Thursday, 14 March 2013

Almaklum dah tua ...

Entri sebelum nih I dah uar2kan akan kemajlis kawin yang sepatutnya berlangsung pada malam nilah, kaaan?  harharhar *gelak sambil tarik telinga sendiri*.

Ndja dapat jemputan juga tapi dia belum tengok kadnya lagi sebab kad jemputannya diberi pada I. Dengan penuh keyakinan I beritau dia 'majlis kawin hari Kamis'. Komennya "hari Kamis ni ke? bukan weekend?".

So siadik yang bijaksana memandai menambah fakta "yalah .. diorang kan orang Johor.. kot nak ikut cara dulu2". Gitu kekdahnya...

Bila tanya Ndja "nak pergi tak?" ... "insyallah nanti I pikir2kan" jawabnya tenang. I pulak yang tak sabar sebab kita patut rsvp a.s.a.p by 14/3 (perbualan berlaku 2 hari lepas). I perlu tau kalau dia jadi atau tak jadi pergi sebab I boleh buat plan A, plan A1, plan B dan seterusnya ..hehe..

Kenapa I nak bersaing dengannya walhal I ada TB untuk bergantong harap, kankankan? Tulah tu, disebabkan TB kerja malam maka I terpaksa bergantong harap pada orang lain, huwaaa...

Ndja masih tak beri jawapan sedangkan I dah resah gelisah sebab masih lum rsvp lagi. Apa pun terjadi, I dah nekad kalau jadi pergi, I akan pakai baju yang sedia ada dan pakailah kasut yang selalu I seret keMydin, harhar... pathetic bunyinya ek??

But my utmost concern is how am I going to the wedding at PutJaya alone. Nak drive sensorang kesana tak reti + takut, lagi pun langkah I jadi pendek sejak T 'pinjam' my car for good. Nak tumpang jiran terasa malulah pulak. So now camana??

Dah ngaku bijaksana awal tadi, kan? maka perlulah tunjuk bukti, heheh.. Petang semalam I smslah jiran sorang tu tanya dia pergi tak kemajlis kawin tu? Dia fone I, blablabla... katanya K (anjer dia) tak dapat pergi sebab K akan keluar negara  (I dah mula hairan) dan katanya sorang jiran lagi tak dapat pergi sebab 23hb tu dah mula cuti sekolah (lagilah hairan bt ajaib) ...

Ooooops!!!! 23hb???? YaAllaaaaah ...... *mengucap panjang kita masa tu wak* .. TCTLSShort, I bersama jiran tu sure had a good laugh. I kata kat dia "tengoklah orang pergi sekolah jadi macam nih", harharharuuuuu (mmg betul2 haru).

Cepat2 I layangkan sms kat Ndja ..
Nak tau alkisah mak andeh tak? B4 that I must admit that I am a super duper mak nenek for having overlooked smthing so important. Majlis kawin tu is on 23/3 bukan besok, kahkahkah. RSVPnya esok 14/3, kehkehkeh. Mohon mahap.

Ndja: kahkahkah...Joke of da week. Bukan je mak nenek tapi mak pada mak nenek. Melampau..

Kuahkuahkuah *gelak muka merah* nasib baik I tanya wife K tadi. Dialah yg menyedarkan diri nih dari trus jadi mak andeh moden *pap dahi sendiri*.

Maka dengan 'tertundanya' majlis kawin tu, sempatlah I buat or cari baju yang agak gah (in advance untuk hari raya juga, ok tak?) dan sempatlah juga cari kasut barruu. Baru tadi tau satu jenama kasut Fitflop. Nampak cam best aje *wink*.

Sukacita dimaklumkan pada 23/3 nanti TB kerja pagi maka bolehlah kita beroolaalaa dengan jayanya ke PutJaya. Insyaallah.

Now kita nak show off 2 dari 3 lauk yang dimasak semalam. Minggu lepas beli labu 1/2 biji. Niat nak buat scones/buns tup2 jadi sayur masak lemak. Gitulah kekdahnya bila minda bercelaru.

Lemak labu (+daun kunyit, lada hitam etc)

ikan tenggiri bersambal dimasak guna api kecik
Lauk nih menjadi kegilaan TB dan isteri rupawan kedut2 beliau, hehe..

Caranya: Ikan dilumur dengan campuran cili boh, garam, kunyit serbuk, blended bawang merah&putih, secubit gula dan kicap manis. Kalau nak sambalnya banyak, lebihkan cili boh dan blended bawang merah/putih. Pastikan minyak betul2 panas baru masukkan ikan n rencah sekali gus. Lepas seminit ikan digoreng, kecikkan api dan all the way balik2kan ikan supaya rencahnya tak hangus dan benar2 masak.

