Sebelum pergi ke bazar, sempat juga buat lempeng pisang yg lazat ni, hehe. Satu adunan dibakar sekali gus, jimat gas, masa dan tenaga. Nah kau! lebar betul lempeng pisang kita, kan?
2 Ramadhan:
6 ptg pergi bazar Ramadhan dgn D. Tiba sana aje hari hujan maka terpaksalah berpayong. Bazar kali ni tak serupa tahun lepas. Tahun ni tak banyak gerai yg jual kueh mueh. Gerai2 fevret dah takde. Gerai ayam percik pun tak kelihatan. Mana depa pergi? Depa berjaja Birmingham sana ka? Kahkahkah, ya kot?
Oleh kerana dah set minda tak nak masak maka terpaksalah beli juadah untuk bersahur sekali. D beli nasi kerabu, nasi dagang dan 2 jenis air. Dua jenis nasi? Takpelah kesian sebab tak sahur punya pasal. Emaknya beli laksam dan chee kang. Untuk sahur beli sup tulang dan ikan percik.
Semua makanan yg dibeli boleh tahan sedap tapi laksam sangat mengecewakan (beli dari gerai lain). Laksam kat restoran Hassan juga the best. Macamana makanan nak laku kalau tak sedap? Esok lusa orang akan tau dan ingat sekian2 stall jual ni, jual itu tak sedap.
Dah berkira2 nak ke bazar lain pulak dgn T. Kat situ mesti jumpa selebriti tapi kalau jumpa pun, kita pretend as if tak nampak apa2 dan siapa2. Ego ke tu? Haha, sedar2 keluarkan handphone ambik gambar curik2 dari celah2 gerai ayam percik. Camana kalau terserempak dengan MAWI? :-) x 10!
3 Ramadhan
Masak lemak sawi batang putih, ikan merah bersambal, telor ikan bertepung dan sotong kicap dlm tin. Takde dessert.
4 Ramadhan
Masak mee hailam dan sup ayam makaroni. Sup ekor ikan, daging goreng kunyit dan ayam goreng. Takde sayor takde dessert.
Puasa kedua baru mula bertadarus.. Tengah merangkak2 dalam surah AlBakarah lagi..
4 comments:
alamak..tetiba teringin nak mkn goreng pisang.. tp sini tkde jual tepung goreng adabi la ciksom... kalo tepung buat sendiri tu tak beshh..
Cibil, wa tak pernah beli tepung Adabi untuk goreng pisang. Wa buat sendiri jer; tepung beras bubuh garam, kapur & kunyit sket.
hoh yeke ciksom.. jadi rangup mcm tepung adabi tak? slalu kalo buat sendiri mesti pisang tu berminyak smpai boleh perah.. hihi!
Yaa.. tapi jgn expect tepung tu bersakar pulak eh? Rangup tetap rangup, consistency of the batter nak kena betul. Kapur pulak, takleh guna kapur blekbod atau kapur barus ya? (harharhar... ketawa keji nih) Guna kapur sireh sikit jer. Slmt mencuba.
Post a Comment