Sunday 26 February 2012

Italian celup part 2, cilipadi n my oven ...

Menaip sambil menikmati leftover pizza as my b'fast. Mengalahkan orang Itali pulak, hehe.. Ada pizza perisa daun selasih dan pizza bertatahkan udang. Atas sebab tertentu, T tak pandang sebelah mata pada pizza, tu sebab berlebihan. Ndja pulak order saiz besorrr..

Berat tanggung jawab I untuk tidak bersekongkol dengan bisikan syaithon taw :-)


I warm-up the pizza dalam non-stick pan yang tak berapa non-stick (fakta usia namun sangatlah ia berjasa). Makan pizza warm n crunchy sambil berangan berada di kotaraya Italy, auwww... duduk semeja dengan Buddy n his family bincang pasal I jadi his business partner, ok tak tu? Pfftt! <- berangan no. 1

Buddy tu siapa? Dia tu tuan punya bakery tersohor di NJ nun. Tiap hari tak miss tengok dia gelabah @707. I just adore himlah! Berangan no. 2 -> how I wish I could work at his bakery. Jadi apprentice tea lady pun takpe tapi mau gaji separuh dari gaji Buddy, boleh? boleh blahh!

Breaking news: my mw/convection oven is in a state of comatose. The last time dia koma was about 2 years ago, I paid RM200 to resuscitate him back to life. But now, would a simple CPR work? Or else, it's time to ask for a new commercial oven, don't you think so? So sesiapa yang mengharapkan Lemon tart, silalah pangkah harapan itew. Jangan nangish, jangan sedih ... tahun depan boleh renew harapan yang murni itew, okay bebeh??.

Nak cerita insiden diGrocer kejap: Masa I membelek sayur2an, tup2 one guy sorang nih menegur (Mr C nama diberi). Ada 3 jenis cili padi (CP) depan mata so dia bertanya mana satu CP yang paling HOT! Though I'm not a big fan of CP namun dah ditanya pendapat pro (ehem), maka dapatlah dia jawapan pro, cewah! Anyway, pendapat pro kita abaikan aje, boleh? I just nak kongsi sebab musabab dia 'terpaksa' beli cili padi paling pedashh...

Kisahnya dia tu lecturer @private college mengajar pelajar antarabangsa yang berbagai warna, bentuk dan ragam. CP tu sebagai 'hadiah' untuk setiap pelajar yang suka sangat guna 'foul language' (maki, hamun, carut bagai). Cayalah semangat lecturer tu.

Yeayyy...debik sama diaa!! <- sah sokongan sadis!

I tanya what if his students make dono aje or refuse to even bite the chili? "Dheydeydeyyyy have to listen to me .. I am their lecturer, hahahah" <- komain bersemangat lagi dia dan manis pulak bila dia gelak sengih cenggitu. "OK, good luck to you.." I tinggalkan Mr C buat pilihan. Nak pilih CP merah, CP kampong atau CP mata burung, tweet2.

Dalam pada tu I musykil .. agaknya cili padi boleh pulihkan orang ga..ga..ga...gap tak? Sesungguhnya Mr C ada ciri2 tersebut, very obvious.

CikSom n her wild imagination -> what if Mr C's students gang up on him and force him instead to chew up the CP? Aduhaai ..Senjata makan tuan namanya nih, kesian Mr C ...

Published on 28th Feb. Marinate dlm draft biar rasanya sebati, har3..

7 comments:

Anonymous said...

Puan Seri Som,

Gantikan je oven tu, semarakkan semangat membaking. My Year 1 lecturer gagap rabak, susah kita nak focus.

Ribbon and Circus said...

k com,
hu
kat sini, ade sedara i yg suka bawangkan anak dia kalau nagis x berenti.. seram dgr!

as for the oven, gantikan saje sbb i nk tgk gambar lemon tart u baked!!! hehe

CS said...

SAUDARA NOIR dan PUAN RC
Memandangkan anda berdua support pembelian oven baru, maka bolehlah kita buat perjanjian bertulis bahawasanya anda berdua akan sponsor half of the purchase price, bolehkah? Yeayyyy...bolehh..mekasih.

. lecturer gagap, nasib baik you tak terikut2, hehe..
. bawang anak kerana menangis? Nape tak cilikan aje ek? Ala2 zalim aje mak budak tu..

cahya indah said...

Cahya pun patut beli CP bagi kat colleagues gamaknya..sama je kes macam Mr C's students. malas nak dengar those colorful language they use.

Queenie said...

sekarang oven pun dah muwah..

Anonymous said...

Cik Som
Oven beli je yang baru. I voted for U.

Cili padi tak sampai kat rumah I sbb semua orang tak makan pedas. Kalau nak makan sambal beli je kat Restoran Anjung Merah II, eh U tahu kat mana kannnnnn.

Dah Lecturer gagap, manalah student nak respect. Patutnya Lecturer tu kena makan CP tu dulu, baru la student dia makan CP. Ini ibarat ibu ketam mengajar anak ketam jalan lurus ler nih. Cam U katalah, silap hari bulan kena sepit dengan anak lah. harharhar

CS said...

CAHYA
Colleagues yg you maksudkan adalah pekerja2 Mermaid ke? Kalau dah selalu guna bahasa kasar, susah nak hilangkan habit cam tu.


QJ
I nak oven dgn multiple functions, can or not? Boleh bakar, boleh kukus, boleh proof dough, boleh vakum lantai... ahaks.. melampau dah I nih, ekekeke..


AHKAK
You pun suh I beli oven baru? Yeayy..penderma ketiga telah menawarkan diri nampaknya, alhamdulillah :-)
4 hari lepas I singgah kat Anjung Merah II beli daging kawah. My son mengidam. Since Akasia ada, dah sangat jarang I ke AM II.