Hari nih, rezekinya masih tak pasti lagi. Dalam crisper dah takde sayur2an lagi tapi takat daging, ikan dan ayam masih gah membeku dalam freezer (tapi minda nih tetap buntu nak masak apa). Hmmm...

Sekian dari empunya cerita ...
.

16 comments:

Anonymous said...

First!?

Ahkak

Anonymous said...

Assalamualaikum CS

Dalam dirimu memang ada bakat nenek tua dan pelupa..harharhar

nak resepi ikan tenggiri lumur segala benda tu bolehhhhhhh

Ahkak

Ibu n Abah said...

Hahahahaha
Ada saing kat sini

Salam kenal ahkak
Dari
Akak

CS said...

AHKAK (wkumsalam)
You nih dah macam bithkut chipsmore. Kemana menghilangkan diri?

Yezzz...bakat nenek tua dan pelupa sedang berkembang maju, har3. Anyway, you nak resipi ikan tenggiri tu? Insyaallah I akan tulis resipinya kat bawah gambar ikan tu.


AKAK
You nak bersaing dgn Ahkak ke? Nanti I siapkan gelanggangnya. You nak glove rona hijau atau rona kuning?

bintangjauh said...

Salam CS,

ter...senyum malu-malu kucing nan manja jadinya Ratna tatkala membaca dari empunya cerita... awesome !

gambaran masak lemak labu tampak begitu halus sesungguhnya lagi-lagi kuah kelapa yang berwarna kuning nan lembut begitu menyelerakan dan ikan tenggiri bersambal itu tidak lah lumrah dari pengetahuan Ratna dengan cara memasaknya begitu berlainan dari yang Ratna ngerti... gimana pun cara memasak dengan api nan lembut boleh menghasilkan gorengan ikan tenggiri yang terkenal dengan manisnya bertambah sejati manisnya, akan Ratna cubai nanti... terimaKasih dengan selingan resepi bahan bumbunya sambal si-ikan tenggiri yang yummy (karena berkicap manis yang Ratna adore sekali !.

Kus semangat... nanti-nanti sepetang hari nan nyaman bermentari gemilang setengah terik panasnya yang berangin sepoi-sepoi bahasa lembutnya, apakata CS jemput jiran yang telah menyelamatkan keadaan alkisah "kenduri kawin itu" berminum petang dengan hamparan kuih-muih&minuman thé/café dari empunya airtangan CS...

p/s: Logo baru?

Art Lover said...

Asmlkm CS..
Har3, nak tergelak la tu..
I kann lagi la pulak, nak pergi kenduri kat kuala pilah, bila sampai kat Nilai, nak chek la kad kawin tu.. tut tut tengok hr bulan the following day kendurinya. Alahai, siap berbaju nak lawa lagi.

azieazah said...

Elehhh baru muda camtu dah kata tua. Setakat lupa tarikh tu perkara kecik jer tuh. Hahahaha!

Masak Labu?
SOM, U pernah cuba tak masak Lemak Labu tu campur dengan jagung manis (jangan la masuk setongkol pulak). Cuba la. Sedap dan enak youuuuu!

Flitflop? Kalu yang original mahu RM200++ tauu. I tingin gak nak beli sepasang, sebab kasut tu memang selesa giler... tunggu la mampu dulu. hehe

Anonymous said...

Sebab Cik Som belum jawab komen azieazah tu, saya citer kisah saya pasal pergi wedding.

Wedding berlangsung ditempat yang sama di Dewan Ampang Hilir tepi tasik lombong tu. Saya adalah dipihak keluarga pengantin lelaki, 10hb Mac 2013. Tapi Sabtu 9hb Mac, lepas si bongsu habis training rugby terus gesa dia cepat bersiap nak pergi wedding. Sampai kat situ, heran sebab pasal apa tema warna biru BN. Sebab dah tahu pengantin lelaki warna tema ialah merah UMNO . Dan masa tu nampak pengantin perempuan sedang bersiap tunggu pengantin lelaki. Tapi saya masih tak perasan silap tarikh lagi, toya pulak tanya kat reception pengantin lelaki sebelah mana. Pastu dorang cakap pengantin lelaki belum sampai. huh!Confirmed aku silap tarikh ni. Dah la hari hujan lebat. Suami pergi semula check kad jemputan, huh confirmed. Dia ajak masuk keta.Pastu saya teringat nak tipon adik ipar saya, saya tak cakap saya dah sampai, cuma dorang cakap dah sampai parking.Pengantin lelaki di sambut, kami sekeluarga Lepas tu buat muka toya ja join rombongan pengantin lelaki. Nasib baik pengantin lelaki sepupu, kena kenalan jauh, mahu sorok muka kat mana agaknya. Tapi bagusnya kali kami sekeluarga makanlah di VIP section, makan pun berhidang dan berlayan. Blessing! isn't?
Jadi moral of the story, baca dan kajilah setiap kad jemputan. Benda ni bukan terjadi pada Cik Som sorang.

