Wednesday, 24 September 2008

Before raya ...



Gambar ni disnap semasa I tak reti fokus guna hp cap ayam maka berbelak2lah ia. Nak guna scanner lagilah tak reti namun lepas raya insyaallah bakat akan diserlahkan.

Mak being the mem besar diwajibkan duduk kat tengah, 2 gegerl tuu .. yg tinggi mestilah kakak dan yg cute tak cute tu no doubt adeknya. Boboi kenit tu anak koret sementara 2 lagi tu bujang sunti Mak.

Actual pic was taken at the Chau Wah Photo Studio, JB. What year?? (heheh..lupa konon). Gambar untuk dikirimkan pada Long yg sedang belajar kat negara kangaroo melompat2.

Dulu, bila seminggu lagi nak raya, 2 bujang dan 2 dara sunti tu masing2 dah dapat tugasan. Tugasan yg paling boring ialah menggosok dulang2 tembaga, paha pengantin and what have you yang berbentuk tembaga.

Tak paham why we, the poor souls had to do it walhal takde kena mengena dengan raya pun. Bukannya guna tembaga nak hidang juadah atau kuih2 pun. Seingat kitorang, benda2 tembaga tu selalunya Mak beri pinjam kat kawan2 bila anak2 diorang kawin. Apsal kita pulak yg kena bersihkan?? Memberontak nih.. (ekceli setan suka hide kat tembaga tau).

Namun kitorang baik tau.. tetap menggosok dan mengelap tembaga2 tu penuh rasa tanggungjawab, berlumba2 siapa boleh lap paling kilat, dan paling penting berlumba2 siapa habis cepat. Kita tak guna asam jawa sebagai bahan pengilat (kunolah cam nih) tapi kita guna Brasso yang baunya menusuk kalbu ...

Tugasan kedua ialah kopek kulit kacang. Kacang ni nanti digoreng dengan bawang putih. Sebelum kacang dikopek kita boleh gambarkan tin Milo atau botol Horlicks dipenuhi dek kacang2 goreng nih. Werld tak werld tu?? Hasil tangan kitorang tu .. waah.. bangganya rasa!

Al-kisah terjadi satu mala petaka semasa Chik nak menuangkan air panas kedalam besen yg dipenuhi kacang (kacang perlu direndam dgn air panas dulu supaya kulitnya kembang senang dikupas). You all tau tak fakta penting nih? Tak ehh? Oh well..

Kami berempat (minus sikoret) duduk keliling besen kacang, and as Chik poured the hot water into the basin, dengan tak semena2 tangan gatal ni capai senduk lalu menahan air yg dicurah oleh Chik tadi .. MAKA .. air panas tu terus jer mengalir ke peha kita.

Sakit tak sakit tu? Mau tak sakit you .. peha yg comel tu melecur tau (ekceli not the whole pehalah khan? Sikit aje pun tapi dah kena air panas .. tetap sakit!). Kecuaian cam tu tak boleh diketahui oleh Bak, ever! If not hari raya akan jadi hari biasa .. nak ke? Taknaak..taknaak..

Tugasan ketiga menggentel dough atau tepung yg dah diuli. Mak akan buat dough dibagi2 empat. Kitorang dapat satu sorang dough yg direndam dalam besen. It was an easy job, so much so we could fall asleep. Mak kata "jangan diramas2 tepung tu, gosok pelan2 aje". Dalam keadaan kita berpuasa, bila tangan digoyang pelan2 cam tu, tak ke menimbulkan rasa ngantuk? It was as if kita didodoi dalam buaian aje...ZzZzzzz....

Bila fokus Mak dah kelain benda dan tepung pun dah jadi semakin nipis, kitorang apa lagilah, terus aje meramas lebihan tepung tu tanpa rasa bersalah ..yeayy.. mission accomplished! Boleh terus golek2 tengok tivi ...

Dari gosokan tangan ke tepung yg terendam tu maka terhasillah 'getah' aka gluten. Gluten ni dibuang aje sebenarnya tapi kitorang sempat buat mainan. Teksturnya serupa play dough, see.. dulu lagi kitorang dah main dgn play dough, terer kan?

Nota: Orang Cina jadikan gluten ni sebagai vegetarian diet.

Air tepung tu pulak akan dijadikan base buat manisan Halwa Maskat. Mengacaunya pun jadi tugasan kitorang juga tapi bila adunan dah pekat likat, kerja tu diambik aleh Mak, Chik, Bak dan abang2. Apa taknya, to make a good halwa, it has to be kacau-ed for at least 4 hours non-stop.

.. dan tugasan lain merangkumi bersihkan parit, basuh bilik air, basuh kolah, sapu keliling rumah, ikut Mak pergi pasar, ikut Mak ambik kueh raya dan main munger api except mercun. I couldn't bear the sound of letupan and the sound of dentuman... (fobianya sampai sekarang).

Apa citer pasal peha yg melecur tadi tu?? Melecur, melecur juga tapi semangat beraya tetap diteruskan sementelah dah berjanji padat dengan kawan2. Masih ingat rona gown yg dipakai masa tu .. pinkish and renda2 putih ...

Ahhhhhhhhhhhhhhh ......... sedihlaaah pulak :-(

No comments: