Friday, 13 January 2012

When my 'sun' enters my domain ...

Masa D n Njah's son paham sikit2 cakap omputeh, 'son' bermakna anak lelaki, kita pun mula ambik langkah lebih selamat mengubah 'son' jadi 'sun=matahari'. Kita perlu jadi lebih bijak dari budak berdua tu dengan bahasa rahsia, senang kita nak compare notes dan ngumpat anak sendiri, heheh.

Back then, bujang sunti berdua tu were full of antics beranika corak, warna, rupa dan bau, haha.. Tapi yang lebih2 tentunya my mataharilah! Kiranya dia tu mastermind pada setiap mishap. Imagine my BIL punya cucu cicit ikan dalam akuarium besor didapati pening2 lalat dan ada yang pergi tak kembali?

D n his cousin ada tool box tiap sorang .. the 'in' thing masa tu. Lagi pun dah kita berjiran, kalau sorang ada tool box, sorang wajib ada juga. D punya tool box dah bertukar jadi 1st Aid Kit ... Waah sudah bagus anakku itew.. tetiba nak jadi paramedickah?

D hangkut kit kemana2 dia pergi. Bukak box, belek2, tutup box <-- tak tau berapa kali sehari kerjanya bukak tutup aje ..... until one day dia bersuara "Umi bila nak luka??? D ada plaster".

Time sure flies fast. Dengan segala pahit manis masam kelat membesarkannya .. dengan doa dan airmata, namun apa juga yang terjadi my doa will always be "YaAllah, semoga D dan T menjadi anak yang soleh dan solehah, menjadi titian untukku dan abahnya ke al Jannah, amin".

Jap.. kesat airmata dulu ..

Masa ketiadaan I berjimba kuak lentang minggu lepas, D ber'shopping' sekor ikan kesukaan beruang, haha.. Lately suka sangat dia dengan ikan rona oren tu. Bila dia kedapur, pesanan standard paling afdal harus berbunyi "lepas masak tolong basuh n kemas sekali eh?? Jangan lupa simpan barang2 kat tempat asal".



Dah siap dimarinate dengan lemon, pepper n sikit garam, dia hempuk dlm freezer. Tiap hari sekeping2 digorengnya; goreng garing. Takde lauk lain takpe!

Yang kat bawah nih terlebih main api kot? Haha.. tapi dia suka aje yg 'ereng' cenggitu.

Berlubang tu sebab D paksa I makan walhal I tak sker ikan kaler oren. Telan jugak, errrk!

2 hari lepas kita berdua tengok program masak citarasa Scandinavian. Kebetulan orang tu masak bebola daging versi @Ikea tu. D terkesima, malam tu juga ke Mydyn beli barang2 nih ...


3 kali telepon dari sana tanya 1. kat rumah ada susu tak? Adaa.. 2. kat rumah ada lemon tak? Adaa (tapi dia tetap beli sepeket) 3. apa nama daun tu?? Chinese leek laa *nasib baik Umi dia bijaklaksana* :-)


Bancuhan maut bermula! Don't play2..

Tapi mana bebola dagingnya?? Camana jadi rupa burger pulak? Haha.. member geli nak pegang dengan tangan. Nak bentuk bebola guna scoop aiskrim, guna sudu bagai tapi masih tak jadi bebola. I can always help out tapi I saja tak nak, hehe.. I kan ibu mithali??


Hari kedua bila daging dah sebati dengan 18 herba rahsia, D buatkan sekeping patty for my lunch. Boleh tahan rasanya, enak bangat! *tambah 'bangat' sebagai bonus markah kesian, haha*

Malam harinya (which is semalam) .. tak pasti apa dia nak buat, tetap tak moh pegang dengan tangan; my rolling pin, kertas minyak, chopping board, pisau segalak.. semua dia guna untuk apa, I pun tak faham.


What is he trying to do??? Dia nak goreng tapi adunan tu terlembik. I let him survive without my assistance.


Last but not least, his version of mixed vege. Tengah makan sayur buatan sendiri, dia tanya "kacang nih kena buang apa2 tak Mi?". I jawab "kenaa..".

You boleh make a wild guess tak? Apa mendenya yang patut dibuang sebelum memasak kacang tu?? Well.. the 'thing' almost terbelit kat my tekak. Nasib baik I reti konar2kan guna my lidah. Selamat mende tu keluar dengan jayanya dari tekak :-)

Entry khas untuk D. My matahari, my gunung, my payung ... *matahari yang menyinari hidup Umi, jadilah seagam gunung boleh memapah Umi kemana2 dan payungi hati Umi biar sentiasa ceria gembira dan ria*.

"Bila umi takde rasa mcm bnyk pulak nak cerita n ckp n buat.. macam rasa tak puas tgk muka umi tu..tp membebel dah puas..hmmm". BERTUAH PUNYA ANAK, DUSH!!! :-)

20 comments:

kakcik said...

*matahari yang menyinari hidup Umi, jadilah seagam gunung boleh memapah Umi kemana2 dan payungi hati Umi biar sentiasa ceria gembira dan ria*.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.

somuffins said...

KAKCIK
Terima kasih mengaminkan doa ..

Anonymous said...

Amiiiiiiiiiin. untuk D bucuk Umi. Bucuk I sampai petang esok naik plane je. Cuti sebulan. Bilik dia tak kemas lagi. Pagi esok la buat

Sume makanan yang Matahari U masak tu toddaaap. Kalau I mesti habis sapu punya sbb I am on high protein diet. Salmon tu sedap, rogi la
siapa tak mau makan.

