datang dari Bak. Bak ni kreatif bila kat dapur w'pun dia tak pernah masak. Bak kata kat Mak, kita guna susu aje jangan guna santan. Kita campur limau dalam teh ni.. Kreativiti Bak juga terserlah dengan benda2 recycle yang terdapat didapur.. Bila kitorang nampak cam 'in awe' jer, Bak kata "spesyel nih..." (sambil jari telunjuknya hinggap ketepi dahi). Bak percaya apa2 pun datangnya dari aqal.

Mesti ada orang dah jemu dengan pemandangan indah nih but .. gua tak dulik. Jemput2 ni membawa 1001 malam kenangan. Makan jemput2 teringat kat aruah Mohd, teringat zaman kecik2 waktu berbuka puasa, teringat bencinya nak goreng jemput2 takut ianya meletop2 dalam kuali (masa mula2 kawin dulu) namun ku gagahi juga, teringat masa sekolah pagi2 lagi mak dah goreng jemput2 + air kopi - maka bercahaya2lah muka kita.
Selalunya Mak buat kekaot + milo + telur 1/2masak :-( <-- muka kita yang malap. TAPIkaan, jemput2 dicicah dengan kombinasi telur 1/2 masak + kicap + pepper IS just heaven! Cubalah juga jemput2 dicicah dgn kombinasi butter + kicap + pepper + cili sos. Secret recipe nih .. Bukan calang2 orang dapat tau DHLA's family heirloom ni tau.. Actually ada bermacam2 jenis cicahan tapi yang paling world is of course cicah dengan kuah gulai asam ...

Lingam cili sos yang berbotolkan plastik 'Squeeze Pack'.

'Botol yang boleh dipicit'. Panjangnya dalam BM walhal in English 2 perkataan aje 'Squeeze Pack'. Mengapa tidak 'PICIT SAHAJA'.

Sandals for casual wear kemana saja. Aunty2 yang dah sakit lutut, sakit sendi atau kaki cepat kejang perlu pakai sandals cam ni aje. I bought this yesterday for RM70. My existing sandals yang banyak berjasa tu dah tattered and battered .. have seen better and worse days ..

Vogue tak? Sekali sekali aunty nak bergaya, why not kan? Sengaja beli ni for this Sunday's wedding reception and Monday's engagement do. Both pairs of shoes beli kat dept store kat Summit tu aje. After membolos 5 kedai kasut dan tak berjaya beli apa2, at last I managed to buy those at Point B. Megah taw sebab when I was just about to putus asa, penat dan badan cam nak demam semula, hubby naikkan semangat .. "terlanjur kita dah kat sini, jom...". Shoes yang nampak vogue ni lebih murah dari sandals kat atas tu .. Apsal ek??
.
Nak luahkan perasaan tentang kasut2 yang dijual kat kedai tu. The shoe makers have forgotten that they have customers who are varied in age, size, shape, likes and dislikes. Apa halnya kasut masa kini or sepatu (sepatah kata orang Johor) asyik tajam2/pointed aje? Or is it purposely made like that with 2-in-1 reasons? 1. bergaya 2. senjata

Tak cukup pointed2 malah tersangatlah tirus rekaannya. Orang yg terlebih lemak kat kaki tak dibenarkan bergaya ke? Orang yang suka dengan simplicity tak dibenarkan beli kasut yang simple2 aje ke? Scholl tu pun sekor, kalahkan dibuat kat GretBriten, mahalnya bukan main lagi.

OK, cukuplah tu luahan hati. Apa pun, alhamdulillah diatas rezeki Allah. Amin.

5 comments:

Dentist and Me said...

aunty pakai setokin tak ?

azIEda said...

the pc idled my mind one day.. go to aziezauhnavy's blog. she has the entry there. masa tu dah goreng ikan bilis . nak buat sambal ikan bilis minang . so panaskan minyak and menghadap pc , blog masakan and facebokk , tertiba cam bau semacam.. i looked behind, api was three ft high on the stove.. nyaris tak terbakar satu apt..

MamaFaMi said...

Hihi... kelakarlah your entry... tak pasal-pasal, air dalam periuk yang disalahkan! Kesian air! Jangan tak tahu, mama pun suka that 'kerepek' tau.

somuffins said...

Dentese.. I dah mula pakai setokin tapi bukan jenis lelaki punya, I pakai jenis sexy punya (jaga ketrampilan gitu).

Azieda.. terleleh airliuq. Mind showing me how to make sambal ikan bilis Minang?? TQIA.

MamaFami.. alamak! world chef sudah mari :-) U masaklah sedap2 eh, tolong bakar semangat I yg kian idle didapur..

Salt N Turmeric said...

somuffin ni kalau yepun ada bagi something kat kita, cakap lah. sonyap2 aje. sorrylah it ak tau u bagi i cili sos tu. jarang blog-hopping lately. yg sos tu, in plastic bottle kan? now dah jumpa lingham tak kisah dah. cuma tengah tunggu kicap kipas udang dlm plastic bottle pulak. senang nak bawak sini.