Pak Mok (PM) berasal dari Medan datang ke JB kerana sambong pengajian ugama. PM bercita2 menyambong pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Di JB, PM berkawan baik dengan LA.
Al-kisah ...
PM terima surat s.o.s. dari Nah di Medan. Bunyi surat yg mungkin ditulis dalam keadaan menggeletar aka panik "Bang Yan, Nah taknak kawin dengan Pak Engku (PE). Nah nak ikut pergi Johor".. (dengan tulisan Jawi yg ngekot2 maka ketahuilah PM bahawasanya Nah memang panik giler).
(sob2 whylah tetiba penulis rasa sebak tak menentu?)
Surat yg pendek membawa harapan yg besar tapi bagaimana cara PM settlekan masalah Nah? Kenapa Nah taknak kawin dgn PE? Siapa PE tu? Majistret atau loyer? Pemuzik atau peniaga? Tua ke muda?
PE merupakan saudagar yg berjaya, ada bisnes di Medan, Singapura dan Johor. Dia juga punyai berbidang2 ladang dan bergelung2 sawah padi. Pendek kata PE memang kaf-alif-ya (ikut ejaan Jawi lama).
Nah dari keluarga susah, punyai ramai adek-beradek. PM yg memang tinggi dan gemok tu merupakan abang sulung Nah. Entah macamana Nah dijadikan anak angkat pada PE dan Mak Engku (ME). Bila ME meninggal maka PE mulalah mencongak2 nak cari ganti. Walaupun PE ada beberapa orang anak angkat yg lain, namun dia tetap berkenan dengan Nah. Nak buat macamana kan? Dah memang Nah tu lawa, slim dan anggun bak puteri Kerathon.
Tak boleh gambarkan bagaimana PE beritau hasrat nak berkawin dengan Nah. Beritau directly atau menerusi orang ketiga. Macamana PE nak kawin dengan Nah yang PE dah anggap serupa anak sendiri tu? Sah Nah taknak sebab PE dah tua manakala Nah baru aje nak masuk 23 tahun. Mungkin 2 sebab tu membuatkan Nah turn down offer dari PE.
(ketika ni penulis mengeluh panjang cari idea nak panjangkan cerita).
PM yg bijak terpaksa perah otak cari jalan menjemput Nah ke JB. Agaknya PM mesti bersolat dan berdoa hebat mohon Allah beri laluan mudah untuk selesaikan masalah adek kesayangannya tu. "Light bulb" .. idea dah mari .. Siapa yg lebih layak menolong PM dan Nah selain LA, hero Malaya tu? Hahaha, memang LA jejakanya, takde orang lain. Lagi pun PM dah berkenan dengan LA untuk dijadikan ipar.
Tak tahulah ayat apa yg PM guna untuk meyakinkan LA supaya bernikah aje dengan Nah. LA was such a gentleman, selang beberapa purnama mereka pun bernikah. Hero Malaya bersama PM pergi ke Medan untuk upacara yg serba sederhana tu.
Maka bermulalah satu kehidupan baru untuk LA dan Nah dibumi Malaya (circa 1939).
Mungkin bersambung ...
No comments:
Post a Comment