Azieazah, kat pasar malam Perlis/Padang Besaq banyak flitflop tiruan. Kat kaki orang tak check tiruan atau ori. Tapi saya tak pakai selipar gini, saya pakai kasut/boot. Dah biasa gini.

Hai Akak, boleh bno saing

Ahkak

Yong Kamariah said...

Dear CS,

Hermmmm awalnya nak jadik nenek ni! LOL...saya pun selalu jadi gitu kak oi!
Btw, dlm freezer kita ada ikan, daging dah marinated black pepper, sotong n macam2 yg tak termasakkan nampak gayanya tu, tak tau apa jadik nak tinggalkan umah 2 minggu lebih nih, harap2 bapak bebudak ni pandai2lah masak kt anak2 dia nanti huhu

Cik Lina said...

cik nan pon sama laa mcm cik som.. dr 2 minggu lepas dok canang nk pi house warming jiran... dia yg dpt msg jemputan tu tp wa baca juga... imagine dia siman date tu dlm kepala sampaikan plan menebas pun dia cancel.. bila tiba harinya, wa tanya, cuba check dulu tarikh.. sekali minggu depan daaaa menggelupur dia carik kaki menebas tp semua tak free... nak padankan muka pun tak sampai ati... tp tetap gelak evil... wakakaka...

Queenie said...

har3...
har3...

apa la besan aku ni har3...
tu lom jadik lagi tu har3...
kalau dah jadi, 2 kali tambah tua nya sebab I pun sama...nyaris merajuk sebab org jemput makan kenduri hari Selasa, I ckp hari sekolah mana la I boleh datang? rupa2nya Selasa hari tak sekolah... pelik gak ek? kenduri hari selasa...

ala...selalu sgt i masuk sini time2 dah gawat...nak kena masak lagi dah ni...ptg nak hantar, majlis lepas maghrib...

m.u.l.a.n said...

lemak labu & masak sambal (apa2 hewan lah) memang sangat ohsem...!!! bagai pinang dibelah dua.. macam u gn laling u tu laaa..

CS said...

RATNA
Sekali sekala you kena juga senyum kambing, hehe.. Lemak labu tu dimasak cara pintas sbb guna santan dlm kotak aje, hehe.. (sebelum api ditutup I campurkan sikit tepung biar alunan kuah nampak pekat2 manja). Ikan goreng berlada tu adalah cara my Mak masak tapi dia selalu guna ikan selar digoreng sekor2. TQ diatas cadangan Ratna sebagai tanda 'terima kasih' pada jiran tu. Akan beri padanya kek raisins, insyaallah *wink* (resipi dari ChezRatna).

P/S: Yaaa, logo baru kononnya tu, class tak? hehe..



ARTLOVER
Sesungguhnya kes yg you alami lagi haruuuu... Maka terpaksalah you kerestoran JM Beriani aje ye? Wasted aje gosok baju n pakai lipstick ek? hehe..

CS said...

AZIE
Alhamdulillah you tetap ingat I 'muda' lagi, amin :-) Akan dicuba masak labu campur jagung manis. Kalau bubuh setongkol2 berdosa ke? ahaks...
Psst..pasal Fitflop tu, I memang dah ketinggalan zaman sbb baru tau akan kewujudannya. Azie, harganya baru RM200 aje. Jom kita pecahkan tabung jom?? I ada tabung KFC barrel yg dah berat taw.



AHKAK
W'pun tersilap hb, you masih bukan dari golongan 'lebai malang' sebab masih tetap dpt makan dgn sedapnya, duduk kat VIP section lagi. Walla!

CS said...

YONG
Ekceli dah lama I jadi 'nenek' tapi I tak rela dgn panggilan itew so I guna 'wan' aje. Diorang 'cucu by marriage' tapi kalau cucu sendiri bolehlah panggil I 'tok ang-ang', auwww... barulah rela kekdahnya. BTW, baru perasan akan keberangkatan Yong 'kesana'. Semoga selamat dan dipermudahkan. As for barang basah dlm freezer you tu, insyaallah they will remain in tact, hehe..



CIK LINA
Sah, fenomena lupa bukan untuk orang berumur aje. Cik Nan dah buktikannya, heheh I sker.. (maka I masih boleh claim muda, yeehaa). Gelak evil kat suami berdosa taw. Dah mintak mahap lum? *gurau evil gak nih*.

CS said...

QJ
You kasi sekelepuk 4 das 'har3' kat I? huwaaa.... Kesian besan you yg sorang nih taw. Niway, takpe.. janji you poslaju lauk lunch hari nih. Kita nak banyak2, janji taw..



MULAN
Soklan cepumas .. mana you tau me n my laling cam pinang dibelah dua? Pinang tu kecik jer tapi boleh tak macam labu dibelah dua?? Gah sket, hehe ..