Thursday 6 September 2012

19 Syawal ... ole2 & projek mega ...

Baru 19 Syawal ... kalau nak puasa enam masih sempat lagi nih. Thot of fasting today but terlewat mintak izin suami almaklum puasa sunat wajib mintak ijin dulu. Lagi pun hari nih dan esok TB bercuti so bila dia bercuti, I upgrade diri terus jadi mademoiselle, boleh?

Anyway, hari cuti suami adalah hari bahagia siisteri. I ler tu.. w'pun ia tidak menjanjikan kita berseronok2 jenjalan makan angin macam sesetengah orang.. kepulaulah, mendaki bukitlah, berskuba divinglah.. Yaa, sesungguhnya kehidupan I tersangatlah hambar, boring dan sungguh tidak menyeronokkan, sepatah kata omputih very dull; tapi adakah I anggap dan mengaku kehidupan I begitu dull n boring?

T pernah membayangkan betapa I akan bertambah bo-ring atau ring-bo sebaik saja berpindah nanti. Kawan2 rapat jauh, adik beradik jauh, tempat membeli belah jauh, masjid jauh dan juga akan jauh dari dia. Betullah semua yang dikatakan tu, sob3 tapi sebagai emak yang konon2nya lebih berupaya berfikiran jauh, long n winding, tentunya I tak lepaskan peluang untuk menyumbat seberapa banyak 'food for thought' supaya mindanya bertahan kenyang selama mana yang boleh, insyaallah.

Talking about food ... pagi nih I makan lebihan nasi dan sup ayam semalam. Dah niatnya nak bersahur makan nasi dan sup tapi dah tak jadi puasa, haruslah I habiskan juga. Tak baik membazir, ehem.. dan dessertnya bukan bithkut raya tapi bithkut dan kek ole2 dari Jakarta.

kek lapis yang dah diswiss rollkan. So-so rasanya

bithkut cheese sedap lemak rangup

 Habuan datangnya dari Ndja .. to be shared with Teh

Sebagai mengimbau nostalgia D&T masa kecik2 dulu sewaktu suami Teh masih hidup
 U-turn pada 4 Syawal ...
4 beranak berkonvoi dengan kontraktor kesatu tempat yang unknown to me w'pun awal2 lagi kita tau tujuan ketempat tu untuk memilih jubin bilik air memasing, dapur, bilik tidur dan overall rumah..

Seronok memang seronok tapi kerja memilih jubin yang sesuai sangat meletihkan lebih2 lagi bila rambang mata tengok berbagai pilihan eksklusif namun kenalah juga berpijak dibumi nyata not to overdo it sementelah rumah yang dalam binaan adalah rumah untuk pensioner aka pesara jer, definitely can't afford to be lavish2 one, auwww... <- nak auwww jugak, keh3..

Buat julung2 kali memandang teratak baru sejak ia didirikan, perasaan cikSom amatlah teruja sekali kerana sangkaan awal yang agak meleset tidak menjadi kenyataan, alhamdulillah. Sangkaan bahawa jiran terdekat adalah amat jauh rupa2nya sepelaung aje jauhnya. Kiranya dari my ruang tamu boleh meninjau aktiviti keruang dapur jiran (kakak sepupu kamcing TB ler tew, hehe..).


my humble abode
Rumah nih tersangat straight forward. 3 bilik tidur, 3 bilik air, ruang tamu, ruang golek2 (khas untuk ...cer teka), ruang makan, dapur dan bilik stor mini berkongsi kasih tempat letak mesin basuh.

Nak komplen lebih2 nanti kata tak bersyukur (walhal lebih dari bersyukur) tapi since inilah sa-ha-ja satu2nya peluang yang kita ada untuk membina rumah ikut kehendak dan spesifikasi kita, sepatutnya awal2 lagi TB n I perlu berbincang lebih teliti dan terperinci tapi tidaklah begitu jadinya kerana beberapa sebab tertentu.

Sekarang ... rumah dlm binaan takde bilik stor dengan erti kata sebenar. TB kata boleh ditambah kemudian tapi yang paling 'tak tahan' bila tengok bilik air yang sepatutnya dikongsi oleh D n T nampak kecik sangat. TCTLSShort, pintu bilik air dari bilik D dah pun ditutup so T wld have bilik air tanpa berkongsi. D pulak akan guna bilik air berdekatan washing area, selangkah dua dari bilik tidurnya aje.

Sepatah kata my SIL, adik TB "budak2 dah besar tak boleh share bilik air... " dan dalam fahaman yang seakan serupa, T dah keluarkan statement yang sangat lucu, hehehaha (tapi I takleh tulis kat sini, hehehe... anak2 zaman sekarang anggap mak ayah diorang so open minded n so understanding, diorang tak segan memberi pendapat tentang 'facts of life'....kan Akak kan??).

Sekian coretan untuk tatapan kemudian hari ... insyaallah.
.

