Tuesday, 3 January 2012

1st 2012 mishap!

Menaip kejap, slurping MK=mee kolok kejap and it is almost 12 midnite. Kononnya nak skip dinner tapi tetap ngap jugak. 2012 hajatnya nak jaga kesihatan tapi belum apa2 dah langgar mandat!

Bukan apa, I tak nak membazir. Kalau simpan untuk breakfast memang tak sempat sebab pepagi nanti I akan bertolak ke selatan yang tak berapa selatan tu, hehe..

Anyway, tengahari tadi JJCLauk dan beli 2 bungkus MK kat Akas*a. Tuan punya kedai memang orang Swak (sedara baru) so I suppose MKnya harus ada cop 'ori'.


Dah 3 kali makan MK dari berlainan sumber tapi MK kali nih yang paling sedaaap w'pun rupanya biaserr. Sosnya yang buat sedap sangat tu. Harga sebungkus RM3.80.

Sebelum tu @12pm temankan T buat facial. All the zits mencemar duli, tension exam punya pasal kot? Dia nak pergi sendiri tapi I nak temankan juga. I ada fobia dengan tempat2 cam tu. Me and my wild imagination! Macam2 yang terlintas kat fikiran.

Tempat tu lengang sangat. T and the lady dalam bilik and I duduk kat reception area sensorang. Penat bercamwhoring, I belek segala majalah yang ada tapi tengok gambar ajelah maklum majalah 'cakap Cina' tapi in between terselit juga majalah 'cakap omputih', hehe..

Tergerak hati nak buat quiz tapi belum apa2 perut cam meragam prot2 aje. Aisayman.. kali ketiga untuk hari nih maka harus dikosongkan pundi2 dulu kalau tak nak kejadian aneh lagi syahdu berlaku, ngeh3. Kali ketiga untuk hari nih. Apa ajelah yang I makan??

Selesai sempurnakan kes berat, barulah boleh fokus buat quiz dengan selesa :-)


... and I scored somewhere between 60-90 ...

Well.. having done the quiz, I'm still not sure whether I fall into this category. Saya assertive orangnya kah?

Sebelum Maghrib semalam, rajinlah pulak nak bersihkan my standing fan yang tiap saat berputar tu. Makin hebat putarannya, makin hebat dia mengumpul habuk. Habuk dah berat maka tidaklah berani nak tekan no. 3. Paham2 ajelah.. kan?

So dengan gigih I bukak satu persatu kipas angin tu until the last part terketat sikit maka I tarik guna kekuatan yang ada. Tarik terkuat sikit kan? maka berat badan cepat aje tergostan kebelakang so I lost my bearing u'olls, kah3. Dahlah tu terpijak pada batang vacuum so I was like juggling atas batang vacuum.. I know it's coming.. I know nangka busuk will debabum any minute so I capai kerusi untuk bertahan, namun dukacita.. kerusi jatuh, nangka busuk pun jatuh sama, huwaaaaaaaa ....

Nasib baik nangka busuk dah disampul dengan lelemak baekkkk punya, hawhawhaw..

"Maaaaaaak" terkedu kejap .. pastu D pun turun "Miiii..kenapa Mii??". Tak rasa sakit apa2 tapi part montot tu macam kedengaran anak2 burung berkecipan, haha..

Alhamdulillah takde part of body yang patah riuk semalam. Kalau ada yang patah, takde chanlah I nak berkuak lentang, kuak rama2 kat sinun, hehe...

OK, nak pack my things now. Till we meet again .. assalamualaikum.

26 comments:

kakcik said...

Wa'alaikummussalam CS...

semoga bahagia walau di mana berada. :)

Rima said...

Ya rabbi.. kadang tu part part gitu kita boleh dapat rasa kan its coming lol.. the other day while juggling dgn two laundry basket.. ku melangkah naik tangga .. two steps in one go.. then terlepas one step.. ku tersungkur and worst part.. si basket hairi yg keras kojol tu terhentak kat my batang hidung.. berdarah hidung ku.. lain ku tak risau.. jgn my batang hidung patah suah.. haishhh tahun lepas tahun mishap.. kena pisau lah.. jatuh ajer berkali kali.. ishhh

selatan?? where??

