Monday, 17 October 2011

Tea time ...

Sementara mood merapu belum datang secara pukal, biarlah I mulakan dengan cerita yang ringan2 dulu ... (ekceli rasa segan dan silu bila lama tak berkarya... Ada sesiapa share the same feeling tak??).


3 PMT berkongsi makan sekeping scone labu. Alahai, macam lokek pulak, kenapa tak beli 3, sorang satu? Sejak bila diorang reti berdiet? Makan dalam kereta ala piknik, selet scone dengan butter n jam.. terkial2 kekdahnya tapi apsal nikmat benar rasanya makan cenggitu??

Beli satu ketul (keping?) dulu, saja nak testing samada texturenya bentat atau ringan dan lembut. Sah yang dimakan menepati citarasa maka perlulah ketempat tu lagi ...

Labu scone dah habis stok so I beli cranberry scones, sanggup tunggu 10 minit menanti siap dibakar. Beli 6 keping untuk dihadiahkan pada Teh (from T) dan extra 2 untuk I dua beranak. Teh memang seronok dapat birthday present yang sangat praktikal, hehe..

Harga seketul RM3.50. Disediakan jam, butter/cream jika makan dikedai.

Perut meragam .. katanya bagus minum teh-o pekat tapi teh-o pekat mestilah pahit, tak gitu? So nehi .. janggelikahe.. tak suka pahit2 so I tambah gula sesedap rasa. Cantik tak mug itew? Haa.. mug tu anak kita punya, hehehe.. Beli ubat gigi, dapat mug preeee.... yeehaa..

Tu ajelah sebagai warm up untuk terus berkarya cerita2 yang lebih sensasi ... ehem.. sensasilah sangat. Tata ..

Oh yaaa.. PMT ialah pre-menstural tension Perempuan Melayu Terakhir u'olls.. hehehe...

26 comments:

Noir said...

baru nak tanya, apa tu PMT? sometimes you amaze me :}

kakcik said...

Selamat meneruskan karya dengan jayanya. :)

Ribbon Clown said...

Cik SOm,

Kita pun ade that kind of feeling bila lama tak update blog and bila nak comment kat blog kwn yg kita dah lama tak jenggah and tinggal komen.. huhu *having that kind of feeling now :P*

Lili said...

Al-kisah...I pung macam tu..bila jari jemari (cewah!) lama tak menari nari atas kibod ni, mulalah, datang rasa segan. And I'm with RC, sampai nak kimeng kat blog yang kita suka baca, ehem, e.g. Noir's, (ha ha ha) dah terasa kelu!

BTW, kita belum pernah makan scones labu. Tak aci tau tayang walaupung, warm-up warm-up gitu. Kita cuma tau bihun bodos jer! ekekeke))

DeLancrettLurpak said...

CikSom, makan dgn lurpak mmg sedap, awww!!

Anyway, scone tu kan kalau layer of jam+cream cheese+lurpak, hasilnya adalah marvellouss!!!

Yaya tgk gambar sponge bob mug tu, dia kata "Mommy, i like that cartoon"..

Maya Marisa said...

oowwwwhhh, i like the meaning of PMT. very creative you :-P.
same here la cik som, kekadang tu mmg kering idea nak menulis. time like this, buat tag pun best. cos guideline sudah ada... so kalau ada tag, jgn lupa bagi maya yea....

azieazah said...

PMT?
I pun nak share la tapi the “T” tu nak tukar jadi Teranggun or Terayu or Terkuat, bleh?

heheheheh..

pasni tak tulis entri yang kaw-kaw, siap youuuu....!

somuffins said...

NOIR
Sometimes only meh?? heheh..


KAKCIK
Mekasih.. hajat dihati nak rebut Pulitzer prize, boleh gitu? hehe..


RC
Glad perasaan 'silu' I is shared among fellow blogger. Nape kita mesti rasa cenggitu ek? Let's brainstorm .. :-)

somuffins said...

LILI
Jom kita cari sebab kenapa kita rasa malu2 kucing bila lama jari jemari tak menari waltz atas kibod. Psst.. sejak bila you jadi peminat setia Noir? ahaks ..(sukalah dia tu).

Scones? alaaa..you mesti pandai buat punya. Buatlah Lili. FA boleh sponsor LABUnya, har3..

somuffins said...

DLL
Bau Lurpak dah sampai keBristolkah? Kita tak pernah cuba makan scones dgn cream cheese, mesti cobak. Yaya pun suka Sponge Bob? Bitau dia "Wan Som pun sukerrr.." (sebut 'wan' tu pelan2 sket k?)

somuffins said...

MAYA
Peningkatan kekdahnya.. dari PMT yg asyik tension ke PMT=LOL aka lady of leisure. Bolehkah begitu? Yaa.., tentunya boleh, clap3.

