Tuesday, 31 March 2009

Soto & Souvenirs ...

Ahad lepas memberanikan diri drive sorang2 ke Kg Tunku. Tujuan utama kesana? I skip bitau tujuan utama, tapi tujuan kedua nak visit my beloved mak sedara (C) and my sis (T). Dalam masa 20 minit dah tiba, tu pun sebab ada satu trafiklait yang malas nak tukar hijau. Apa daa..

Senyap aje rumah? Patutlaaa, T tengah mandi dan C tengah tidur tapi kalau I tanya "tidur ke?", C sure jawab "terlelaap". Jarang nak ngaku dia tidur, haha (agaknya tidur untuk orang tua adalah satu kesalahan besar, kot?). Kadang2 heran juga, camana terlelap boleh menghasilkan muzik sampingan? "puh puh puh .. kruh kruh kruh"? Muzik cam tu (dan khas untuk C aje), kitorang namakan gesekan biola Hamzah Dolmat. Wajarkah?? Kah3, anak2 sedara C memang 'baik3' belaka .. Bila C tidor gaya udang kena masak sambil memeluk bantal, maknanya nyenyaklah tidurnya tu, takde kes terlelap2 lagi.

Kat penjuru tilam C, tersusun majalah2 dan sokabar picisan. Kaki baca jugak C ni w'pun sebelah matanya dah macam mata Sifu 'Kwai Chang Caine' of the Kung Fu fame. Dia baca majalah gusip (amboi2), Saji, Wanita dan 1-2 yang lain. Kalau majalah omputih cam Women's Weekly "tengok gamba aje".

Bawah bantal pulak ada banyak harta karun, haha.. ada sikat, minyak angin, cermin mata dan ntah apa2 lagi. Dulu kala, Tok I (C punya emak) suka simpan buah epal atau pear bawah bantal. Bila dah lembik buah tu, cucu2 yang sedia berbakti, akan tolong kopekkan. Looks like C doesn't share the same passion as Tok, hehe.

Kat sebelah katil ada sebaris botol2 air mineral dan snacks (dah macam mini bar pulak). Ada sebiji kerusi untuknya bersolat duduk. Ada gak TV untuk hiburkan hati - tengok berita ke, drama ke (drama tak tertakluk pada drama Melayu aje ok?). Selalunya gesekan biola mula dulu sebelum tamatnya drama, wakahkahkah... Tak ketinggalan 'kereta racing'nya yang selalu di park kat hujung katil, tanpanya pergerakan C akan terbatas. Kitorang selalu usik "wah, koner baring nampak?" bila C pelan2 jalan dengan walkernya.

C is 84 now, and I am only? 17? Hic! Would I reach 64 let alone 84? YaAllah ..
T dah siap masak soto w'pun tak tau keberangkatan adiknya kesana . Langkah kanan namanya nih, besst, besst.. (sambil gosok dua2 tapak tangan). Rezeki tak baik ditolak so apa lagi .. C, T & meself pun menjamu seleralah. Begedil tu maid yang buat; ada campuran udang kering sket. For a change, it was nice.. in fact veli2nais...
YaAllah, semoga kakak2ku sentiasa dilindungi dari keresahan dan kerisauan. Amin.
Souvenirs yang melimpah ruah.. Alhamdulillah for the rezeki ..

4 comments:

Cik Lina said...

adakah tujuan utama nak kolek suvinier? hehehe...

somuffins said...

Alaaa, nape tanya nih? Rasia taw.. tapi takper.. kita whisper2 eh?? Kita nak beri kakak kita cheque. Kalau pun nak kolek apa2, it's only that Baklava laa.. halwa manis cam kita tu, har3.

MamaFaMi said...

Hihihi...cam sama je cerita ni dengan cerita mak mama. Bila kita kata, oooo aiii sedapnya tidur, dia jawab, mana mak ada tidur. Mak terlayang je tadi! Hahahaha....

somuffins said...

Hehe.. MamaFaMi.. mungkinkah kita akan jadi cam tu juga? Tweet..tweet..