Friday, 26 September 2008
.. of flu, exam and terawih
Homemade croutons for T to relish it with mushroom soup.
Sejak hari Rabu T dapat flu. Risau juga sebab examnya belum selesai. Bila T beritau dia demam, suaranya alahai, ketat dan sendat aje bunyinya. Mulalah whining. Suruh batalkan puasa jawabnya "*sayang". Suruh pergi klinik jawabnya "ada klas sampai petang". Suruh minta tolong kawan hantar ke klinik jawabnya "semua ada klas", tapi ada juga kawan yg baik hati offer hantar T ke klinik sebaik saja selesai klas. Dari malam Selasa hingga pukul 6 petang hari Rabu baru ke klinik. Doktor komen "badan awak panas ni" and yet bila T mintak MC untuk hari esoknya, doktor tu kata "demam aje nih". Oh well doc, you know better!
P/S: *Kalau batalkan puasa pun takde benda nak makan, ubat pun takde. Sepapan Panadol yg dibawak dari rumah dah habis dimintak dek kawan2 yg sakit dan pening. Phewh!
Bila T tanya ustaz boleh tak dia ambik exam hari lain, ustaz kata "boleh tapi lepas raya dan soalan lain". T mengalah sebab taknak buat lepas raya. Masa ni dia dah rasa nak muntah dan pening. Masa buat exam tu, ustaz hampiri T "demam ke nih"?, dengan pantulan suara seakan2 sindiran. Bila tanya T apa jawapannya pada soalan ustaz tu? "T diam aje".... and that made me real mad! Hey, what happen to me? Have I become my Bak already? Bak always said "berani tanya, berani cuba, berani tu berani ni". I know T can very well say something to convince the ustaz that she was really SAKIT, but "T taknak cari pasal kat sana". Sigh ... need I say more?
Bila beritau kakak T sakit, komennya "kesiaan, pergilah bawak dia balik jumpa doktor". Kalau ikutkan hati memang nak kesana tapi ... saja biarkan T berdikari ... (pantau dgn sms dan bercakap ditelefon aje). Suruh T mintak tolong dari kawan2 belikan makanan untuk berbuka, "tak payahlah Mi taknak susahkan diorang". Kawan2 ada yg offer nak belikan makanan tapi jawabnya "takper thanks", habis tu T nak makan apa? "makan mushroom sup". Sigh...
Sebelum jemput T semalam, sempat pergi ke bazar kerana T pesan putu piring dan tepung gomak. Baru nak bergerak ke tempat T, terima sms "alang2 dah petang, datanglah lepas Maghrib eh Mi?". Ishh.. budak nih, lupa ke dia yg kita ni takut drive malam sorang2? Apapun, terpaksa juga kita mengalah, dari bazar balik ke rumah semula. Come to think of it bagus juga berbuka dan solat Maghrib di rumah, lebih selesa dari bersolat di bilik hostel T yg *sempit tu.
P/S: Bilik yg sempit tak menjadi masalah tapi bila kawan2 berbual2 tak hormat orang sedang bersolat, itulah masalahnya.
Telefon T sebelum bertolak "Umi datang sekarang" dan jawabnya "belum abis kemas lagiii". Ehh, kan dah tau nak balik, kenapa tak kemas2 lagi dari semalam?. "T kan demam Mi? tak larat. T belajar .. exam lagi". Sigh...
Bila disuruh kemaskan barang2 yg dibawa dari hostel tu ... "eghh..eghh..tak laratlaa Mi".
Selesai bersahur dan bila mula waktu Imsak, T baru perasan dia belum lagi solat tarawih. Hadoiiii, kecoh satu rumah. To cut the long story short, or rather to cut the long & winding whining short, she confessed "masa T tenat pun T buaaat tau.. alaaaa T rasa cam ?&$%?! (terlupa pulak her exact word). Kesiaan ... actually I wanted to remind her to perform the tarawih the night before but I refrained as I was so sure she would say "tak laratlaaa Mi...". It turned out I 'misjudged' my baby, hehehe. Syukur alhamdulillah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kirim salam kat T ye Mi.. hihi..
Selamat Hari Raye.. Maaf Zahir Batin..
Esok kite sampai Malaya.. yeh!
Insyaallah ..
Jgn lupa kontek Mi bila dah tiba tanah Melayu, eh? heheh
Post a Comment