Mira Marlena said...

Selamat berjimba-jimbaan ke selatan tanah air CS...moga selamat sampai hendaknya.
Aiseh man...TB tak ada ke nak sambut Cik Som dengan tangan mendepang? Hehehe....kalaus sempat sambut tu harus diselingkan dengan lagu hindustan gitu..bolehlah merasa goleks-goleks di tepi vacuum.. :-D

Noir said...

don't be too humble lah CS :) you sememangnya assertive pe. anyways, good to hear you're ok and enjoy the trip.

Tie said...

Kah kah kah.... sakit perut kita baca celoteh you, Som!

cahya indah said...

auntie Som, pegi jalan kat mana? mee kolok tu nak jugak..dah lah hari tu family Cahya pegi Kuching masa Cahya dah start kerja. tak dapat makan mee kolok idaman kalbu..huhu.

Maya Marisa said...

Cik som, u nak pegi shopping ke JPO ker??? if yes, sila la shopping lebih skit for me wokeh!

wat a coincidence, ari tu my hb pulak terjatuh tannga time nak tukar bulb lampu. hhmmmm musim org jatuh ka?

CL said...

Weeeeeeeeeeeeehuuuuuu.... Since komentar lepas sudah dilock, maka wa sambung sini.... Yezzzzaaaaaa.... Kembang kempis, kembung kuncup bila betul tekaan cik som ittew... Cik Lina back to the house...

Baru tau rupa MK camne... B4 this asyik dengar org sebut, tp tak kenal rupa... Kat kajang ni, mcm xde je... Nak buat sendiri? Hmmm.... Mmg kena kirim salam... :-D

Anie said...

Salam Cik Som,

Adeehhh kesian u....nasib baik mcm u ckp takde apa2 yg injured. I pernah terjatuh dkt dpn rumah. Nak turun tangga deck, pegi buang sampah dkt luar...skali termiss 1 step. Addoooiii terkehel my ankle. Nasib baik tak apa...lutut pun koyak time tu. Nasib baik takde neighbour dkt dpn rumah. Yg ada si kambing2 dgn lembu. Agak2 dorang gelakkan I tak eh time tu hahahahaz :D

Enjoy ur cuti2.....seronoknyaaaaaa

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Auwwww...cian dier.... Sedara-mara I yang reramai tu takde ke yang nak nolong? Ke semuanya lari? purrr...meow!

Oldstock said...

Cik Som,

Kita komen part MK saja, bukan part nangka jatuh.

Di JB ni ada satu stall kat Hutan Bandar, run by a veteran husband and wife team. They sell delicious char mee and koloh mee. The husband is a muaallaf from Sarawak. One of my favourite hangout spots.

Queenie said...

olloooo...sibuk punya sibuk, dah terlepas entri you ni....

nak tumpang ketawa jap boleh?
ekekekekee...
tu iabrat kata sudah jatuh dihempap kursi lah ek?

er...nak pi mana tuh? cari telur pindang eh?

Anonymous said...

Chaiiiit! Akhirnya CS pergi makan juga MK dari Restoran Akhasia, Tiara Square tu. Hohoho..

itu ari gua cakap lu, lu ambil 3/4 bulan juga baru pegi.

A bit of hint, kalau U balik dari RA, tu sebelum jambatan crossing persiaran setia, jalan aman, sebelah kiri tu lah kawasan kediaman I.

Oh! part bont**t U tu, get well soon.

Ahkak

PatinPasta said...

Cik Som,
Alahai.. sampai cedera sebab dek semangat nak buat keje rumah ye? Memang dapat award ibu mithali, isteri mithali bagai :D

Jgn lupa gambo kuak lentang ye? Have fun!

zarin said...

CS nak balik kampung kaaa?
alolo sian u jatuh... lenkali suh aje D yg cuci kipas tu ;-)

Yat Maria said...

