Tuesday, 2 September 2008

1st Ramadhan = 1st September


Hehe, hadiah besday .. lewat 2 bulan.

Hari pertama puasa. Cabarannya bukan kerana lapar atau dahaga tapi NAK MASAK APA untuk selera yg berapa kerat tu. Apapun berlaku, setiap tiba waktu berbuka, mesti ada aje yg tersaji. Insyaallah Allah permudahkan usaha.

Camana pulak dgn dugaan lain? Ya Allah, memanglah weh. 1st day puasa aje dah berbagai2 yg menanti tapi SABAR ajelah namun untuk bersabar kadang2 memenatkan minda, jiwa dan badan. Persevere .. just persevere..

Tarik nafas dari hidung kira dlm ati 123456, hold 123456, lepas pelan2 ikut mulut 123456.. Buatlah beberapa kali (jgn lupa baca Bismillah). Nilah yg diajar oleh kakak untuk tenangkan jiwa yg layar lara (ada lagi cara2 lain.., mcm2 ada).

Hari ni masak gulai ayam Halaljadah (authentic bunyinya kan?) dan buncis goreng bubuh telor. Just like cara Mak masak. Tunggu goreng ikan aje. MOTH berbuka diopes so "hooray" (oops!). Petang nanti kena hantar T balik ke hostel tapi dak ni kata dia nak drive sendiri ke Bazar Ramadhan pastu ke Giant beli tidbits. Dah bitau jgn balik malam sebab drebar takut drive malam sorang2.

Rancang bertolak dari rumah pukul 6 ptg dimana langit masih cerah.. Tup2 merpati dua sejoli datang ziarah bawa hadiah besday yg terlewat, bawa makanan dan Big Apple donuts. Susah2 aje namun rezeki jgn ditolak nanti kecik pulak hati diorang, kan? Sambil berbual sambil tengok album gambar kawin.

Tetamu dua sejoli sempat berjemaah solat Asar dirumah. Selepas solat siisteri membaca doa, sisuami mengaminkan, siisteri lantas mencium tangan suami dan sisuami tanpa teragak2 mengucup dahi siisteri. Can u imagine that? Auww, romantiknya.. bahagia dan manjanya mereka maklumlah masih wangi2an (ehem). Kita numpang gembira jer..

Maka terlewat hantar T ke hostel tapi baginya awal sangat. Bising mulutnya sebab kawan2 lain balik selepas berbuka dgn famili. Apa nak buat? Syukur ajelah dapat juga peluang balik ke rumah. Bila almost tiba hostel, barulah T perasan kunci biliknya tertinggal ntah kat mana. Sigh..deep punya keluhan ni.. sabar..sabar.. inhale.. exhale, maka T terlepas dari hembusan bola2 api. I just say "camana ni? tak buat checklist ke?" dgn lembut tapi tajam kan? Hehe, kesian dia.

Puaslah T phone kawan2, mujur ada yg dah balik so bolehlah tumpang bilik kawan2. Hari pertama puasa berbuka dalam kereta kat parking lot hostel, Makan karipap, donut dan air epal Twister (promo ni). Selepas unload barang2, time for a brief hugs and kisses (kena pecut balik untuk solat Maghrib).

Hingga jumpa lagi seminggu dari sekarang, insyaallah.. dan dengan dugaan2 yg lain..

No comments: