Saturday, 18 February 2012

Cemburu dan epal ...


Lama tak bersiaran menerusi 'tingkap lebar' tapi curik2 masa juga mengintai apa jadi kat alam siber menerusi 'tingkap cenonet'. Kerja intai-mengintai cenggini, mata tak tembel kan? hehe.. Dek ketinggalan ketapi peluru seminggu lamanya maka memang tak terbaca backlog/cerita-ceritut terbaru dari blog kengkawan (let alone mengomen).

Minggu lepas ada aje hal, projek, dan tugasan yang perlu dibuat (bizi mengalahkan 1st Lady kekdahnya); dan ada aje mood mambang biru datang mengacau. Dugaan sungguh namun ku tepis terpelanting dengan izinNya.

Bila mood kembali riang ria chirpy2 cheep2, datang pulak demam, batuk n selsema. Trio nih memang kamcing, tak dapat dipisahkan. Selsema kali nih, phlegmnya tak meleleh ikut hidung. I wonder why! The phlegm stuck kat belakang hidung, mendak kat situ aje (refused meleleh ikut perparitan yang disediakan). To ease the blockage, terpaksa juga guna cara yang I tak suka nak buat selama nih.

Alangkah nikmatnya bernafas tanpa halangan, percuma pulak tu? *insaf*.

Alhamdulillah gering selepas selesai majlis kawin jiran setengah pelaung. I perasan I nih orang kuat majlis for without me, majlis tak boleh mula (kengkonon ler). Dapat tugasan bawak hadiah hantaran masa majlis nikah, merewang buat cenderahati (lap epal gebu manis masuk dalam pouch), malah on actual majlis resepsi diberi task hulurkan the same cenderahati pada para tetamu. Hilang rasa segan silu I selama 4 jam.


Having done the work of an AJK, I was mistaken as siemak pengantin. Howlaaah that can happen?? I bukan pakai baju labuci, lip lap bagai .. (ekceli kankankan..dah lebih 10 orang berpendapat rupa emak pengantin n yours truly seiras. Oh well, maybe we are each other's doppelganger aka pelanduk 2 serupa kot?).

Sepatutnya hari nih I tiga beranak berlibur dengan Ndja, Teh n a few nieces for belated b'day treat kat persisiran KL. T awal2 lagi tak nak pergi dan I plak rasa 'malas' tapi bila last minute D tau I tak pergi sama, dia semacam punya frust. Mulalah terkeluar perkataan cemburu dari mulutnya seperti "kalau keluar dengan T boleh pulak...".

Haishh... anak oh anak. Kalau bercakap tu cuba beralas guna swiss lace sikit, boleh tak?? Adik awak tu kan pempuan, masih solo pulak tu. Umi teman untuk keselamatan dia dan ketenteraman hati Umi jugak. Lainlah kalau awak tu suka nak jadi drebar or bodigad adik awak tu dan temankan kemana2 dia nak pergi??

Apsal nak cemburu? walhal baru minggu lepas kita beli grocery sama2, awak sakit Umi hantar pergi kelinik, pergi farmasi lagi, and the latest one kita sama2 pergi jumpa 'ghost buster'.... kan??

Anyway, lupakan hal orang cemburu tu. Agaknya dia bangun tidur dari arah angin monsun barat daya, tulah tetiba jer berangin!

16 comments:

Queenie said...

bebudak mmg camtu CS...janji cemburunya hala ke kanan ok jer...
dolu2 masa anak2 ai kecik, diorang cukup jeles kalau ai mintak tolong anak yang lain, bukan mintak tolong kat dia..."naper mama tak suruh saya?" boleh gitu?

jaman ai kenit2 dolu, kalu tak disuruh lagi sukerr.....weeehaaa!

moga cepat sembuh..paham kalau cendol bisnesnya sangkut...

3E said...

Aunty Som,
walau pun si D tu sudah macam dewasa tapi still nak manja2 dengan ibu dia 'kan...biasalah tu anak2 kan Aunty Som. Aunty Som layan ke karenah diaorg tu...(ceh ceh..macam bagus je I ni kasi komen 'kan...padahal Aunty Som lagi super duper senior mak daripada I)...hihihihi...

azieazah said...

Lain kali jalan jer sensorang. Jangan bawak sesapa. Padan muka depa. Sapa pun takleh nak jeles. hahahahaha

Rima said...

CS
memang macam gitu.. wanna know apasal.. ahhh adik adik ku dua dua macam gitu.. dah tua kerepot pun masih buat kerja macam gini.. haishhh

Ni sonia belum ke that stage.. tu lagi drama queen.. tak tahu lah besok besar macam mana :op

zarin said...

D nk bermanja ngan umi dia lah tu :D

cahya indah said...

auntie pun tak sihat ke? dah baik belum? Cahya ni still la demam lagi, hopefully hari ni dah okay..kurang sihat ni, kurang rasa nak kerja..huhu.

somuffins said...

QJ
Ntahlah..kadang2 cemburu diorang beralih kekiri jugak, haishh..
Masa I kecik2 dulu selalu gak jadi 'budak suruhan'. I tanya nape I aje kena buat, whywhywhy? Bila Mak/Chik kata tu tandanya orang suka; teruslah I pasrah dan redha *wink*


ASILAH
Sesekali I tak layan kerenah terus D nak frusto dengan I, where got fair like that, kaaan? D tu mmg dpt lebih manja pun sementelah dia lebih tua dari T dan dia duduk rumah sama I (T balik rumah end of the week aje).

somuffins said...

AZIE
Pokok mengkudunya; I TAK NAK go jenjalan. I nak duduk rumah goyang2 kaki sambil berkarya. Selalunya I mmg jenjalan sorang2 pun tapi kali nih jemputan makan untuk kita bertiga.


RIMA
Kerepot? muahahahaaa... Dah bongkok 3 sekali pun, fenomena nih tetap berlaku kot? I hope Sonia gets all the love she wants from Hairi.

Ibu n Abah said...

Kak som..
anak 2 orang cemburu pun u dah naik senak nak menjawap...
yang i... 4 orang...
Hai yo... Mau perang sabil...

somuffins said...

ZARIN
Memang pun.. D dah tua bangka tu pun masih nak tidor bawah tiak I. Nasib tiak I maintain wangi, ngeh3


CAHYA
Kalau you tak sihat better ask for MC n berehat. My demam dah takde tapi hari nih tekak mula rasa sakit bila menelan. Dugaan.. semoga dosa2 kecil kita terhapus, insyaallah.

somuffins said...

AKAK R Tengku K?? auwww...
Tapikan tapi ... I dulu 10 beradik takdelah hingar bingar sangat. Sekarang nih, kerja I asyik urut dada jer..

Anie said...

Cik Som,

Hope u r feeling better today. I know how u feel part ur blocked nose sbb I ni ada penyakit blocked nose setiap malam and setiap kali bgn pagi....hairan kenapa.

Anyway part sibling jealousy and rivalry tu mmg akan sentiasa ada punyalah ahakkksss. I know coz I went thru that phase....skarang dah jauh dgn adik beradik baru nak rindu2an awwwww :D Sabar jer lah umi.......

somuffins said...

ANIE
Thanks.. I'm getting better sbb tak demam lagi tapi tekak rasa sakit bila telan dan phlegm masih mengacau. Sabar jerlaah ek?
I paham siblings rivalry tapi kadang2 mende2 kecik pun nak dijadikan isu. I tau they are testing my patience namun ku tetap gagah merempuh lautan api, cewah.

Yat Maria said...

Cik SOm

i guessed it will take longer time for that sakit tekak & plhlegm to go away..my fever pun dah kurang but soksek2 lom habis lagi..err....cik som..takmo bilang ai ker why kenot pun sampah in that bag...alaaa cik som...u know me la..now i kenot tidur taw thinking abt that bag..bilang arr..bilang arrr..

somuffins said...

YAT
Okay...okay...*nada lembut* I bitau sekarang. Kesian nanti you takleh tidor dpt eyebag plak kang..

Alkisah gini prinsipalnya ...
Satu beg plastik tak kira berapa besarnya would take or muat takat termampu aje. Amaran bertulis tu dibuat so as to discourage penyumbang2 sampah dari terus membuang dalam plastik yg sama.

Plastik yg berwarning tu, cukuplah dgn muatan yg ada, jangan diberatkan lagi SUPAYA bila I hangkut keluar rumah pada esok harinya, terdayalah diangkat oleh tangan I. Berat kalu, nanti berketul2 plak muscle I nanti.

Sekian. Diharap YatMaria bt R***** berpuas hearty dgn penjelasan MajlisPerbandaranJajahanKandaDeris. Sila zzzz dgn nyenyak, okay? :-)

Yat Maria said...

Muahhaha..arrr gini ah cik som..baru ai leh nyenyak sekarang..ohhhh gitu kisahnya...ok sekarang YatMaria bte R***** amat berpuas hati ngan penjelasan MPJKD :) :)