Tuesday, 10 January 2012

Cerita sipi2 aje dulu ...

Nak cerita pasal percutian ringkas minggu lepas tapi biarlah dimarinate kasi sebati asam garamnya dulu, hehe. Sekarang nih nak cerita sipi2 aje, boleh?

D kata ada satu gerai kat PutJaya jual cucur udang paling perrgh dalam dunia tapi harganya pun perrgh jugak. D tanya camana nak buat cucur udang sebab dia nak buat sendiri... "Umi buat tak sedap", katanya. Haha.. that wonderful statement brought joy to me. Bolehlah I buat excuse bebila dia mintak I masak something.

As baik as I am, heheh.. I pun kongsi rahsia turun temurun nenek moyang camana nak buat cucur or rather jejemput versi perghhhhidaaa, haha..

Taklah, where got rahsia? I just told D the basic ingredients aje. Tepung, air & sebiji telur. As D tu very da extremist, dia guna 3 biji telur walhal adunan tak banyak mana pun. Sukaklah, asal bahagia. I ajar tip rahsia chef2 antarabangsa bila mengacau adunan tepung ie not to kacau sampai tangan berputar dan badan bergoncang but to kacau guna fold in method. Kacau gaya puteri kerathon kekdahnya, ngeh2.

Berpandukan rasa cucur yang masih melekat pada deria lidahnya (ehh.. budak nih gosok gigi ke tak??), dia mengagak bubuh segala manikam dalam adunan tepungnya tu except salt. D tak suka bubuh garam bila memasak and yet kalau minum air, mestilah yang berona, berkaler dan berperisa. Ehh kejap, berona n berkaler tu sama makna kan? haha.. tulislah apa aja, asal hatiku bahagia seadanya.

Bahan2 tambahan yang digunakan: ikan bilis yg digoreng terlebih dulu pastu campur dlm adunan (??), udang kering tanpa ditumbuk (D still confused: always refer udang kering as ikan kering, haishhh), bawang, a pinch of kunyit serbuk, hirisan cili merah, cili boh and last but not least "I dono what else he put in". Pastu dia bitau "orang yang jual tu tambah daun2, kat esbok ada tak?". I terangkan nama daun2 tu tapi tidaklah I kata daun2 tu ada dalam esbok.

Kalau kata ada kang habis dia selongkar my crisper pastu I kena re-kemas. Am not up to being a rajin momma as my focus was on the telly. Nak konsentret tengok siapa menang samada Doc Gigi atau Mr W dari Sabah tu.

Nak touch sket pasal final Msia 1st M'chef Ahad lepas. Alahaiii.., I was closed to tears tak sampai hati tengok Mr W n family tak dapat apa2.. namun I salute semangat Mr W. Makanya, I make sure for the 2nd MCM'sia, malaslah I nak participate (entah2 tak dapat masuk qualifying round pun, haha.. tapi soklannya, berani ke I participate?).

Anyway, D tanya camana nak shape adunan; guna tangan or sudu? I kata guna tangan (chef tersohor memang guna tangan jer.., keh3) tapi basahkan jari jemari dulu supaya adunan tepung senang dibentuk .. nak bulat boleh, nak bujur boleh, nak bentuk apa2 pun boleh tapi akhirnya D guna sudu, hehe.

Bentuk aka shape cekodok yang rupanya serupa kodok digeles keta, haha.. tapikan tapi rasanya memang sedap lebih2 lagi dicicah dengan samtum bilis yang issk..issk.. tak yah bitau sape yang buatlah kan? Nanti berbau riak plak ... kan? :-)

Tamatlah entry sipi2 bahasa kali nih. Sementara menunggu Alkisah bersiaran dengan cerita2 baru yang menakjubkan *pls telan balik kalau terasa nak munt*, silalah layan menda kat bawah nih, just for fun.

26 comments:

Noir said...

CS, salut! "Umi buat tak sedap" tapi tetap ceria and menjadi. sesetengah orang terus murung sampai pagi.

resort mana tu? berterabuh sign board.