Memang anak lelaki gitu la, adventures kononnya. Bucuk I dulu pernah tuang air F & N orange dalam balang kuih yang saya hidang untuk tetamu dengan penuh. Bucuk I tu senyum je masa tuang, tamu I lagi senyum 360 Degree sambil mengeleng kepala. Apakah perasaan CS kalau berada di tempat saya waktu itu.

Ahkak

PatinPasta said...

Cik Som,
ALahai.. entry yang paling kiut!

Queenie said...

1. aminn...utk doa2mu CS

2. "Imagine my BIL punya cucu cicit ikan dalam akuarium besor didapati pening2 lalat dan ada yang pergi tak kembali?" - kemana tumpahnya kuah...khkhkh..

3. semalam my19 konon nak tolong I gentel bebola daging, sekali tu bila rasa lembik2,dia kepal jer ngan ujung jari, hmm....terpaksalah I gentel semula sebelum masuk kekuali...

4. I pun tak sanggup nak telan salmon...

5. I pernah jumpa kacang 'sempurna sifat' mcm tu masa makan kat hotel you...kuiskan jer ketepi, dah agak tau misti terbelit2 nanti...hihi

lenkali siang (bukan siang malam tu) ler dulu CS hehe..

somuffins said...

AHKAK
Mekasih..
Memang D tu bucuk. Selalu nak bolot manja 150% dari I. Bucuk you naik 'belon' dari mana??
I tak enjoy makan salmon; nanti I mintak you aje masakkan I, boleh?

Masa bucuk you tuang F&N dlm balang kuih, umur dia baper tahun? Kalau belum mumaiz lagi, harus digegar2kan badan dia, har3.

Kalau dah akil baligh, suruh dia minum air tu sampai habis..heheh.

Kalau dlm keadaan yg sama my bucuk buat cenggitu, sah I smack down jer kat dia, ekekeke..

somuffins said...

AIDA
As kiut as me n you kah? *jom anggok paler sesama* .. rejoice kekdahnya..

somuffins said...

QJ
Mekasih mengaminkan doa2ku ;-)

2. kemana tumpahnya kuah?? Tapi kita baek taw. Tak pernah durjana walau sesaat pun *gulp*
3. anak buj kita sama2 tak suka mende lembek ke??
4. kalau betul cara masakannya, maybe salmon sedap. Beruang makan salmon tak masak, licin juga, har3.
5. kacang tu kalau I yg masak, sure I buang 'tali'nya. Bagus gak, my son belajar samting thru mistake hari tu.

Mira Marlena said...

Nak gelak sopan tapi tak menjadi...sebaliknya ai mengekek gelak dari dalam bilik bersama lappie di atas katil tatkala membaca entry ni.
Apakah manikam si D letak dalam akuarium tu Cik Som?Sampai pergi tak kembali semuanya?Heheh..salmon is one of my favourite...tapi warga dari Iraq ni kureng sikit.Makannya bila datang bulan gerhana.
Ni kalau raya tahun ni suruh aje D bersilat dekat dapo..biar umi jadik mandur memberi titah perintah.

Amin to all the doa's.Semoga D menjadi anak penyejuk hati dan penenang uminya...

Cik Lina said...

hahahaahahahahahaha.... *gelak guling guling*

rajin eh D masak? mcm sedap... tp kesian tgk ikan oren tu... cik som x ske ikan tu ke? sedap wooooo...

Mira Marlena said...

Cik Som,

Boleh tak post gegambar T dengan D masa kecik? Nak jugak tengok Hang Tuah ngan Puteri Hang Li Po tu...

cahya indah said...

wow banyakkkk nya salmon anak auntie beli..try la steamed salmon pulak lepas ni.

share sikit recipe meatballs tu auntie :)

somuffins said...

MIRA
Gelak sopan bubuh 2 jari kemolot comel kah??

I think D bubuh sabun dalam tank akuarium tu. Nasib baik ahli CSI pencen (my aunty) cepat dpt menghidu pergerakannya. My BIL kata "budak lelaki..biasalah", sambil senyum. Alfatihah for my late BIL yg tak reti marah budak2.

Kalau D masak masa raya, dia ikut tekak dia aje nanti. Deritalah TB tak dpt makan juadah raya.

Thanks for the doa. It goes the same to you too.. Oh yaa.. gambar budak2 tu?? Insyaallah akan diusahakan..

somuffins said...

CIKLINA
Kebetulan ikan oren dayang senandung tu digoreng guna butter; pastu api terbesar. I selalu bitau D 'jaga api, jaga api'. Masuk dapur mesti ada sifat sabar, tak gitu CikLina??

Ikan oren tu.. kureng pada selera I.

somuffins said...

CAHYA
Cik abang tu baru dpt gaji, beraya sakanlah dia memborong. So far, belum cuba kukus ikan tu lagi.

You nak resipi meatballs?? Alahai, I think lebih selamat perut you if you surf the net for the recipe.

azieazah said...

U penah janji nak berbesan dengan I kan, SOM? kan SOM? kan?

Queenie said...

CS...
jawapan you no 2 tu, saper dulu yg pontes kepala ikan masa tunggu mak dia dlm bilik air..

er..nanti I ingat2kan balik eh?

tih tih tih...

somuffins said...

AZIE
Pernah ehh? Takpe, kita metera'i JANJI sekali lagi, sekarang juga ..
*berbisik* 'dowry' jgn mintak mahal2 eh?? Lap u!


QJ
muahahahaaaa... ingat aje dia ek? Nasib baik I dah coverline siang2 tulis satu *gulp* kat atas tu, ngeh3.

Yong Kamariah said...

hermmm buleh send dia masuk master chef tahun ini,mana tahu ada chan.

somuffins said...

YONG
Memang boleh tapi kesian plak kat Umi dia nanti rasa sebak bila anak tak qualified (even tak masuk pusingan saringan), huwaaa...