11 comments:

Ibu n Abah said...

kihkihkih...
syndrome anak cakap tang wawasan dah melanda pada u jugak kekanda...
i like... kita pun mana pernah terpikir semua tu.. best jugak.. sekurang2nya kita tau jugak apa dia nak buat bila kita dah takder nanti..

Kakcik Seroja said...

Cantik rumah baru you, CS.

I suka dengan suasana sekelilingnya. :)

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Kitty Lounge tak ada peruntukan ke? Nanti sanak sedara I nak berjimba kat mana? har har har *evil laughs*

Bintangjauh said...

Salam CS,

Berbunga serasanya perasaan dengan peragaan rumah baru yang bakal didiami nanti, pasti CS begitu teruja untuk berpindah&men-decor seperti semahunya hajat&hasrat dihati...

Apa sahaja kekurangan itu&ini pasti akan diperbetulkan di -kemudian hari... sama seperti Ratna, rela membeli sebuah rumah bertaraf kampongulu dimana hampir semuanya tercobek terkupas disana&disini sehinggakan tiang hiasan ditangga sudah hampir runtuh namun kesyukuran rezeki itu disembat kan dihati karena sedari diberkati dengan sebidang bumbung nan usang (urgent sangat2... wajib diperbaiki secepat yang mungkin, namun?) untuk berteduh dari panas&hujan dan disemarakkan dengan haruman kasihsayang dari wajah-wajah yang dikasihi...

Sabar menanti perkembangan seterusnya rumah mahligainya CS yang cantik sesungguhnya.

Salam manis semanis madu.

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Asslm CS..
Dimana jua rumah sendiri dibina disitu lah letaknya hati bak kata orang putih 'Home is where yr heart is' Nnti bila dah siap mesti CS suker...

inahar ali said...

salam lebaran & maaf zahir batin wat CS sekeluarga ye!

Rima said...

Cantik and nyaman suasana keliling... penat kan bila nak settle pasal rumah.. i also very the penat.. ni coming monday.. kotak kotak akan tiba... mula lah si Rima sibuk berpacking huhu.. if only ade robot buat kan tu semua.. huawaaaaa

CS said...

AKAK
Memang dah lama wawasan cenggitu melanda sementelah T lebih dewasa dari Qeeb. Yang kelakarnya (pada I mmg kelakar) mende yang diorang cakapkan tu fakta2 belaka. Insyaallah diorang secerdik atau lebih cerdik dari kita *wink*


KAKCIK
Rumah biasa aje tu tapi diharap masin mulut you maka cantiklah jadinya rumahku itew, hehe. Mekasih. Rumah tu serupa dikelilingi hutan tropika kekdahnya (pokok buah2an bersapa mesra dgn hijauan liar yang tumbuh merimbun).


CAT
Nampaknya kitty lounge tak dibuat khas namun masih ada ruang untuk segala jenis kitty berjimba panjat pokok durian, pokok rambutan, pokok pithang dan kalau nak mandi manda kat perigi buta pun ada! *har3...dgn niat evil*

CS said...

RATNA
Sebenarnya I takde flair (macam sesetengah orang) yang hanya cuit sana cuit sini, tambah sana tambah sini rumah mereka dah jadi bak mahligai indah. Hubby kata perhiasan atau perabut yg bakal dihiasi nanti haruslah yg basic saja. Hubby sangat arif, ahaks...tak mau isteri kesayangan penat asyik mengelap habuk jer kot? hehe.. Mungkin rumah dihias ringkas sesedap mata memandang, insyaallah. Apa pun, mekasih kerana turut menanti perkembangan selanjutnya...


IHA/ARTLOVER
Hati memang suka melompat2 kembang kuncup dapat rumah baru tapi tulah, jauh pulak dari ramai yang dikasihi. Alangkan dah dekat tak selalu berjumpa, nikan dah lagi jauh namun kesetiaan pada suami tetap diutamakan, auwwww + sob3.


INAHAR
Selamat hari raya maaf zahir dan batin juga ya? Ehh.. kita baru jer balik dari 'beraya' rumah awak. Meriahnya!


RIMA
Betul, suasana keliling rumah terasa nyaman tapi takde jiran berdekatan makes my heart dubdab-dubdab aje, me scared one you know. Kenapa you tak guna tulang 4 kerat pro. packers? Senang sikit keje you taklah penat sangat. Am looking forward to see your new oven, auww..

Yong Kamariah said...

Cik thom my dear...
Alohhh kita pun samalewww... Domestic queen, hidup adalah dull tak ke mana, atleast CS keluo jugak beli groceries, kita beli kt speedmart je tu pun on d way blk dr keje huhu...
Bestnyaaa finally nak settledown kt hometown... Tak sabo tak?. Kita pun mimpi one day nk settle down kt kampung, boley bela ayam serama! Akakaka....

CS said...

YONG
Kita sama ke? Tapi I lum pergi Paradigm Mall lagi, you dah, kaan? keh3. Pergi speedmart tak bermakna your life is dull. Since you bekerja, you berpeluang bercanda dan berjimba dgn kengkawan sepejabat, tul tak? (disamping dpt hiburan kua-kua oleh sidara genit Aleesya).