Saturday, 31 December 2011

Lolipop merah & telur masin rebus ...

23-25/12 sederet terima 3 jemputan kemajlis walimatulurus my 'bekas'. Omputih sebut 'ex'. Bunyinya macam ramailah pulak koleksi 'bekas' masa I muda2 dulu ek? heheh.. tapi biasalah, I kan diva? ehh.. diva ke divan?

Bab diva tu sah 108% bedek! tapi bab divan tu kaaan, terasa nak beli divan bedlah pulak, can uh??. 2012 bedroom make over kekdahnya..

Eniwei, camanalah CikSom boleh kumpul ramai 'ex' sedangkan dia tu 'a one man woman'? Cakap benar, 'ex' CikSom, tulah TB musyuk2 colang, takde yang lain, heheh..

Jemputan datangnya dari EH, NR n Prof R (family friend cum ex-officemate, ex-jiran jauh 5 pelaung & ex-classmate resp.). Kan dah bitau tadi, I'm a one-man woman, kaaan?.

Lepas terima kad jemputan, harus belek2 kalendar dulu, tenung dinding tenung handbag cari ilham, camana gayanya nak kemajlis2 tu sebab venuenya amatlah jauh nun diKL sana! KL kan jauh??


23/12 - not able to attend as my supir was working but rasa ralat jugalah sebab takde peluang jumpa ex-officemates. Mak pengantin sesaja kata nak buat jejak kasih between me n one of my ex-bosses. Oit? ngade jer macamlah kita nih pernah berskandal plak, ehhhh pernah ke?

24/12 - kemajlis kawin ex-jiran 5 pelaung @ Bkt J. I thot kita kena merentasi highway ke SA untuk sampai ke BJ, rupanya tidak, hehe.. Patutlah T kata 20 minit dah sampai so dialah my supir for the day

Kita tiba rumah pengantin soon after pengantin lelaki tiba. I perasan dira'i sama maklumlah bukan selalu ketibaan kita kemajlis seiring bunyi pangkompang-kompang, kan? Alaaa, you pernah ke? heheh..

Sebelum jamu selera harus jumpa NR, mak pengantin yang cun dan HZ, dara yang ala selebriti tu dulu. Hug gesel pipi 3 kali barulah ngadap hidangan yang out of this world! Nasi beriani ada, nasi putih pun ada dipadankan dengan lauk sambal sotong kering, ikan keli masak lemak cili padi, kurma daging, ayam panggang, rojak (dan banyak lagi but kenot remember sbb dah seminggu, hehe). Dessertnya? Kuih2 melayu yang sangat lazat dan tentunya berbagai jenis kek omputih (dah mak pengantin a great baker macam CikSom, ahaks).


Lepas makan, masuk kerumah pengantin kejap sebab T nak jumpa kawan2nya dan bolehlah I kepo tengok pelamin (sekepo2 I, tidaklah I memandai naik atas kebilik pengantin sensorang.. no,no,no gue malus).

Cukuplah setakat snap pelaminnya aje dan snap gambar pokok bunga yang kat atas tuuu dari garden NR, hehe. My late Mak ada tanam pokok tu dulu .. pokok bunga Zaleha diberi nama tapi baru sekarang I tau pokok tu ada macam2 nama lain -> Bunga Tiga Bulan @ Bunga Pecah Seribu @ Bunga Zubaidah dan tentunya Hydrangeas.



Cenderahati untuk kita2 yang kadang manis2 .. bior bertambah dan terus2an manis :-)


... and surprise, surprise ... kami dibekalkan dengan nasi beriani panjang mulus + rendang daging owh so yummy!!! Masa HZ hulurkan sebungkus pada I dan sebungkus pada T .. I rasa cam nak lompat jer.. mueheheh.... Lompat versi malu tapi mahu (dahlah kita tuck in tak toleh kanan kiri, dapat lagi bekal ??). Nak satu lagi boleh? Untuk uncle kat rumah sebab aunty tak masak hari nih, hic! Kerat jari kalau I berani cakap cenggitu. Malu doh! (teringat kat Afdlin pakai baju kebaya masa Maharaja Lawak finale semalam. T kata "dia pinjam baju Ad*bah kot?", hehe mungkin juga.. ).


