Monday, 20 February 2012

Minat memasak sejak dua menjak ...

T was on term break for a week. Komain seronok lagi dia. Tidur pukul 3-4 pagi, bangun kejap pukul 6.30 pastu sambung zzzzzzzzz till before noon. I kata tak bagus taw tidur n bangun lewat cenggitu tapi katanya kat rumah aje dia delinquent. OKlah, I percaya dan I kasi chan (T's projek membaca secara pukal nak habiskan 9 buku yang baru dibelinya. Termampu kah?).

Sepanjang minggu, ada aje projek JJCM dan anything bertema makanan tapi sebelum tu I nak bitau the whole world bahawasanya daraku itew dah bercambah minatnya untuk belajar masak dan buat kek., alhamdulillah.

Minggu lepas dah dua kali dia masak samtum bilis (bukan tiru resipi CikSom, sob3 tapi tiru resipi emak kawan dia), dah 2 kali baked RVC dan buat berbekas2 dadeh coklat.

Dalam pada memotong bawang, dia tanya camana nak potong bawang mengikut piawaian. Kalau ikut cara pro dia mesti dah tau, kalau tak sia2 aje dia melekat depan tivi tengok Sr/Jr M'chef, kan?

Sedang T dalam keadaan 'menangis' teresak2 potong bawang (w'pun cover mata guna specs takde power) dan tak sabar tunggu tips dari pro, I pulak baru tercongak2 memilih ilmu sesuai yang patut diturunkan dari dadaku kedadanya, auwww.., so dengan tak sabarnya dia kata "T kenalah tau, nanti T nak masak kat rumah mak mentua nantikan senang?".... harharhar .... I mampu gelak meletop2 dalam hati aje... (macamlah besok dia nak kawin??).

Calonnya pun takde.. nak pinangkan Ustaz D of 114, ustaz nih dah pun bertunang u'olls..

Anyway, semalam masa hantar dia kembali keteratak 4 tingkat berlapis2 berjirankan para beruk n monyet, belum pun jauh bertolak dari rumah .. "alamak Mi, T tinggal baranglaah..".
Oh well ...


Pemandangan gedung kain waktu malam. Sempat snap masa lampu warna merah (alahai, macam tak biasa snap apa2 kalau pun lampu warna hijau? haha..). Ekceli masa nih TB tanya, kat Jakel ada jual baju Melayu tak? I kata adaaa.. Diorang ada jual baju Melayu kain cotton tak? Maybe ada, tapi I tak tau.. Apsal you tak tau? Kan you semua tau??? *I take that as a compliment*.

Pastu bercakap pasal owner of the gedung samada seagama dengan kita. I kata 'ya' tapi TB bukak cerita pasal kedai 'mamak' yang gunakan ayat2 suci sebagai hiasan kedai untuk mengaburi makanan dijual adalah halal. I pasti gedung kain tu bukan milik orang asing sementelah kalimah Bismillah memang visible dari jauh (tulisannya bawah dome).


Dah berkurun I tak masak sotong masak hitam nih. Tak masak sebab kurang dapat sambutan tapi masa D&T kecik2 dulu selalu juga masak. Habislah jari jemari diorang hitam dan siap main2 lagi sarungkan sotong kejari memasing macam pakai cincin. Sekarang nih, kalau keadaan yang sama berlaku, I tell you I'll be one of the happiest mothers living on this earth!!


Masa I ke Setapak minggu lepas atas urusan dot3 (masyaallah!!...jauhnya tempat nih??), sempat juga merayap kat kedai jual daging (macam2 jenis ada, tak terlisted) dan kedai perhiasan ala Inggeris dimana serba serba cantik dan boleh tahan murah. Sepatah kata Ndja "macam nak beli satu kedai aje" <- dia memang selalu keluarkan stetmen over!

I hanya beli satu item .. sajalah untuk menyimpan koleksi pena mata bulat termasuk pena yang dakwatnya dah kering kontang, heheh.... dan garpu itew sengaja disimpan dalam bekas yang sama, digunakan tatkala emergency (as alternatif sebab kuku pendek adalah tak best untuk menggaru pabila kegatalan ditahap extreme).

Ekceli mood hari nih kurang mantap dan membuat TB sentap kejap tadi sebab jawapan pada soalan dia berbau kurang mithali. Owhh...

12 comments:

Yat Maria said...

Cik Som

ishishhh...usually org sakit no selera nak makan..tapi I tgk sotong masak itam tu cam terbukak plak selera..hopefully besok kalo tekak dah bule telan nasi..ai nak pi masak arr..lagipun sotong ada I spare sket dalam freezer..tadi masak tomyum..maklum org sakit ni macam2 plak nak makan pedas la, masa la..macam2 jer kan..

I no put garfu for garu menggaru..me stanby sikat yg panjang punya..baru ada feel nak menggaru kalo kuku sumer baru pi antar menikiyo :)

Anie said...