Ezza said...

tergelak I baca cerita you ni...

rasa nya cekodok I pun lebih kurang sama jer ropa nya dengan you punya ni..bentuk nya macam di gelek stemroll sebab saya suka buat cair sikit adunan nya...
cicah sambal sardin lagi sodap!!

Mira Marlena said...

Cayalah D!Cik Som, pi lah tiup kasi semangat sket kat D suh dia join Masterchef M'sia!Dia minat masak tu.Nanti CS dok rilek ajelah depan tibi...tak gitu?Ekceli I pun buat cucur udang memang fail tahap gaban.Dah ikut resepi pun masih tak sesedap yg beli.Nasib baik my Daud tak banyak komplen.Tunggulah bila lidah dia dah pandai beza mana sedap ngan mana tidak maunya dia pun cakap "Mama masak tak sedap" *dush*

Btw,jangan peram lama sangat citer pasal kuak lentang tu ok CS?

zarin said...

masuk 3 biji telur lagi sedap ye cucur udang tu eh CS? ehehe ni soklan org yg slalu fail bila wat cucur udang hihi kejap terlembik kejap terkeras kejap kejap terhitam hahaha ni kes goreng cucur udang sambil tengok tivi :D

Lili said...

Kander,

Ini bukan entry sipi-sipi. Ni dah kira berapi-api keretapi! Choochootrain!

Pandai ek D improvised. Cucur udang I tak pernah letak telur. Kena cuba, hehe! But migraine masih melanda.. *ni akibat ketawa sampai sakit nyawa malam tadi kat klabhaus!

Anonymous said...

Drinks is allowed to be BROUTH ?

Main sepinggan, rumah kita kan jarak 8 laung je.

Sambil hantar boleh la kita gossiping depan pagar.

Tahniah untuk D. Tak lama lagi CS bersara la tu.Husband I tahu masak kari (dari zaman bujang di Manchester dulu sampai la ni) dan ayam goreng.

Ahkak

Anie said...

Cik Som ;)

Hmmzzz 3 biji telur for cucur. Boleh jadi kek ni hehehez :D Tapi who cares kan kalau dah sedap esp dimkn dgn sambal tumis alaaaaa yg ala ala masterchef masak eh hehehez :D

Org yg tulis sign board ni mmg school no high, english little little. :ppppp

CL said...

Nak gelak dulu... Hahahahaahahaha... Nanti sambung....

Rima said...

I miss u cik som! itew statement .. ouch.. but kan tak per.. next time can use that statement .. ambik kau hahaha

Where u menghilang.. tmrw i check again... cepat cept update ok

PatinPasta said...

Cik Som,
Dari detail explanation and description cucur udang tu.. rasa nak tumpang makan and cicah sekali :D

Bercuti sambil kuak lentang ke? So ada chance la kitorang tengok Cik Som dalam bikini polka dot nanti, kan? ;)

Ribbon Clown said...

Hahah bagai kodok di gillis hahahah

Ok off to my kitchen now.. I pun nak buat for breakfast..

Yong Kamariah said...

awat jadik cekodok kena penyet steamroll tu Cik Som? tapi tak per lah, janji rasanya sodappppp....nak2 cicah ngan sambal bilis yg uminya buat, ngam betul sambil tgk citer Bella Calamidade horrrr...

somuffins said...

NOIR
My son tu mmg tak sayang mulut. Though bergurau, dia lupa statement 'senjata makan tuan' so his statement tu akan digunakan sebaik mungkin, hahaha.. (we must play smart kaan??). Resort mana? Nanti I cerita..


EZZA
Cubalah buat cekodok versi cair n tunjuk kat blog you. Nanti I kasi markah yang merekah2 punya k?


MIRA
Dengan D tu I malas nak tiupkan apa2 semangat sebab semangatnya datang macam bulan gerhana. Kalau dia masuk M'Chef, I lagilah malu. Kot dia kata "I'm here cos my mum cooks yukky".

somuffins said...

ZARIN
Buat cekodok/cucur/jejemput memang needs skill, cewah. Takperlah kita coba dan terus mencoba hingga kemercu kejayaan, cewah!


