Wednesday 6 March 2013

letrik, wm dan pretz ...

2 hari lepas terima memo dari my beloved TNB memberitau penduduk setempat hari nih takde 'karen' sebab pekerja TNB terpaksa 'henti tugas untuk menukar sesalur utama'.

Bagus memang bagus, tukarlah apa yang patut ditukar... takpe kitorang semua tahan berpanas. Panas kat dunia, apalah sangat khaan?

Dengan memo tu sebagai 'warning', basuhan cikSom tip top kekdahnya. Semalam habis 2 load dan pagi nih done with 1 load aje. Dah cuaca panas terik maka basuhan kering dalam beberapa kelip mata aje, hehe I like!

Yang tak berapa like part melipatnya walhal kerja melipat baju adalah kerja rumah amongst the top 3 yang I sker sikit masa dulu selain basuh pinggan dan menyapu dalam rumah. Nyapu luar rumah kerja TB wpun kekadang diambik alih oleh H d'Bangla.

Katanya pukul 9 nanti bekalan letrik takkan dibekalkan dalam tiffin box lagi, har3. Alahai.. camana nih sedangkan hari2 biasa kipas yang bergayut disiling dan stand-alone kipas berpusing 24 jam. Pulak2 tu kipas semua tu baru dibersihkan untuk mendapat optimum result (kalau kipas berhabuk effectnya serupa mengipas diri sendiri guna sekeping kertas..).

Boleh ke tahan berpanas sampai pukul 7 nanti sedangkan I dah janji nak ke 'Abu Dhabi' dating dengan F.Ahmad? heheh..

Maybe ada pembaca setia masih ingat my blabbering about my misbehaved washing machine <> 2 tahun dulu. Well..mesin tu masih misbehaved tapi kita masih guna khidmat baktinya. Tak malu manusia nih ekk? Anyway, tiap kali T gunakannya, dia sure tanya bila nak panggil orang repairkan mesin tu. I kata 'bersyukurlah at least tangan kita tak penat kena perah'.

And I still keep T's sms to let me know how frustrated she was when using the wm, hehe..
24/5/11 "Mi, tadi umi kata yg basuhan ni dah kat mana? Dia bunyi tititit T spin balik tapi dia tititit balik, t betulkn balik, dia tititit balik. Mcmana ni? Orang nak guna laa...".

Orang frust cenggitulah bahasanya. U'olls paham tak? hehe.. Abt 2 wks ago I tunjuk the same sms kat T dan kitorang gelak horhorhorharharhar... *bergegar lelemak Umi T*.

Tidur I semalam tak berapa puas sebab asyik diganggu oleh .... ehem .. diganggu oleh anak abah bukan abahnya, ahaks...

D tengah bersemangat nak cuba masak tu masak nih. 2 hari lepas dia cuba buat lasagna (hasilnya agak mencurigakan tapi bolehlah as it was still edible) ...



... pukul 3 pagi tadi dia sibuk menguli tepung dan nilah hasilnya ...




D ngaku rasa pretzelnya sama macam yang dijual tu... dan terdengar sayup kata2 riaknya dicuping telinga "D dah pandai dari Umi nihhh...hehe..".

Alhamdulillah D dah pandai dari Umi tapi diharap D lebih rajin dari Umi juga .... *statement masih dalam kalbu belum diluahkan lagi*.

Yang nih versi A.Anne's ... (pada pendapat I teksturnya tak sama macam mula2 dijual dulu). What say you?

A.Anne's version .. I suka caramel sos tu..

Almost 9am now .. nak buat breakfast sat. Kalau bekalan air terputus, harus by now I dah siap bersiram  but now only bekalan letrik yang takda maka upacara bersiram hanya akan dilakukan as n when necessary ajelah.

TTFN n HAND! Bunyiknya tatafornow n haveaniceday ..
.