Cik Som,

Muahahahaz...kasi I gelak golek2 dulu LOL!!! Hahahahaz lagi ler over lah pulak. Tak boleh tahan tgk garfu dkt dlm container pen tu semua. Ada kira tak mcm sepit2 yg lain...takut nanti hilang lah pulak :D

Tgk itu sotong masak itam it also reminds me of my childhood. Mmg I pun suka kasi jari jemari hitam and sarungkan mcm cincin. Until now I heart sotong masak itam....yummzzz

Yong Kamariah said...

wahhhh cik som, mana tau tak lama lagik CS dpt menantew gitew, anak dara ni selalunya klu dah setat rajin2 ke dapuq ada lah tew..(talking by experience teheee..)
anyway, haperrr ustaz Don dah bertunanggg??? owh,,, patah seribu hatiku....

Noir said...

i kind of inclined to comment cam Yong Kamariah lah CS. amacam?

Queenie said...

ahem...macam dah terbekenanlah pulak ai kat anak dara you tu aww...

CIKSOM.
1. I dah kenyang ngan selesanya, why you tayang gambar tu sotong itam? kan dah berura2 nak kedapur lagi nih!!!

2. and you make sure, bila you hidangkan I mehon kat umah you, I nak garpu yg baru bukak dari plestik, ingat tuh! workeh?

cahya indah said...

Cahya memang suka masak and baking dari dulu..tapi paling minat kumpul recipes (entah bila nak try banyak2 tu) and makan. hehe.

somuffins said...

YAT
Agaknya orang dari selatan aje suka makan sotong masak hitam tak? I misplaced my penggaru plastik so the best alternative is the real garpu (jimat kekdahnya).


ANIE
Sepit ringan tapi garpu berat so susahlah dia nak MIA, hehe. Dpt idea guna garpu masa didapur tengah kopek kulit udang. Nak capai garpu atau pisau untuk menggaru? So pilihan selamat tentulah garpuuu..


YONG
Kalau you ada calonnya, bak sini kenalkan kat I. My dara ada peminat jer (auwwmm) namun masih lum berkenan dihati untuk dijadikan dot3.
Yeslah.. Ustaz DD memang dah bertunang and he's only 27 (pi beli gam gajah untuk tampal hati yg dah retak seribu tu, huhu).

somuffins said...

NOIR
Since your comment sama cam komen Yong, I dah jawab dah! Any abang Arab yg available there? :-)


QJ
Berkenankah?? Jom kita ambik kata sepakat?? hek3...
1. my sotong kurang ink dan serbuk kunyit yg I guna tak berapa kuning
2. dah lama I tak beli garpu so I kasi you pilihan samada nak guna chopstick atau garpu kayu yang orang buat perhiasan kat dinding (zaman 70'an femes perhiasan sudu/garpu naik dinding ek?).


CAHYA
Baguslah you.. nampaknya you memang 'dah bersedia'. Cerah masa depan taw, hehe..

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Mama kita kan, kalau beli sotong, itu ink siap simpan dalam bekas dia sendiri so len kali nak masak, ada stock. Lagi besar itu sotong, lagi besar kantung dakwatnya. Oh, pasal Jakel itu, menurut cerita orang Segamat, memang orang kita. Cuma nama pelik. Tapi ada Muhammad kat depan. purrr....meow!

Mira Marlena said...

Salam Cik SOm,

How are you doing CS?Get well soon ye?Anyway,I ternampak komen CS dekat blog si Sue (blu4sky) bertanyakan macam mana nak login to my blog.

Firstly, CS kena create satu account and from there kena jugak pilih satu blog template.Ibaratnya nak buat blog baru lah.Then create your username and password sekali.Kalau nak ikutkan memang I tak nak privatized my blog tapi ada banyak sebab dan rasanya tak perlulah I nyatakan di sini.Cukup sekadar ini aja yang I boleh cakap/luahkan.

Or maybe CS boleh terus type username and password dekat WP page tu and I think it will automatically redirect to my email and I can approve from there.CS cuba dulu.

I don't like getting people into trouble but somehow ada orang yang sebok suruh I jangan buat lagi blog baru lah..don't come up with another posting lah..entah hapa2 lagi arahan yang I KENA ikut.Daripada I nak publicize baiklah I privatized at least aman sikit,tak ada langau datang menghinggap.Well, at least I tak kacau orang.

Okaylah Cik Som..till we meet again ya!
Peace and bercerita pasal si anak dara CS tu..ehem..dah ada yang berpunya ke? Semangat lain macam nak memasak tu?Hehehe

cahya indah said...

memang 'dah bersedia' pun, auntie..hehe. tapi seru belum sampai. so kena increase minat makan dulu la nampaknya..haha

somuffins said...

CAT
Serious?? Your mama simpan kantong ink for future use?? Dia nak buat spaghetti hitam ke??
Pasal Jakel tu, tak syak lagi diorang tu 'serupa' kita. Mekasih for the info.


MIRA
Dont worry, I paham keadaan you. I akan cuba usahakan camana membolosi blog you nanti. Mekasih diatas penjelasan tu.


CAHYA
Terasa nak nyanyi "renjis renjis dipilis...." laaah...