25/12 - Bukan selalu I jenjalan kat tengah2 bandaraya KL tu. Bila mata terpandang mercu kejayaan Malaysia, KLCC n Menara KL, sah I tak bermimpi disiang hari, ngeh2..

Jemputan dari my ex-classmate masa form 1-2. Since dia jemput Ndja maka seronoklah I as Ndja had promised to pick both of us (since TB could not make it, I hangkut T along and not always T would want to follow me to any majlis). Ndja has no qualms driving long distance unlike her sister who is forever gigil (who could that be?). I am forever grateful to her.


Cenderahati untuk kita2 yang suka makan telur masin. Yesss.. pertama kali cenderahati majlis kawin menghulurkan telur masin instead of telur ayam biasa. I am yet to ask my friend camana dia dapat idea to substitute telur rebus with telur masin. My friend nih professor so I assume dia ada alasan ilmiah for having to do so.

Tapi I boleh agaklah .. w'pun I bukan professor (not yet anyway, harharhar). Telur masin takes a longer time to get rotten as opposed to telur rebus. What do you think wahai professor2 yang sudi singgah keblog Al-kisah?? Pendapat kita samakah??

Special note to Mira: I hope you puas hati sebab I dah lunaskan entry pasal kemajlis kawin. You want 1 but I gave you 3, hehehe...

20 comments:

Unknown said...

Salam cik som, dah lima belas kurun wa tak jenguk sini... Nak menanya, mende merah bentuk heart yg cik som dpt dr kenduri tu, apakenamanye? Lollipop kek/gula2/sekut? Cam menarikssss.... :-D

Queenie said...

aparrraaa....

orang dah berjaman lah guna telur masin utk cederahati oops ceNderahati...

kan selalu org Johor wat gitu? ni misti kes lama tak pijak Johor...haish...

my sista pun suka guna telur masin utk tiap hari nikahkawin my anak sedara....

gugugaga...

Queenie said...

Cs...bunyi cakap mcm garang ek?
tp kan tapii... I baik kaaann...

blu4sky said...

CS,
kitorang sedang dalam tengah mengmake over bilik tidoq..laki ku sedang mengecat at this moment..
but not ours lah.. hihihi.. tengah make over bilik our girl...

re telur asin jadi cenderahati..menarik tu.. jgn dpt kat my daughter udah lerr..dia pantang jumpa telur terus nak makan.. i can't imagine dia termakan sebiji telur asin..mau buntang biji mata..hahahaha

Happy New Year CS.. Moga CS and keluarga sentiasa diberkati oleh Allah SWT, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik!!!!

Yat Maria said...

CS

I pun suka kalo dpt telur asin instead of the usual telur rebus for berkat..but nowadays telur2 ni jarang buat penjelmaan for berkat..dunno why nowadays people fancy giving other stuff as berkat (be it 'useful' ones or otherwise)..

anyway, bulan 12 ni 1 jemputan kahwin pun i takder..so harus ai usahakan sendiri masak nasi minyak to satisfy somebodi punya craving soon..k..cik som here's wishing u a wonderful 2012 ahead!

Mira Marlena said...

I like....I like...entry kawen sampai 3 in a row.Me likey so,muchas gracias eh CS for uploading the gorjes pelamin and all.
Seriously cantik pelamin dia!Masa I kawin dulu tak nampak cantik sangat sebab dekat kelab.Nampak pentas tu besar then my pelamin nampak kecut je.Kalau buat kat rumah lagi nampak serinya.
Bab telur masin tu I rasa mmg nak kekalkan ketahanan tu.Eh,who can deny telur asin with nasik bubur or nasi panas berlaukkan lemak or kari?Makan mmg tambah punya!

I wanna take this opportunity to wish happy new year to you and your family Cik Som.Semoga tahun baru ni banyak membawa kebahagiaan dan keberkatan buat CS.Dan diberi kesihatan baik hendaknya,amin.

P/S- Barangkali CS dah dapat ilham nak hias pelamin T suatu hari nanti? :-D

cahya indah said...

baca ni jadi teringin makan telur masin pulak tetiba, auntie..hehe. tapi betul la..dah ramai orang bagi telur masin as door gift sekarang.

Anie said...

Selamat tahun baru Cik Som ;) I blom pernah dpt telur masin for berkat lagi. Masa balik Sg, dpt pegi 2 jemputan. Dpt I jamah nasi minyak and feeling2 jadi pengantin bila duduk atas pelamin ahakkkksss.

Psst...smalam pegi countdown to New Year ke hehehez.......

mela said...

wah u ex jiran HZ! cantik pelaminnya. nasinya nampak sedap!
i like their house, cantik.

mela said...

dari entri sebelum ni..i pun tahun nyet..r u 12years older than me?
baru tau bedek hanya used by johor n spore..patut hari tu ada yg hidu kerakyatan i

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Salam..
Cik Som, tak pegi mana2 celebrate New Year? I duk umah je...main masak2.

somuffins said...

UNKNOWN
Are you CikLina yang suka puding roti bersos kastad? are you? are you??
Mende merah tu memang sedara gula2, lolipop manis!


QJ
hahaha.. kita familiar dengan telur pindang n telur rebus biasa tu aje. Memang dah berkurun I tak balik JB so memang tak tau.
Yess.. you memang baik (dgn harapan dikirim kesini karipap sedap 3 dozen asap).

somuffins said...

SUE
Your hubby dah bertukar jadi Eric Leong, eh? hehe ..
Hal telur masin tu, ianya masih tersimpan dlm fridge. I lbh suka kuning telurnya dari yg putih (masin melampau tak tahan).
Thanks for the wishes :-)


YAT
I suka terima telur tapi rasanya bila anak2 I kawin, I wanna skip the practice of giving out telur as barkat...may I pls?
Thanks for the wish.. same to you too.

somuffins said...

MIRA
Am glad you like the post. Tu aje gambar2 yg ada (malu aaah nak klik lelebih, hehe).
Bagian telur masin yg I makan, tulah kuning telurnya aje. Part putih masin sangat. Psst.. T kata dia tak nak pelamin bila dia kawin nanti. Lega I :-)


CAHYA
You dah tau trend beri telur masin as door gift? Tererlah you. Camana plak I boleh terlepas pandang ek?



ANIE
I pun baru 1st time dpt such berkat. Masa kawin dulu I bersanding; if only I berani say NO. Tak besh aah duduk atas pelamin.
Happy new year to you too. I tak pernah bercountdown.. tak reti.

somuffins said...

MELA
Rumah HZ mmg cantik. Her mum pandai dan minat mendeko2. Ehh.. you pun tahun Nyet2? tapi nape you tak kata I lebih muda dari you 12 tahun??? Isnt it possible?

Bedek? I pun baru tahu org Spura n JB in particular guna word tu.



ARTLOVER
Salam. I pergi workshop aje ngadap tayar etc. Mood masak merundum namun selera makan tetap mantap, alhamdulillah.

T said...

Happy New Year CS! Walaupun dah lama tak ngomen, saya masih setia membaca. hehehehe.

P.S. To improve mobile experience, you can activate the Mobile Template on Blogger Setting. When I did that for mine, it works like a charm.

Tie said...

Salam Som,

Laa.. first time dapat tahu dpt telor masin, hihi... Kira kreatif juga idea mak@bapak pengantin tu.. Hmm... kena pikir juga esok2 kalau ada rezeki jadi mak pengantin nak bagi apa pulak kat tetamu, ekk...

somuffins said...

T
Happy new year. TQ masih tetap setia disini, ehem...
And thanks for the tip. Akan diusahakan *diharap I bijak n faham apa yg I baca, gulp!*



TIE
Salam n hahaha... Gelak tu sbb kita nih sama. Orang Johor tapi miss out banyak 'adat' yang dipraktikkan oleh orang Johor (sementelah dah lama kita tinggalkan JB).

PatinPasta said...

Cik Som,
La.. naper tak mintak je lagi sebungkus. Apa nak malu, bukan minggu depan nak jumpa lagi. Aci bet, lama lagi baru nak jumpa.. so no halnye, sempat habis malu tu. Hehe!

Selamat tahun baru Cik Som!

somuffins said...

AIDA
Malu aaarr.. lainlah kalau dia kata "nah aunty..untuk uncle"; maka I pun apa menyambutnya dgn tangan n dada terbuka luuuuuuas..

Selamat tahun baru kat you juga. Adakah resolusi tahun baru kitorang akan hidu 'nasi beriani lauk kambing golek'?