11 comments:

Mulan said...

woaaahhhh... mata i tak berkelip2 tengok pretzels tu... huwaaaa, nak jugak..

i balik taiping masa MIL warded tu kan, wm kat umah akak ipar pon sakit tenat.. i nak nangis sbb wm takmo spin.. last2 kena kerah hubby & my son perah + pulas sekuat hati.. yg penting utk i, mesti boleh spin hahahaa... setakat rendam & gonyoh + berus tu kira ok lagi..

karen tadak?? kalo summer sini, i tak bukak pintu tingkap.. takut pasir & hot air mai visit.. kalo winter semestinya bukak sbb terasa macam di obesi.. nyaman.. byk nya i tulis.. sabor ya cs.. hehehe..

Ibu n Abah said...

Wow!
Pandainya anak bujang u...
Untung btl anak bujang rajin ke dapur....
Smlm.. Hangat sungguh....
Best memjemur...

Kakcik Seroja said...

Untung Umi ada anak yang pandai dan rajin masak. Malu Makcik Seroja nih! ;-)

ahkakbatik said...

awat buguhk benor A.Anne tu? atau kamera CS sabotaj bagi nampak buguhk supaya pretzel CS nampak lg cantik?

-mode muhasabah ntah kemana sebab hati masih busuk.. ngeh3x.-

CS said...

MULAN
My WM tu masih elok perilakunya sebab masih mampu wash/rinse/spin; tapi dek kerana kitaran hormon tak seimbang maka tatkala wash, rinse atau spin, ia tetiba akan berhenti berfungsi dengan mengeluarkan bunyi thit3. Kalau tu yg terjadi, I akan bukak tutup pintunya aje dan wm tu akan meneruskan kerja seperti biasa. Complicated tak? hehe.. BTW, karen takde selama 5 jam aje. Alhamdulillah..

P/S: Kita suka baca komen panjang2. Tu tandanya awak sayang kat kita, kan?? auwww...




AKAK
Semangat anak bujang seakan2 lampu trafik. Lama dalam keadaan merah tapi kejap2 aje hijau. Tamsilan tentang kerajinan namun semangatnya kuat (kalau nak buat sesuatu, dia pasti buat wpun ilmunya cetek).

CS said...

KAKCIK
Kadang2 rasa untung kadang2 rasa tak berapa untung, haha.. Apa pun, alhamdulillah dialah madu dia jugalah racun semut, haha sekali lagi. Jangan rasa malu sebab masanya akan tiba untuk anak2 you bertempur didapur :-)



AB
Psst...oleh kerana I dah (18%) muhasabah diri maka I bersangka baik ajelah dgn kata2 you, ehem. Ekceli memang rupa pretz A.Anne tu buruk (takde pengaruh sabotaj dari hp Cokia maupun dari tuanpunya hp itew). Jom sambung muhasabah diri?

Unknown said...

I pulak...biar tk da letrik jgn tak da air...baru lah haru biru!
Wow..bertuah calun menantu u nanti...anak teruna u pandai memasak!

Queenie said...

CS, you pernah dgr lagu ideal sisters tu? camtu la kepentingannya air dan api ek?

eh, nanti i sambung balik la, dh lambat nih hihihi

CS said...

LEEZA
Takde bekalan air, kita penat menadah bengkok pinggang tapi takde bekalan letrik kita masih boleh lax2 lagi, kan? Tapi jgnlah takde bekalan letrik sampai 24 sehari. Tak tahan tiak, ahaks.


QJ
Lagu Ideal Sisters? Kalau dengar maybe I boleh ingat tapi bab ingat senikatanya I mmg lemah ingatan. Psst.. bizi lady, masak apa hari nih??

Unknown said...

Hai Kak. Lama sungguh tak jengah sini. ;) - cik som kecik. (errr semenjak dua ni, tidaklah kecik sangat... )

CS said...

CIKSOM KECIK???
Haiii.....kemana menghilangkan diri? Awak dah tak berapa kecik in size kah? haha.. I like. Welcome to the club.

Anak dah berapa orang skrng?? btw, camana nak follow awak?