Monday 10 September 2012

23 Syawal ... RJ dan kari ayam!

Ahad semalam adalah hari berhempas pulas menyediakan 3 jenis lauk (ya, 3 aje yang terdaya) dan 'menjala' dengan rakusnya, heheh...

Selonggok RJ
Kengkonon work smart not work hard maka terjadilah kari ayam seperiuk besar sebagai salah satu lauk kebanggaan (yang bakal dijadikan lauk untuk lunch, dinner, b'fast dan tentunya sebagai entiti cicahan siRJ pujaan hatiku, keh3).

B'fast pagi nih ... RJ banjir
Kari ayam dijadikan lauk dan juga sebagai cicahan RJ maka wajarlah ia dibuat dengan kuantiti yang banyak tapi tahap keyakinan adalah tersangat rapuh bila masak lebih dari kuantiti yang biasa dimasak, gulp! namun mana boleh mengaku kalah sebelum gigit conet bom tangan dan baling pada sasarannya, kaan?

Nasib baik ayam dah tersedia bersih dan dijual mengikut kehendak kita. Nak beli bulat2 sekor pun boleh, nak beli bagian2 lain pun boleh. Janji ayam bersih no bulu2 terlekat watsoeva! Alhamdulillah stok ayam dah tersedia dalam freezer. Selalunya I beli drummet, kepak, betis dan peha. Jarang sangat beli bagian dada sebab tak suka isinya too fleshy dan lagilah sangat jarang beli kaki ayam.

Tapikan, dalam my freezer ada sebekas kaki ayam, bahasa Jawanya ceker atau kai kiok kata orang Cina, hehe..multi-lingual gitu. Dah berbulan mende tu duk bertapa dalam freezer tunggu D kotakan janji manisnya nak buang kuku ayam bersihkan sebelum dimasak tapi janji tinggal janji aje (I think D ngeri tengok rupa frozen kaki ayam yang keras kejung!).

Sebut pasal kaki ayam, ada sesiapa dah kembang tekak? Ekceli takde kotornya kaki ayam tu lagilah pulak kaki ayam ada selaput 'glove' so kupas aje glovenya tu sebelum dimasak. I takde masalah memasaknya apatah lagi memakannya tapi dengan syarat kuku kaki ayam mesti dibuang terlebih dulu (kalau tak, kamsia hamnida diucapkan).

Ditakdirkan TB terpaksa sembelih sendiri ayam dan I terpaksa atau dipaksa membersihkan ayam dari A to Z, aaaarh!! I sanggup bercerai hidup dengan ayam sampai bebila. Dari pegang bulu ayam lebih baik pegang bulu kucing *sambil senyum kat QJ, hehe*.

Masa kecik2 dulu mana reti erti geli. Bila Bak nak sembelih ayam, kita dah tiba dulu kat tapak penyembelihan w'pun ngeri n kesian sob3 tengok ayam menggelepar. Ever ready nak tolong Chik cabut bulu ayam pastu (sambil sesekali menimang ayam) tekun memanggangnya atas api biar terbakar bulu roma ayam, har3 *evil laugh*.

I menjala dengan rakus (guna 2 kuali leper sekali gus) dan memasak kari ayam lebih dari biasa sebenarnya untuk kawan2 T yang datang beraya. Kebetulan pulak anak sedara TB yang sangat menyukai RJ datang berkunjung. Kiranya I melempor guna sebijik batu untuk membunuh dua ekor burung hud2 ler nih, hehe..
 
Rummaging thru my 2nd fridge, (in horror) I found this! errrk..in horror konon.

Al-kisah's Believe It or Not, ngeh3 macam tak biasa pulak
Bukan setakat menyimpan Basmathi perang (sebutan: payrang) yang tarikh luputnya dah berlalu 16 tahun, nampak gayanya serbuk kari nih juga tak ketinggalan menempa sejarah *bangga tapi malu* dimana tarikh luputnya dah berlalu 15 tahun.