LILI
You nih nyanyi lagu Choochootrain yang NeilSedaka nyanyi tu ke? BTW, my family mmg tak guna telur bila buat jejemput. I sorang jer yg memandai sbb takut aduna meletop.


AHKAK
Apsal nak susah2 buat cucur? Jom kita berjimba kat Akasia makan cucur rona kuning, jom? My hubby punya mee hailam sangatlah sedap tapi dia pencen awal pulak *geleng kepala sampai nak kuar airmata nih.. keciwa*

somuffins said...

ANIE
Ekceli I let him have his way sebab dia yg makan. Kalau tak sedap, I paksa dia habiskan jugak. Time tu I akan jadi General Yamashita!


CL
Dah habis gelak lum? Bila nak sambung?? I tunggu sampai tak tidur malam ..


RIMA
Sah! Statement itew akan diguna pakai selagi hayat dikandong badan, hambik kau D, haha..
We are smarter than them, tak gitu you??

somuffins said...

AIDA
Jom kita buat barter trade.. Pizza blucis n cucur udang leper, nak tak? Psst.. polka dot bikini dah kecut namun dalam air takde siapa tau kita pakai ke tak pakai apa2.. oooops!!


RC
My son guna 2 sudu bila bubuh batter dlm kuali. Nampak kekok aje konon berhati2 so that tak mercik minyak panas. Biar dia tau perjuangan peluh menitik emak dia kat dapur :-)


YONG
Biar penyek asal bergaya makan dgn sambal tumis, hahaha.. Haru kalau takde bahan cicah, tak berseri kekdahnya.

dina said...

kadang2 kalau derhaka pada resipi hasilnya memang 'wow'! kan?

somuffins said...

DINA
Betul betul betul .. Kadang2 bila terderhaka, tetiba tercipta resepi baru, kankankan??

CL said...

Hahahaahahahaahaha......

Cik som... Cik som... Tanya kat D gerai mana kat putjaya tu yg jual the best coq in the werld? Mcm nak pi carik.... Nak buat sendiri..... Errrrr..... Tak penah buat.... Tabik spring lah kat D kerna gigih gak nak buat coq... :-D

Queenie said...

1. owh...bg wesepi phon sipi2 heh...bg lah betol2..I sangap tau bab2 cikodok nih...

2. bz sgt2 sampaai terlepas McM..huhu

3. anak2 I suka cekodok penyek gitu..

4. kibod ni tgh sewl gamaknya..sker dgt men lompat2..ah, tak kuasa ah..

somuffins said...

CL
Sorii.. tak DAN nak tanya D kat mana dia beli coq. Cuba guna gps sat, ahaks. BTW, you serius tak pernah buat coq??


QJ
I tak pernah ukur or timbang bila buat jejemput @cekodok. Nasib sabut timbul, nasib batu tenggelam kekdahnya (akibat selalu jer derhaka).
. MCM kan ada repeat? Masih tak sempat tengok eh??
. Kibod you takde ink ehh? heheh..

Cik Lina said...

Serius cik som... tu yg tabik toingg toinggg kat D... wa suka makan coq yg fluffy, ada kucai & kaler kuning romantik. Yg my mom buat sgt heaven esp bila makan dgn kuah kacang cair...pergghhh.... tp anaknya tak penah berguru plak... (alaaaaa bertambah lagi laaa checklist wa.. huhu)

Queenie said...

lamanya marinaaaaate...

rempah ratus apa diguna gamaxnya?

somuffins said...

CIKLINA
Saranan wa dipagi Jumaat yg mulia nih .. "sila berguru dari ibumu"; dah berguru juga camana nak buat kuah kacang *errk..tetiba teringat kes kuah kacang satu masa dulu*.


QJ
Lamanya marinate? Hahahaaa.. dah kita guna 18 jenis herba/remfah ratus. Kalau derhaka buruk fadahnya, heheh..

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Salam..
Lamanya marinate kisah cuti, kita tunggu ni...

somuffins said...

ARTLOVER
Kita tunggu 100 orang punya permintaan barulah kita bersemangat, haha..