Cik Som

alamakk aii...sib baik badan kita ( I said kita ok..not u aja..hehe..) comel mungil..tu lah baiknya ada lemak2 sket buat soft landing..ahakss..

nyways..hope u dah ok la sbb nak berjimba2..enjoy cik som!

somuffins said...

KAKCIK
Mekasih.. Insyaallah bahagia :-)


RIMA
Suami kita patut bila insurance untuk kita, kan? Kat rumah mcm2 jenis accidents boleh terjadi: tertendang kerusi, tersangkut sofa, terkena air panas.. Macam2 kan?


MIRA
Berjimba2 adalah sangat beshh tapi tetap teringat rumah. Masa nangka busuk debabum, TB takde rumah so takdelah sesi golek2 tepi vakum.


NOIR
Camana you boleh kata I assertive. Based on my quiz result tu ke? hehe.. I asked my doter n hubby, am I assertive? Diorang kata "tak langsong". Hmm.. I wonder..

somuffins said...

TIE
Kahkahkah.. lepas tu memang I kahkahkah gelak kat diri sendiri (suka sbb masih in one BIG piece).


CAHYA
Mehlah datang sini, I belanja you 3 mangkok mee kolok. Cukup tak 3? hehe..


MAYA
Tidaklah tersampai kakiku ke JPO tu lagi. Nantilah I beli kasut roda dulu, ahaks. Psst.. hubby you pun pernah jadi nangka busuk eh?? Debabum kekdahnya!!! haha..


CL
CikLina.. I thot CL is CikguLiz. Anyway, welcome back! Rajin2lah berkarya, auwww.. BTW, mee kolok yg pernah I makan sebelumnya takde rupa mcm dlm gambar tu. Dono why..

somuffins said...

ANIE
Bila kita jatuh debumm menyembah bumi, harap janganlah ada one soul pun pandang kita TAPI takat kambing or lembu, masih orite sbb mereka tak reti gelak, har3.


CAT
Sedara mara you yg ramai2 tu tak boleh diharap langsong. Menci I :-(


OLDSTOCK
Kat mana Hutan Bandar tu? Mee K yg jual kat sini pun dijual oleh mualaf dari Swak. Diorang related kot?


QJ
Kita berjimba makan angin sebab ada orang sponsor so kita pun yabadabadoo ler. Kalau tak pergi nanti diorang kecik ati plak, kan?

somuffins said...

AHKAK
Ekceli kita dah lama tau mee kolok ada jual kat situ (dan kat 1 restoran berhampiran) tapi tiap kali kesana my selera tak terhambat pada mee itew. At last terbeli 2 bungkus sebab masa tu pilihan lauk2 diorang dah almost licin.. (Psst.. I have an idea kat mana rumah you. Kira2 8 pelaung dari my hse, kan?)


AIDA
Sekali sekala rajin terus dpt title mithali? haha.. I like! namun gamba kuak lentang kena sensored .. malu I :-)


ZARIN
Tak sker jatuh2 nih sebab kita takot keguguran, muahahahha..
D basuh ceiling fan, I basuh standing fan.. Win-Win situation kekdahnya.. :-)


YAT
Hikmahnya badan mungil2 nih ek? hahaha.. Anyway, kita enjoyed very much berjimba kuak lentang kat sinun. I think you mesti suka kalau pergi tempat tu. Do you fancy having a mini swimming pool in your room??

Yat Maria said...

Wahhhhh ke Grandlexis PD ka?? I was a champion kuak kupu2 in that pool alone!ngeh18x

somuffins said...

YAT
Ya betollll!!! You dah pegi eh?? Best kan??

CL said...

Cik som... Mee kolok tu nampak cam mee maggi....

somuffins said...

CL
Yaa... mmg nampak cam mee maggi tapi bukan. Mungkin sama susur galur sebelah mama mee maggi? Haha..

Yat Maria said...

apa tak nya cik som..nak berendam ngan baju kupu2 pun boleh..muahhahaha..

somuffins said...

YAT
Kalau nak kuak kupu2, adalah tak sesuai pakai baju kupu2..berat kekdahnya, haha.. Kitorang kaan, tak pakai ... ooooops! Nanti I bukak rohsia kat email eh?