I suka sangat serbuk kari Sakthy kerana tanpa guna daun kari sekali pun bau kekariannya tetap menyerlah tapi yang sedihnya (memang sedih), kari jenama nih dah macam elusive butterfly. Dah lama benar tak nampak 'keSakthyiannya' dipasaran *mode muka monyok*.

Tak pasti camana serbuk kari kesayangan hati tu disimpan begitu rapi (ehem) hinggakan selama nih tak terpandang langsong dek biji mata. I tuang sikit serbuk kari atas tapak tangan, hidu2 sampai terbersin. Masih kuat bau karinya tapi ada juga unsur haFAk, makanya......?

TCTLSShort, separuh peket serbuk kari telah dihumban dengan jayanya albeit a tad rasa bersalah. Lebih baik dibuang aje, tak sanggup rasanya beri anak orang makan kari ayam berkemungkinan beracun arsenik dan tak sanggup tengok muka sendiri masuk buletin tivi-3, huhu...

Baru masak 3 lauk dan menjala goyang2 punggung sket, letihnya komain terasa lagi. Malam semalam tetiba badan rasa semacam. Perut dah masuk angin rupanya so haruslah signal mata pada you-know-who untuk khidmat dipicit secara percuma, hehe.. Burp...burp...sedawa dan toot toot lima enam das, alhamdulillah terus zzzzzz dengan lenanya.

P/S: Masa kitorang kecik2 dulu, tiap kali picit Bak kita dapat upah 20sen. Kita tak mintak upah tapi tulah satu2nya mata pencarian halal masa tu untuk terus menikmati aiskrim Walls :-)
.

18 comments:

Kakcik Seroja said...

Tengok tarikh luput serbuk kari tu, lupa pulak apa yang kaqkcik nak komen tadi!


Ha... ingat dah... Pasal kaki ayam. Sebelun ni, berbulan juga kakcik simpan satu bekas besar kaki ayam dalam freezer. Kononnya nak buat rendang untuk kawan2 yang suka makan. Tapi baru2 ni, rasa tak sampai hati pulak nak bagi kengkawan makan kaki ayam yang sekian lama disejukbekukan (alasan!), maka cik TS la tempat kaki2 ayam itu... :(

CS said...

KAKCIK
Kita macam berpakat pulak sorokkan sebekas kaki ayam dalam freezer ek? Nampak gaya memang kenyanglah cik TS menelan kaki ayam, hehe.. (kaki ayam buat rendang memang nikmat!)

LEEzasTOUch said...

Assalam CS
Kalau tgh sedih elok lah bukak ur blog...berdekah2 mengilai2 ketawa...terapi utk gembira. By the way luv to see ur hse...I see green everywhere!

blu4sky said...

hahahaha...masa dulu2 mana ada jual ayam yang dah togel...selalu sembelih sendiri and gotong royong lerr cabut bulu ayam.. zaman tu macam2 aksi ayam...ada yang boleh berjalan lagi sebelum tumbang..ada yang mengelupar..kalau yg mengelupar masuk ke pagar org lain dah satu hal nak memanjat pagar kalau kena pagar yang berdawai tajam, dah jadi mcm rambo lalu bawah dawai semata2 nak kutip ayam..hahahah...

kak ja said...

Kander,

a)Alang2 dah terjumpa serbuk kari tu, kenapa tak dijadikah bahan experiment? masak kari bestest in da world, masuk dlm tipuware then bg apek paper lama; ckp dgn dia 'sempena raya'.. bg tempoh sebulan, kot2 dia akan muncul lagi dpn gate kander..

b)kaki ayam? no tengkayu... dedolu mmg chek makan gak kaki ayam, tp sejak berla**kan sorang penggeli-geleman ini, chek mintak mahap je lah..

c)adalah dimaklumkan bhw masa I drj 4 dolu I pernah demam lemah semangat, semata2 kerana dipaksa menangkap sekoq ayam yg terlps lari dr reban.. Mintak mahap ayam, wa tak sengaja cekik leher lu.. wa geli sama lu punya bulu!!

