Friday, 19 September 2008

Kuih raya ...

Suka tart nenas jenis ni tapi kurang suka bentuk nenas atau sardin roll. Suka bentuk bulat2 kecik macam buah apple yg guna cengkih dijadikan tangkai (tak senonoh, petang2 cam ni lupa nama rempah samada cengkih atau ?). 1st time makan jenis apple hasil tangan Mak Endek dan Makcik Jamilah masa kecik2 dulu di Singapura, teruja habis. Bak selalu suruh Chik buat untuknya bentuk sardin roll. Obviously Bak is a man of great vision, hehe. Kalaulah dia tau sekarang ada tart nenas ala sardin roll, mesti dia suka.


Mula suka kek ni sejak sunti lagi sebab kek kukus Kak Munah was the best! Pastu tak disangka2 MIL pun terer buat kek ni tapi tak puas relish on it, MIL pulak pergi buat selama2nya. Nak buat sendiri? Yes, Long buat setiap tahun tapi bukan jenis kukus. Kukus dan bakar tak sama rasa. Bought 2 of this untuk diagih2kan pada die-hard-fans kek buah kukus.

Tepung gomak dan gegetas. Favorite kuih Ramadhan kali ni untuk MOTHs, D & T. Kalaulah keempat2 ni punyai makanan favorite yg sama, kan senang? Satu lagi kueh dalam kategori favorite ialah putu piring. Kalau D&T yg beli, diorang akan skip kelapa parut dan minta extra gula melaka.

Hari ni terima satu lagi kad raya, jumlah menjadi 3. Yes, TIGA aje. Kad diterima dari
1. Yatie Brunei ex KBR
2. Abg Mat & Ngah
3. Datin S (guna sampul surat 'Urusan Seri Paduka Baginda' .. Pada mulanya cuak juga
4. 1 ucapan raya on-line

7 comments:

Mas Rahim said...

kak, akak di tag..sila buat ek hehhee

Dentist and Me said...

dah nak raya cik Kiah ? ? ?

Anonymous said...

5. Selamat Hari Raya ciksom...

ucapan yang ke-5 nih..hihi

Anonymous said...

Mas.. nak buat subuh tadi but once I masuk your blog, my loptop padam 2x. The 3rd one I sempat copy n paste kat notebook. Dah siap jawab soalan, nak post pulak tak boleh as its Autosave isnt working. Mulalah nak buang jer laptop nih.. (sambil usap2 semula laptop ni memujuk).

Mr Dentease .. ni rumah cikSOM. Lupa ke?

Cibil.. yeayy..dapat 5 dah, tq. Selamat hari raya to you too. Maaf zahir batin

Anonymous said...

CS
Patutlah Datin S mintak alamat. Sibbaik beritau, taklah terkozut nanti.

Dicken said...

I baru dapat dua. Duaaa .. dah nak raya dah niii .. camana nih?

Anonymous said...

CL, gaknya adek kesayangan Datin S dapat tak kad raya yg kita dapat?

Dicken, kesiannya youuuu .. 10 hari lagi, masih sempat dapat at least 4? haha..