Wednesday, 18 March 2009

Trip yang tak jadi ...

Last Saturday, segerombolan of my sisters & family left for OZ.. Initial plan was to attend Hez's convocation tapi takkan 10 hari nak attend convo? I know my sisters tu, ada yang masih larat bershopping macam takde hari esok dan ada juga dah jemu jalan ketempat yang sama maka back to square one, kat rumah masak pergi holiday pun masak. The men, wannabe Tiger Woods, memang takde kerja lain selain menebas dan menebas.

Jika ditakdirkan I kesana bermakna sekarang ni I tengah cruising the Swan River sambil melambai2 kat Lemongrass (hehe), jalan sana jalan sini sampai melecet kaki hingga terlupa pundi2 dah penuh dan makan fish n chips kat Fremantle overlooking the Indian Ocean sambil melemporkan cebisan potato chips kat camar2 comel yang menagih simpati.


Betul.., kat sini pun boleh makan fish n chips tapi kat Manhattan Fish Market tu takde camar dan keseronokan memandang hempasan ombak laut pun takde. Kah2, ngaderlah pulak nak mandang laut bagai TAPI kan you, kita dapat pahala bila pandang laut.. Betul ni tak tipu .. pandang muka emak ayah kita, pandang quran, kaabah dan air zam2. Semua ni memberatkan lagi bahu kanan kita, insyaallah. Isn't it marvellous?

Sambong berangan: I tak kisah kalau tak kemana2 asalkan I dapat berlenggang kangkong dalam supermarket (I'm happy just to be here) dan melawat itik2 kat kolam dan sungai (feel elated). Itik2 yang colorful tu memang menambat hati. Terhibur tengok telatah itik2 tu esp masa diorang mandi manda, selam menyelam, kejar mengejar dan berebut2 serpihan roti yang I taburkan. Tak lupa juga mesti jenguk black swan yang regal dan anggun tu (anggun? macam saper ek?).

(Kedengaran suara2 sumbang "cukuplah berangan tu"). "Yaalah, yaalaah.." (sambil menjeling)..


Patutnya T & I termasuk dalam list segerombolan tu tapi nak buat macamana, dah memang *tak boleh. Kononnya T nak pergi lagi sebab dia tak berapa ingat tripnya dulu (good reason eh?), so dia mula merancang sejak Hez belajar nun disana. Yalah, masa first trip tu dia baru 6 thn.. Yang dia ingat sangat2 masa dia terpetik buah epal, petikan terlarang. Sebaik aje penjaga orchard kata "do not pluck", T tu macam in a trance, meluru aje dia kat pokok epal tu.

Kitorang yang law-abiding ni terjerit jugalah "Eiii jangan petik, donnn't". Jeritan tu as if informing penjaga orchard kami ni TUArists berhemah, do not condone such act for we understand "don't means don't". Civilised Malaysianslah katakan, kan? Anyway, T got to keep that Adam's apple.. haha..

*Tak boleh sebab T ada kelas (I'm happy she knows her priority). Tak boleh sebab I rasa bersalah kalau pergi. Dahlah I tak membantu hubby bayar bill masa I masuk hospital hari tu, ni nak ngader2 makan fish & chips bertemankan bunyian ombak Laut Hindi pulak? Tapi apa salahnya pun??

Kesian juga kat T tu sebab trip ni dah dirancang lama. Bila T teringat Tir, her 10-year old cousin ikut kesana, menjerit jugalah dia tanda protes "Tak chiii, tak chiii". Hehehe, sabarlah T, takkan TAK lari kangaroo dikejar. Kita kejar aje benda yang tak boleh lari, macam epal ke.. OK?

Tiap hari I terima sms dari Ndja. Salah satunya "Salam. Hope u n fmly ok, segar bugar. Y'day I tried to escape attending Hez's convo. Bukan apa, sebab kaki ni sakit mengampun tapi xdapat escape, pergi gak. Rasa bangga n sayu masa dia on stage. I ambik foto. Xjadi dinner kat luar balik apmnt makan. Ngah masak lemak cili padi sotong, fry salmon n fried sawi. I fry breaded sotong and frozen bender. Adoii, sedapkan? My salam to all. Sleepylaa..."

Siang2 lagi Teh dah pelawa "nak apa2 just sms". Huhu, don't entice me OK? I memang tak tahan kalau orang dah pelawa2 cam tu tapi semalam dia sms "Hari ni kita makan nasi tomato etc. Celebrate! Kenyang tak bernafas dah ni. I bought you BBCGoodFood mag. Cerita panjang nanti balik"...

Yeayyy..dapat Goodfood mag. Selalunya souvenir dari sana mestilah tea towel dan fridge magnets/key chains. I dah 'warn' them to stop giving key chains, dah takde key nak dilekatkan, hehe. Tea towel dalam simpanan can last for 7 generations and fridge magnets? dah takde tempat nak lekat and yet I suka dan gembira terima benda2 tu..

Oh ya, I sms Ndja mintak dia belikan baklava 4 keping. Tak boleh banyak2 sebab manis sangat.


2 comments:

SHAHIRA said...

syoknyer trip g Aussie =)

somuffins said...

Tulaa.. sob3