*alang2 mengomen, biaq sampai abis dakwat..

Sekian terimakathih..

Mulan said...

pagi tadi baru buat keje sukarelawan geledah lemari dapur.. mmg ada jgk yg terluput2 tu... nasib tak banyak sangat.. buang masa bos takde, takut kena bebellllss..

CS said...

LEEZA
Waalaikumsalam n assalam to you. Thanks for the compliments. I turut gumbira bila tau my ramblings mampu buat you berdekah2 mengilai2 ketawa. Cuba demo kat I sikit camana bunyinya, hehe..
Rumah I tu masih lum siap tapi pastinya dikelilingi kehijauan pokok2 hutan tropika :-)



SUE
Satu fakta yang terlupa ditulis ie kerja mengejar dan menangkap ayam sebelum kena sembelih terletak dibahu kita juga tapi selalunya ayam terlepas tangan bau taik, terlepas kekdahnya. Ayam tumbang tapi masih terdaya bangun berjalan hoyong hayang adalah kejadian paling awesome! haha..



JA LALING
a)Masa mencemburui ku maka takde masa nak bereksperimentasi dgn kari. Lagi pun I dah tak kawan dgn apek paper lama, I kawan dgn Apek the footballer jer, heheh..

b)TB pun tak makan kaki ayam. Selalunya kaki ayam disaji pada ahli keluarga terdekat aje dan dihidangkan discreetly *guna signal mata* sebelum penggeli kaki ayam keluarkan stetmen mencengkam jiwer, keh3...

c)Samalah kita geli bulu ayam/itik yg dewasa tapikan tapi I love gomoling anak ayam atau anak itik tok Wi masa depa masih 'baby'. Rasa nak pichit2 jer..

* alang2 menjawab komen, kasik berlubang kibod nih, ekekeke..

zarin said...

LOL lamanya 15 tahun gitu! haiii CS kalau baby gegurl tu dah muda remaja dah baby tu kan hihi

CS said...

MULAN
My boss aka anjer tak tau kerja keji I selama nih, haha.. I baru perasan I beli sebotol kicap cair walhal ada sebotol dalam kabinet yg boleh dibukak lagi. I cuba menjadi muslimah contoh (kurangkan pembaziran) tapi it is so harrrrd! :-)

CS said...

ZARIN
Alahai... I baru jer jawab komen 4 ketuls tadi tup2 komen Mulan tiba..so I jawab cepat2 tak sangka you turut mengomen so now I jawab soklan you eh?? Umur kari dah 15 thn maka hari nih I akan berdebar2 sebab my kari mula amik periksa UPSR, waakakaka.. (umur manusia 15thn ambik PMR, tapi untuk kari exceptional case).

Queenie said...

har haaarrrf haaarrrrrrr........

limablas taon? har haar haaarrr...

hamput Mel kat JB siang malam pakai helmet! hahaha...

ooo...pegang bulu kucing ok eh? bak sini bulu ayam tuh, I nak wat feather duster, nak babap u know la saper turrr....waka wekekeke...

ai tak geli kat ceker tuh cuma... ermm...kesian jer...like a baby finger u know...how can people eat baby finger? aiyaaa..

u just reminds me masa kecik2 nak sambut raya dulu, lepas abang2 n cousins lelaki hambat ayam n masukkan dlm kurungan yg diperbuat dari buluh tu, pastu atuk/ayah semelih leher dia...pastu nenek/mak celur dlm air panaskan? pastu kita ramei2 duduk kerumun belonggok cabut bulu dia, pastu alahaii mata ai ni dah terlebih belek kat kulit ayam yg mengerutu ngan tuma dan tungau tu...pastu tak selewa dah nak makan ayam, sudahnya pagi raya ai makan ketupat ngan ikan bilis jer...huhuhu...daging pun tak lalu makan sebab nampak lembu tu berak taknak cebuk, berkarat vontot dia you tp amat digemari oleh lalats...
nostalgia la CS...ek?

psst...sue blu4sky tu macam dah terlupa ker dosa dia ngan anak ayam? kah3...

