Monday 22 September 2008

September 22...

22hb September ... harijadi Bak.
Segala2 berlegar diminda, very vividly!

Senario semasa makan:
Bak duduk dikepala meja ..
Sambil makan sambil baca (seketika) suratkabar tak kira NST, the Star atau Utusan
Yang tak sedapnya bila Bak buat aktiviti 3-in-1
Makan, baca dan buat lapuran selari tentang politik negara
Oh no ...
Kitorang tak suka nak dengar hal politik negara atau apa2 yg ada dalam suratkabar tu
Tak suka sebab Bak selalunya menyimpang ...
"ada baca main page?"
"kadang2 adaa ..."
(yaalah tu kadang2 walhal kitorang suka baca rancangan TV, katun, ruang hiburan dan berita yg ringan2).
"mesti baca ni semua, mesti tau serba sikit"
(ya Bak, yaa .. bila besar kita bacalaa..janji!)

Semasa menonton TV:
Kalau Bak ada, aduh tensyennya
Tensyen kalau ada kissing scene ... rasa malu dan takut kena marah tengok cerita tak bermoral walhal cerita untuk keluarga aje (Waltons, Partridge Family, Monsters, Adam family).
Tensyen kalau Bak tanya ..
"dah baca buku"?
"dah ulang kaji"?
"bagus cerita ni"?
(Aduhaai, "give us a breaklah Bak" .. oit!?, berani ke jawab macam tu? Sumpah tak!)

Senario santai:
Bak nyanyi lagu 'PakNgahlah balik' (my early exposure to Ghazal. Tu sebab I like!)
Bak nyanyi lagu Jepun "jhio tikonningres, sweet tetet temblosh"
(Jepun ke Jawa tu?? Hehe, Jepunlah beb, takkan Bak cakap bohong, khaan?)
Masa ceria gini, kitorang 4 beradek terakhir perlu berjaga2. Sebabnya?
Bak akan cekup dari belakang dan dukung salah sorang dari kita ... (kadang2 anak jiran pun Bak dukung maka menjerit2lah mintak dilepaskan kebumi... seronok n meriah giler).


Bila dalam kereta:
"kenapa orang tu tunggu bas"?
"kenapa orang tu jalan kaki"?
"tak tau" (jawapan selamat)
(cuba sekarang Bak tanya soalan2 yang sama, insyaallah I boleh beri 10 sebab musabab yang sahih.. ).

Bila dimeja belajar:
"baca dari atas bawah, kalau tak faham, ulang lagi, ulang lagi"
"praktis banyak2, hafal sifir, hafal formula"
(ya Bak, yaaaa...)

Nasihat sebelum bershopping ke Singapura:
"ingat jangan lalai, cermat, hati2, jangan gopoh"
"jangan suka2 aje"
"bayar tax jangan sembunyi2"
"paspot ni jaga betul2, kalau hilang susah"
(ya Bak, yaaa.. biar hilang duit jangan hilang paspot, kan Bak kan?)

Sebelum ke sekolah:
Bila dengar berita pukul 7pagi di radio
"tau makna joint-venture"?
"tau makna publicity"?
(alaa Bak ni... mestilaa tau)

Senario beri report book:
"kenapa tak dapat nombor 1"?
"apasal merah2 ni"? (sambil bulat2kan dengan pen)
(bila teacher tanya "who did this"? Jawapannya "mmm...my father")
DAN UNTUK SEMINGGU BERIKUTNYA, LETERAN MASIH LAGI KEDENGARAN (self-grounded from watching tv, sedar diri kekdahnya).

Nasihat ke pejabat:
"datang opes cepat 15 minit, biar bersedia"
"buat checklist/things to do list"
"jangan ponteng"
"kerja kerana Allah, ingat"
(yaa Bak yaaa, ingat .. dah tulis dalam buku 3-lima pun, heheh)

Kata2 yg power "jangan jadi parasite, jangan jadi opportunist"
(masa kecik2 dulu faham ke? Sumpah tak faham but somehow kata2 ni MELEKAT kat minda bagai digam dengan UHU atau gam cap gajah!).

Banyak benar yang nak ditulis tapi anak Bak dah penat dah ni.
Oh ya, Bak kata ..
*bila ke majlis jamuan, jangan penuhkan piring dengan kueh2 tapi ambik 1-2 aje dulu
*jangan slurp sup (cara ceduk sup berlawanan dengan cara yg biasa kita guna)
*kunyah jangan berbunyi
*jangan gopoh bila nampak makanan

Kata2 yg super duper powerful "jangan tinggal sembahyang" & "pakat adek-beradek" (dari kita kecik hingga dah kawin, tulah nasihat yg tak pernah lekang, alhamdulillah).

Bila Bak sakit tenat, hati ni tersangat nak luahkan rasa kasih dan sayang dengan memeluk dan menciumnya. Sekejap pun jadilah. Nak buat tak buat nak buat tak buat, at last kuatkan hati, buat juga. Alhamdulillah! dapatlah peluk dan cium Bak beberapa kali. Bak komen kat MakEngku kita sorang aje anak yg sayang kat dia, tak geli nak cium dan peluk dalam keadaan dia begitu. Kembang kejap!

1987 tahun akhir berhari raya dengan Bak. Dengan rasa gembira yg amat sebab Bak puji "CikSom punya sambal kacang *"jhoto" (bahasa Jepun). Itulah Bak, selalu naikkan semangat anak2 tapi kaan, sambal kacang tu memang *special pun! Auww..

9th July petang Khamis Bak kembali kerahmatullah

(Mak died on 10th July, 10 years earlier)
Al-fatihah ...

3 comments:

Anonymous said...

adoihh ciksom.. sedeh plak kite baca citer ciksom ni.. teringat citer pasal ayah dalam blog kite tu.. :(

Dentist and Me said...

Lu memang curlass la cik SOM. Tabik spring tiong tiong ! ! !

Anonymous said...

Cibil, 'dengor' tu ada owang dok muji kita? Apa nak kata kat dia ek? Tenkiu ke? Blah ke? Tapi wa ingat beliau mesti ikhhlars, kan?
Citer yg Cibil paste tu, kita dah copy pun. Memang :-(

Mr Dentease, kekadang wa konpius dgn puji2an lu NAMUN wa terima dgn penuh tiong tiong gak! Heheh .. (teringat jaman dulu kala masa kita memula kenal, auwww. Masa lu masih suci dari segala debu, ahaks). Hekhekhek..