Ooops TAG? Alamak.. I have 2 to do, errrk..

somuffins said...

AZIE
Gini falsapahnya ...

PMT = perempuan melayu terakhir YANG teranggun, terayu, terkuat dan apa2 yang TER kekdahnya.

Makanya ... *you tolong sambung ayat nih kasi cun, boleh kah??*

p/s: Cerita CL memang tersangat kaw2, I like!

T said...

CS,
Scone labu kat sini tak yah letak butter/cream/jam. Sebab? dah manis, frosting bagai. hahahaha.

p.s. I blog sendiri buat-buat tak kenal, kononnya busy :-P

Ibu n Abah said...

hmmmm..
sebagai meneman rindu ku padamu..
jadilah...
cerita sikit2 lepas ni kena citer banyak2...

somuffins said...

T
Lain padang, lain lalangnya.. OR is it lain padang lain belalangnya? tak sure, kah3..
Gitu eh bakery kat sana dah siap memfrosting scones? Untuk scones labu aje ke?


AKAK
Nak tulis cenggitu pun tercungap2, lainlah ada PA, auww. Nak bitau, hp kita dah nazak. Kena keluar juga nak beli bateri atau charger atau HP BARUUUU, yeah!

zarin said...

muahaha Perempuan Melayu Terakhir rupanya, ingat apa lah tadik :DD

blu4sky said...

hahahha ingatkan adik beradik ngan GMT :p

somuffins said...

ZARIN
Bayangkan PMT berkebaya merah, berkain batik; berselindung disebalik payong kertas cam zaman dolu kala..auwww...


SUE
Sebelum jadi PMT, kenalah jadi GMT = gadis melayu terakhir, hehehe epic tak?

blu4sky said...

wahhhh kelas..GMT ke PMT..pakai kebaya merah berkain batik..pheewiittt

PatinPasta said...

Warm up la kitorang dengan scones + butter + jam tu. Baru kitorang tak malu-malu.
* apa kes lak ni? :D

Sizuka said...

CS,

I la tu yg lama tak berkarya. Sampai dah berabuk blog I tu. Ni pun malas nak sapu hari2. Bila ingat, singgah sapu jap, pastu lupa balik :D

ps : kat mana tu jual scone yg nampak sangat sedap sampai sanggup u tunggu 10 min utk dibakar :D

somuffins said...

SUE
Dah berkurun I tak pakai kebaya. Masa masih SYT, adalah buat sehelai dua. Alignment tak cantik, lagi plak skrng, oh tidak!!


AIDA
Penat jer I buat-buat scones tu taw.. Apa tunggu lagi? silakan, jgn memalu ;-)


SHIDAH
Selalunya ada cerita yg nak ditulis tapi bila 'dalaman' tak berapa syok, buat apa pun tak menjadi. Tul tak?

Scones tu sedaplah juga. Tunggu 10 minit sebab the next batch of scones will not be baked until the next morning. Since we are going to her hse, maka berbaloilah tunggu 10 minit until the scones masak. Kalau tak, ralat rasanya kerumah my sis dgn tangan kothong..

Anonymous said...

CS, ai pon rasa sama mcm yg u rasa tu tau...rasa jiwang karatz jer semacam, silu2 lagi kekdahnya nak setat (ni mesti dia pening nak pronounce nih) menulis balik...

kdg tu tetiba rasa mcm ada mual2 ngandung sulung pon ada..

gitulah kekdahnya...

btw scone tu ada resepi?
sharelah...takkan nak share perahsaan jer....Q

somuffins said...

QJ
Nampaknya kita semua masih tebal dengan sifat malu, silu n segan sigadis sunti, auwww..

Betul jugaklah, kadang2 memang rasa mual ngandung sulung. Teruk kita ek??

Resepi scone disimpan oleh owner bakery. Puaslah I bergayut2 kat kaki dia mintak resipi namun tak diendahkannya. Eleh mcm sedap sangat pun *sour grape kekdahnya*

kak ja said...

Kak Thom, ubat gg cap apa yg offer hadiah sebegitu menggoda sekali?? I nnnaaaakkkkk!!! Psssttt!! depa isi siap2 teh-o pekat skali dak?

somuffins said...

JA
You ni mcm tau2 aje I ada share dlm brand ubat gigi itew..
Colgate limited edition 2 x 250g (size besar nih Ja.. 2 plak tu). Choice of mugs ada 4. Semuanya dari karekter Sepanbob Sekuerpens. I beli kat mini market JaSaint city (kelas kan?). Maybe you boleh cari kat Farmasi & supermarket juga.
Psst Ja.. teh-o pekat disediakan untuk share-holders aje, ahaks..bbpj..