Sunday, 14 September 2008

14th Ramadhan ...

Untuk menjawab pertanyaan Cibil .. Cik Som masak apa? Mai sini Cibil, mai chek nak habaq kat hang sat (betul ke cakap slanga Penang cam ni? haha).

Hari ni I rasa cam nak mrajuk tak mrajuk, nak mogok tak mogok. OK tak? OK ajerr...

2 hari lepas I dah prepare burger-del. Dagingnya dah dibubuh bumbu segala sementara kentangnya w'pun dah digoreng, belum ditumbuk dan belum digaul sebati. I simpan dlm frij dua hari you namun cuma hari ni aje dibuat finishing touchnya, digoreng dan dimakan.

Disamping burger-del, I goreng kepak ayam - goreng bagian drummet dan yg tengah2 tu aje. Bagian isi terlebih pada wing dan yg tirus kat hujung wing tu I simpan untuk si Phin2 yg sedang bunting (ibu mengandung kenalah makan makanan berzat, kan?). I know you don't like wing, do you? Hehe.. See? I remember you wrote that in your blog but kawan baik you tu selalu kata I kertulah, kertilah tak boleh nak ingat pebenda.

Apa lagi lauk2 I? Oh ya, I masak kicap daging+kentang serta sambal tumis udang kering. All in all ada 4 lauk, isn't that great? Dalam pada nak mrajuk nak mogok, terhasil juga 4 lauk, bukan 1 atau 2 tapi 4. Handal tak? ('Aaa.. I nampak you beri I thumb up tuuu.. tq tq). You perasan tak takde sayur? Tulah you.. I buat tak tau aje sayur takde.

8.30pm Hantar T ke SA. Oleh kerana hari hujan dan fobia dengan kes letop letop tempoh hari maka MOTH aje yg drive sementara I melayan perasaan sambil berselawat. Pious tak pious tu? (haha.. riak gitu).

Sebelah siangnya penat buat kerja tu kerja ni. Kerja rumah ni never ends. Wa mencii tau. Si Santi (part-time helper) dah sms I minggu lepas "Kak, saya pre boleh datang esok" tapi I decline offernya, I sms dia balik "terima kasih Santi, awak datang 2 minggu lagi boleh?". You know why I decline? Sebab I malas nak join Santi berkemas sama. Nama aje ada helper tapi I tetap turun padang memantau. Dah 10x dia basuh my toilet tapi masih tak boleh diberi pass SIRIM lagi. Apa maknanya tu? Tapi I kesian kat dia ..

Si D pulak bermurah kudrat rajin nak kemas biliknya yg dalam keadaan OMG! (rasa cam nak jerit), pap! (tepok dahi), kriok (kerot dahi), phewh (tarik napas panjang), dan YaAllah ya tuhan ku (urut dada dan sekitar dada). Should I continue? Yes, I think I should (tapi dlm ati ajelah). D tak tidor semalaman mengemas. Bila dah ada mood, gitulah dia (Segalanya bergantong pada mood, dia ikut macam siapa ek?).

Satu tangga KOTOR dibuatnya maklumlah segala pekasam dan manikam dah dikeluarkan (si T dah bising2 sebab dia ni kononnya pembersih beyond I dont know what to say). Lantai bawah bercap2 kelabu dek tapak kaki D yaaang ... legam! I pun takleh pandang benda cam tu maka terus capai penyapu dan mop. Sebok sangat sampai termiss 1st half of Melodi, Kring2 dan ada lagi 1,2 program. Baca paper pun tak sempat tau ..

Nasib baek sempat catch Lan Pet2 kawin kat program Nona. Pukul 7 just before berbuka, sempat juga tengok Upin & Ipin Selepas Setahun, cerita animasi tu. Emajin I boleh folo citer tu? Kata jer folo tapi dah baper kali main kat tv, baru petang ni dpt tengok. T kata citer tu kat NTV7 tapi I kata kat TV9. Memang pun kat TV9. Sekali lagi terbukti kekertuan umur belum lagi mengganggu-gugat memori I, :-)

Ehh.. panjang lebor pulak I bercerita ek?(sambil mengunyah potato chips Chipster yg dah naik harga ke RM2.50. Dah rasa tak sedap pulak potato chips ni.. Apsal ek?)

3 comments:

Anonymous said...

adoihh.. kite gelak2 kuh-kih-kuh-kih baca belog ciksom nih.. dah tgh mlm ni haa.. nk gelak kene la cover2 sikit.. chomel kan Upin dan Ipin tu.. kite tgk jgk kadang2.. tp tkde la folow eberiday.. haa.. kite mmg tak gemar part wing tu.. sbb tu kite pelik cmner org blh minat chicken wing bermadu lah, berlada lah.. tp kalo org lain beli.. kite belasah jgk.. hihik! harini kan ciksom, kite buat puding 'suka-hati-ku' tau.. lapisan bawah dia ala2 puding karamel yg tkde karamel.. tp digantikan dgn cheese+coklat.. haha.. pastuh kite kukus guna rice cooker.. bijak kan? kwn kite cakap sedap sampai nak pengsan.. tu sbb kite malas nak masak sedap2.. nnt dia pengsan..hihi..

kite malas ka nak kemas barang.. blh tlg Si Santi tu mai sini kemaskan tak? kite bab-bab kemas barang byk2 ni mmg lembbab sikit.. sbb brg kite.. alamak aiii.. berlambak-lambak.. smpai kite sendiri tak sanggup nak tgk!

k lah ciksom, kite nak isyak dulu.. pastuh nak tido jap.. panjang kan komen kite ni.. mcm tulis surat chenta.. ha ha ha.

Dentist and Me said...

wa nak komen bahawa wa tak ada komen

Anonymous said...

Cibil, kalau resipi dessert tu sedap hingga boleh memengsankan orang, resipi tu kena simpan dalam peti besi tau, hehe.

Terima kasih mengomen panjang. I like .. tak mcm oghang tu (sambil memoncongkan bibir ke utara)