Sunday, 24 March 2013

Nostalgia sipokok bouganvilla ...

Hari Ahad adalah hari golek2 yawn yawn manja ...  Kalau ada sesiapa yang tak berpeluang buat cenggitu bermakna you masih tak rugi apa2 sebab masih berpeluang mengumpul pahala sebanyak mungkin. Pasti semua arif akan sebab musababnya. No need huraian..

Al-kisah ...
Pagi nih I perasan ada seseorang terbaca entry lepas dd 29/1/2010. Curiousity kills the cat kekdahnya, I pun 'klik'.

Somehow bila baca semula entri dan komen yang lama2 tu, terasa hepi semacam pulak. Rasa rindu pada mereka yang tetiba hilang ntah kemana akan disemat molek dan ketat dihati. Sesungguhnya segala2 kat dunia bersifat sementara.

Macam betul aje 29/1/2010 ...


Nostalgia
Arca/grille bentuk empat segi, kat depan tulah pokok bunga kertas warna jambu air @ bouganvilla  berbunga lebat. Berdekad2 kemudian segalanya bertukar wajah.

Duri pokok bunga kertas memang tajam. Tulah senjata yang Mak guna untuk menyucuk cagu yang dah 'masak'. Tak paham kenapa budak kecik dapat cagu juga. Mak macam tau2 aje bila cagu tu dah 'masak ranum' dan I pun macam tau2 aje akan the moments of truth dah tiba ..

Mak teriak ...
1x = senyap
2x = yaa... (sembunyik belakang pintu)
3x = yaa tak bertitik (masih sembunyik)
Mak kira pelan2 saaaatuu, duuuuua, tiiiigaaaa...

Takat cebik2 aje tapi taklah meraung. Bila Mak guna duri cucuk kat kulit sikit, nanah terus meleleh dan Mak picit tepi jari pelan2 biar nanah keluar takde baki tertinggal. Kalau nanah tak habis keluar, sakitnya lambat hilang. Kadang2 boleh bawak maut juga, hehe..

Sebenarnya hari nih terasa bosan sikit. Nasib baik bosan sikit aje tak tahap meroyan. OKlah, nak hiburkan hati dengan krup krap siInang2 ...


Kalau I buat biznes Inang2 nih mesti boleh jadi kaya. Tu dia kawan2, belum apa2 lagi dah pikir nak kaya jer tapi kan bagus kalau semua orang Islam bercita2 jadi entrepreneur dan seterusnya jadi kaya raya memberi munafaat pada ugama, bangsa dan negara?

Ehem ...
.

7 comments:

azieazah said...

Salam SOM.
Hmmm rekabentuk rumh tu sebijik sama macam rumah abang sulong I. Sama youuu... cuma hias laman tak sama ler.

Dah lama tak merasa makan Inang-Inang ni. dulu pegi Melaka sekejap ada ler borong kopok ni.

Sebenarnya, I tak berapa gemar, sebab tawar. Kena spray garam halus baru ok sket.

Hari Ahad I, tak pernah lagi boring. Padat sentiasa!

Cik Lina said...

cik som, tadi kakak jual pokok kat pasar tani MAEPS hantar pokok termasuk LAPAN beg bougainvilla.. yeayyy.. berseri2 villa wa nnt... ahakss..

btw, cagu tu penyakit kuku cekam kulit, kan? mmg jadik nanah kah? aritu, ibu jari kaki sakit kena cekam kuku.. tp berjaya dipotong kuku itu sebelum membengkak... mmg dah menyucuk... aiyooo... can samwan explen cemana dat particular bahagian kuku can cucuk kulit?

Anonymous said...

Jual inang inang online pun ok gak. rumah saya tak ada pokok bungalow kertas. tak suka sebenarnya. tapi ada pokok camelia yang pernah berhung a sekali je.

ahkak

Anonymous said...

Menciknya kalau komen guna iPad ni

ahkak

Haliza Ghazalli said...

Was it ur old home...cantik n tersergah!
So much true!...kenapa bangsa kita tak ramai yg menjadi terkenal n berjaya....n...SEPAKAT!
Kalau ada pun tak byk...tapi syabas!

CS said...

AZIE (wkumsalam)
Rumah tu rumah kerajaan. Duduk situ masa umur 4-6 thn. Lepas berdekad2 baru peluang ziarah tempat tu sajalah untuk mengimbau kenangan lama.
My sista pesan belikan Inang2 masa I ke Melaka dulu. Since dah lama tak makan, I beli sepeket. Kalau nak makan Inang2 manis, alur2kan dgn gula icing (dicampur dulu dgn sikit air). Dapatlah Inang2 yg lemak manis. Hari Ahad boring sbb TB kerja (takde kawan nak yalan2 cali makan).



CIK LINA
Wa pun dapat bayangkan betapa berseri2nya your villa nanti. Jeles nih! Pasar tani MAEPS ada tak jual pokok buah2an yg dah diTUT? Pls bitau, mekasih.
Cagu terjadi bila kuku yang diketip atau digunting tak mengikut piawaian medi/pedi profesional, ahaks. B

CS said...

AHKAK
Ekekeke... nasib baik I paham maksud 'bungalow' atau 'berhunga'. Guna iPad kena banyak praktis wpun ianya user friendly (ya ke friendly?). Tu sebabnya I tak kuasa guna yg canggih2 tapi nampaknya terpaksa mengalah sbb my present hp tengah nazak debaboom!


HALIZA
It was rumah gomen, stayed there when I was a toddler. Its facade n sekitar rumah mmg berbeza dari dulu. BTW, bangsa kita selain suka berdengki, ramai yang tamak haloba. Yeslah, why not kita sepakat dan bermuafakat all for a good cause, kan?