CS said...

QJ
I make sure kali nih Mel tak terlepas dari mengalami hujan serbuk kari, ekekeke..

Kalau boleh dibukukan segala nostalgia zaman kanak2, best ek? Kerja paling menci bila nak dekat raya ialah mengilatkan tembaga guna Brasso. Menciii..

Jgn thebut bagian2 ayam yg menggerutu tapikan I boleh aje makan mempedal wpun tau tu tembolok ayam, eeuww.. *baby finger masih nyum, nyum*.

P/S: Sue mesti dihantui kena kejar dgn segerombolan anak ayam, kah3. Sure dia lari mencecet2 tu..

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Aslmkm CS..
Ya Rabbi..you tak sedar ke rempah tu dlm freezer? Kalau I laa tak buang kut, simpan dan frame macam basmathi yg hr tu..Antik tu.

Rajin menjala musim2 raya ni ya..


cahya indah said...

sup kaki ayam or masak Chinese style with kicap n cendawan tu serious sedap auntie..hehe

Amelia said...

Hi CS, hehehehe Semalam CNN keluar berita serbuk kari expird date 15 years ago tuan umah baru terjumpa di peti sejuk.....

I pakai helmet yang ada shield tutup muka. LOL
And I tunggu hujan berhenti baru datang, selamat sikit. Chinese ghost month belum habis, kalau kena air hujan dan serbuk kari... huhuhu....kan dia ingat aku ini sama category. LOL

You ini betul2x pandai sorok treasure. 15 YEARS... I really cannot imagine.... dulu beras 16 years.

Baik you pergi cari dapur you, tengok ada tak yang 14 atau 17 tahun punya makanan....

Larrriiii sebelum tuan umah baling serbuk kari............kekeke.....

Kongkang Malaya said...

Cik Som sentiasa mengejutkan saya dengan penemuan ajaib dari lemari,esbok Cik Som tau! Berbelas tahun tu! Rasa nak tabek and tunduk hormat segala kat Cik Som. Muaha!

ps: saya pon pakai rempah expired, tapi setahun gitu je. kena teruskan usaha untuk sampai ke tahap Cik Som :D

Unknown said...

hahaha.. dah besar panjang kari kak cs ek? dah anak dara gitew! hehehe.. keras perut tahan gelak. kang terjaga plak anak2.. adehhh...

CS said...

Assalam ...
Mohon maaf kerana lewat menjawab komen kawan2.. Sesungguhnya tidak disengajakan.


ARTLOVER
I macam sedar tak sedar ada simpan barang antik, hahaha.. Ekceli tau I ada menyimpan harta karun dlm esbok no. 2 tu tapi tak berapa bersemangat nak uliti betul2. Masa kemas2 esbok tu bulan lepas, I hanya rearrange rempah sama rempah, rempah biji sama rempah biji. I rajin menjala? Tulah tu, dah harga ikan kat pasar mahal bebenor, maka menjalalah kita kot dapat ikan paus, ahaks..


CAHYA
Yesss...kaki ayam masak kicap dengan cendawan memang tersangat awesome. Nak2 kena yang tersangat empuk, sedar2 tulangnya aje terkeluar dari mulut, kankankan??


AMELIA
Dah sedia dgn helmet? If so, pls wait atas Bukit Serene for the hujan kari, ekekeke.. Anyway, I boleh simpan barang sampai bertahun2 tapi I tak suka barang antik. How like that?


AIDA
Kejutan? kahkahkah.. Tulah padahnya kalau ada 2 esbok, satu yang selalu dibukak dan satu lagi nyimpan barang ala2 antik. Pendek kata macam2 ada :-)


JUNE
Kalau you ada sorok samting of the same genre (ahaks), jom kita berbesan suka sama suka?? har har har...