Thursday 18 September 2008

Shopping ...


Getah Anggur - Sebelum direndam (top) dan selepas direndam (bottom). Tasteless, sedap dimakan dengan sirap bandung campur dengan biji selasih. Meriaaaaaaah ...



Lepas hantar D ke kolej nak pergi mana? Nak visit Chik kat PJ atau ke Mydyn? Tunda visit Chik dulu (hari ni a bit gentar nak drive jauh), so pergi Mydyn ajelah. Dah lama tak pergi Mydyn, nampaknya dah ada pembaharuan tentang parking lotnya yg seberandang tu. Sekarang dah cantik licin parking lot tu lepas ditar semula. Kalau tak, hengot bengot jugalah punggung kita bila tolak troli yg berat ke kereta disebabkan dataran yg tak rata. Tu juga sebabnya kebanyakkan troli kat Giant tak sejajar tayarnya. Bijak juga Mydyn bersikap proaktif!

Tiba diruang legar Mydyn, terus tuju kekedai yg jual tart nenas dan kek kukus buah. Ingatkan kitalah orang yg awal datang membeli kueh, rupa2nya tak. Tart nenas tinggal satu balang aje, bermakna 49 balang lain dah habis dijual. Kek kukus buah masih banyak lagi so kita dengan penuh semangat terus cekut 2 kek kukus dan sebalang tart. Harganya? Wow wee jugaklah!

Meninjau2 kat seksyen yg jual berbagai manikam rempah ratus, terpandang pulak biji selasih, kembang semangkok dan getah anggur. Dah terpandang mestilah beli,kan? Getah anggur tu dibeli setelah menemuramah sorang kakak cara menyedia dan memakannya, maka terus teruja nak cuba. Rendamkan sehingga kembang dan makan mentah bersama sebarang air berperisa seperti air sirap atau air matakucing. Biji selasih, kembang semangkok dan getah anggur sesuai sangat dijadikan bahan untuk lenchikang.

Pastu tercari2 tepung kacang hijau. Haa, jangan memain as I am game to make tepung gomak by hook or by crook. Kalau tak malu, nak hantar ke YouTube step by step cara buat TG. Kelapa parut muda dah dibeli tadi, malam nanti boleh masak dgn gula melaka as inti (tapi tak janji eh). Insyaallah harapan nak buat TG terlaksana maka bolehlah hantar kat T esok. Pernah sekali (duluu kala) buat TG konon nak impress TB (almaklum baru kawin). Pikir punya pikir, tak sangka dulu kala rajin jugak I nih, hehe..

Masa barang2 sedang ditimbang, terdengar suara one lady bercakap dgn suaminya "Mak suruh beli kacang ni..". Dalam hati berkata, baiknya lady tu nak belikan samting untuk emaknya. Teruja nak pandang kearah lady tu .. al-kisah .. adakah I nih peramah orangnya? atau pengingat orangnya? Hahaha..

I cepat2 toleh kebelakang dan lady tu tetiba mara kedepan. Tak syak lagi, I know that lady. I terus aje pegang tangan lady tu pelan2. Mata bertentang mata .."Kak Non kan?".. Oleh kerana lady tu lebih tua dari I, mungkin daya ingatannya lemah sikit untuk mengingat. Sedang dia tercari2 satu nama nak panggil my nickname, I terus aje kata "Cxxx". Lady tu senyum bercahaya terus aje peluk dan cium I berdesut2 (hehe, I pun sama). Kak Non kenalkan pada hubby dia as 'bestfriend Shiela". Masih ingat hubby Kak Non kuyush aje dulu. Sheila kawan sekolah sejak form 4 lagi, abang dia kawan abang kita, kakak dia kawan kakak kita. Berdekad2 lamanya tak berjumpa Kak Non (walhal rumah dia beberapa pelaung aje dari my house), dah ada 4 orang cucu rupanya dia. How time flies?

Petang ni masih samar2 tak dapat idea nak masak apa TAPI bila TB kata "nak pergi bazar"? ......... Yeayyyyy...besar tapak tangan, dulang I tadahkan, hehe..

2 comments:

Dicken said...

Malu shooting Youtube kalu, pakai je topeng, phantom of the opera ke, nenek kebayan puteri gunung ledang ke ..

Anonymous said...

Nak kena carik sanggul tinggi dan kebaya nyonya dulu .. haha..