Sunday, 26 April 2009

Happy Ann ...

masterpiece - sendiri lakar

Received a call just after midnight (to be exact 12.08am) from Puteri Gunung Ledang ...

T: happy anniversary mi ..
I: aaah? ha'aahhlah hari nih .... lupaaa..
T: apalaa umi nih, abah pun sama. Dua2 lupa, T juga yang ingat ..
I: tapi selalunya abah ingat
T: abah pun kata dia lupa. T baru kol dia tadi, abah kata jangan bitau umi dia lupa
I: takpe T diam2 aje, nanti umi wish dia konon2 umi ingat dulu
T: ehhh... cakap aje umi pun lupa.. T yang ingatkan.. umi kena jujur
I: oklaaa, umi memang selalu jujur kan?

Bila dengar 'klok-klak' kat pintu (kesian TB kena bukak pintu sendiri), I pun 'in my element' ie acting purak2 tidur (kat bawah ni memang dah tersedia my 3-piece bantal busuk, 2 small cushions + 1 big one yang semakin hari semakin leper..). As usual dia sure beri salam dulu sebaik saja pijak kaki masuk rumah. Aisehh.. salam tu kena jawab pelan2lah nampaknya, I kan tidur? Jawab kuat kalu, nampak benar I tak menjiwai watak (kihkihkih ... seronok nih).

As TB enters the living room, dia beri salam sekali lagi - lebih kuat dari tadi. Ehh, orang tengah tidur nih.. mana boleh jawab salam? Masih dalam watak, maka salam dijawab also pelan2. Macam tau2 aje I ni 'tidur dalam watak', dia terus datang lagi dekat ..
/
He: happy anniversary Cxxx
I: mana you tau I tak tidur?
He: tauu..
I: haaa, you pun lupa kan?
He: ingat.. cuma T tu aje yang cepat

Yes, today is our wedding anniversary. Selama berkongsi hidup dengannya, walaupun ada saja dugaan datang melanda, namun tidak sekali ianya datang darinya. Syukur alhamdulillah ..

Baru2 ni I tertanya dia "masa you mula2 kenal I dulu, ada ke you straight away pikir nak kawin dengan I, that I AM THE ONE?" <-- Cewah! apsal tetiba I tak malu nak tanya soalan cam tu? Patutnya soalan tu ditanya like decades ago, kan? Tapi kalau tanya masa dolu, lagilah malu ..

Soalan tu ada disediakan jawapan objektif ala UPSR:

a. tak jugaa... (tak juga? maknanya you ada yang lain ehh?)
b. malas nak cari lain (bagus gak.. siang2 tak suka poligami)
c. hmm.. (hadoii.. masih tak sure2 lagi ke?)
d. yalah you cute (I taulah.. heheh.. yang ni I suka)
e. none of the above (none? you biar betul, I majuk tak masak kang)

Excuse me, nak minum sirap kejap, dahagalaaa...

8 comments:

Mrs Ceriawan said...

Happy anniversary to CikSom dan suami..Semoga bahagia berpanjangan ke akhirnya..Bila agak eh nak dpt menantu ni ;)

azIEda said...

happy annivery CikSom aka somuffins.. berbahagia saya doakan with passion and love and endless happiness and good health with your loving spouse..
amen

SHAHIRAH KHAIRUDIN said...

happy anniversary Cik Som..moga2 jodoh u ols berpanjangan ke akhir hayat..

Cik Som, mana2 dara dlm rumah mmg same kot..kat rumah, i lah dara yang akn ingt sume tarikh2 penting n i'll b the 1st person 2 wish tau..

somuffins said...

Thank you ladies for your doa, amin.

Mrs Ceriawan: Menantu? Awak dah ambik 'menantu' kita, kan? Auww..

Azieda: Hope you find someone soon.

Shahirah: Sama. I could remember even my in-laws/nieces/nephews' b'days; and friends too TAPI selalunya mmg lupa part anniversary.

cibil said...

ciksom.. happy anniversary yang ke...?? semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.. aminn...

somuffins said...

Thanks Cibil. Anniversary yang ke berapa? Yang ke 'berdekad2', pheewit!

Salt N Turmeric said...

Happy Anniversary Somuffins and Mr Somuffins!

Camnelah anniversary sendiri pun boleh lupa cik oi? :P

somuffins said...

Thanks SnT ..
Camana boleh lupa? Nak ikutkan bukan lupa (bela diri nih), cumanya dara I wish kitorang terlalu awal ie just after midnite. Kitorang innocent tau..