Wednesday, 20 March 2013

takat nih takde tajuk thethuai ..

Cuti hujung minggu TB jarang jatuh pada hari Sabtu/Ahad yang lazim berlaku pada kebanyakan orang bekerja. Cuti hujung minggunya selalu bertukar2.. Selasa-Rabu, Rabu-Kamis, Kamis-Jumaat dan seterusnya. Bukan tu aje, waktu bekerja pun bertukar pagi, petang atau malam.

Dah bertukar2 hari dan waktu kerja cenggitu, siapalah agaknya yang terlebih keliru? pastilah memnya wpun fenomena kerja 'tak tentu masa' dah jadi darah dagingnya. Maka untuk menjaga kestabilan dan keharmonian rumahtangga, TB bawak balik satu salinan waktu kerja untuk setahun sekali gus. Tu dia!


Mudah kekdahnya tak payah tanya apa2 lagi bebila terkeliru tapi boleh percaya ke yang I memang tak akan keliru??  Sah selalu benar keliru sebab tersilap kira, hehe.. Ada satu hari tu dah siap sediakan dinner bagai dan buatkan bekal sekali tapi dia relax aje. Bila tau dia tak kerja, tersembur "nape tak cakaap?" (semburan gumbira bukan marah).

Nota: Niatnya nak berkongsi baik buruknya bila suami bekerja tak tentu masa tapi tak perlulah ehh?.

Isnin: sedang asyik berkarya TB ajak keluar. Agak malas nak keluar sebab masih ada kerja nak dibuat so jawabnya "insyaallahhhh" (tune MaherZain lagi).  I disuruh bersiap dulu sebab I bersiap lambat, hehe.. namun tetap make dono almaklum jus kreatip sedang hebat meleleh2, mana boleh berhenti mengejut gitu, naik sawan kang!

Bila bunyi shower kat bilik air atas mencurah2, barulah I bergerak. Orang masih lagi bermandian dengan senang hati rupanya dia dah siap. Alhamdulillah moodnya gemilang bersabar tunggu mem solat dulu, bersiap berdandan dan sempat juga menyidai satu load basuhan.

Sebelum keluar rumah rujuk internet untuk dapatkan alamat pej.tanah. I dah bitau TB pejabat tu dah pindah tapi tak pasti kat mana. Oleh kerana diinternet masih tunjuk alamat diSJ maka kesitulah ditujunya nanti.

TB sensorang kepejabat tanah dan memnya cuci mata sambil menerai kasut. Bila dah berkenan dihati saiznya pulak kehabisan stok. Siapa yang jaa-at beli saiz I tu? Belum sempat meneroka women's section TB telepon bernada hampa "diorang dah pindah kat SgBuluh"..

Nota: Kenapa informasi berkenaan Pej. Tanah Selangor dalam internet tidak dikemas kini? Siapa yang tak buat kerja nih??

Almost 3pm. Ferut fun dah lafar ... TB ajak makan ayam (tapi lupa nama restoran) so I sajalah tunjuk bakat know-it-all akan nama2 'restoran ayam' kat situ. I sebut 4 nama tapi dia pilih tempat yang I least teringin (dah orang nak belanja ada ati memilih2 lagi, ish3..).

Mine
I pulak pada mulanya kurang teringin tapi tetaplah pinggannya licin, ngehehehh...


Lunch disudahi dengan 2 scoop aiskrim vanilla. TB suap I, I suap dia.. bergilir2 gitu, haha.. *BBPJ  =bacabolehpercayajangan*... namun I tak paham kenapalah coleslaw tu dihiris kasar. Bagian tengah kobis yang keras tu selamba aje dicampur gedabak2 cenggitu. "Can I see your manager please?" (cewah, rasa nak mengadu aje).

Sebelum balik jengah kekedai jual baju kurung. Takde yang berkenan (fakta harga, corak & warna) tapi bila tengok satu baju yang disarungkan pada mannequin, terus teruja! Hati berbunga2 masa masuk dalam fitting room siap bitau penjual "awak jangan intai saya tau, hehe" .. lalu dijawabnya "heh3 luculah puan".

Mengenakan bagian kainnya dulu...urrgh..urrgh.. terdapat kepayahan semasa menarik zipnya namun berjaya juga akhirnya yahoooo janggelikahe but OMG, kenapa pantulan pada cermin menyerupai sebiji nangka bulat kena balut ketat2? I tak paham.

Cermin dari twilight zone kah itew? *bangkit 1000 sesalan*.

Peristiwa ngeri dalam fitting room semalam tu tetap jadi sejarah manis wpun pada hakikatnya perit dan pahit untuk ditelan. S.O.S Her-ba-laif? KakTon? Nee-lo-faaa??

Sedihlahh. Kasut tak dapat, baju pun tak dapat. Kalau kenal B.Chandran kan beshhhh???
,

6 comments:

Ibu n Abah said...

Hihihihi
Perumpamaan u dlm fitting room tu i pernah kena..
Menghiris qolbu kan?
Kat mannequin muat..
Kat kiter .. Awatnya tak muat?

Haliza Ghazalli said...

Assalam CS
Hahaha....tergelak besor! Peristiwa dlm fitting room amat menggelikan hati but it happen to me all the time!
Susah2....sgt...pegi kat Jln TAR...get yourself some material...tempah baju!!

Computer I ni mcm chipsmore....kejap boleh....kejap tak boleh!

bintangjauh said...

Salam CS,

Ratna tidak kenal B Chandran namun kenal sesangat Memnya... terkenang daku Assunta girls-School PJ !

Ratna juga begitu, semasa ditanahairtanahtumpahdarahku mencuba sehelai sarongan kainnya batik kasar saiz-S terus senang dipakai namun pabila sudah disini Peranchis kok ketat menyendat sampai tidak boleh di-zip, oo là là là.. !

Gimana pun, percaya dengan alkisah suap menyuap itu karena ternyata jelas...?

Sampai nanti.. salam mesra semanis madu.

Anonymous said...

Baju kurung bling-bling boleh beli kat SP, banyak boutique.

Kasut pun masih sempat lagi rembat kat Jln TAR, pergi pagi-pagi Jumaat. Pilih n bayar duit.

jangan nyesal sebab tak ada baju dan kasut bling-blin. nanti tak jadi ikan gelama, jadi ikan mata beso pulak.

Ahkak

CS said...

AKAK
Kita berfikiran positif ajelah bahawasanya takde cacat celanya pada kita2 nih tapi diorang yang silap potong baju dan buat shape mannequin tak ikut piawaian. Boleh gitu? :-)


LEEZA (wkumsalam)
Material untuk dibuat baju ada selambak dlm simpanan (hasil pemberian SIL n sisters tapi masih tak terhantar ketailor). Beli yg dah siap lagi bagus tapi tulaa, ada aje yg tak kena.
P/s: Geram bila lappy buat hal, kan? Dugaan...

CS said...

RATNA (wkumsalam)
Datin B.Chandran sekolah diAssunta juga ya? Anak2nya ramai tapi tetap maintain shape sebagai model. Sekarang ni you dah bersize M ke? OKlaa tu masih belum L. Bab suap menyuap eskrim tu tak benar sama sekali. Bergurau dialam maya kekdahnya :-)


AHKAK
Sebenarnya I tak gemar yg berbling2 sbb I malu bila nampak glemer; lagi pun kalau dah berbling2 harganya mahal (melalak meraung kang wallet I). I nak something very simple pun susah nak dapat, sigh.. Tapi takat nak kemajlis kawin I terpaksa jelajah KL, keJln TAR plak tu, tolonnng... tolonnng...