Friday, 5 September 2008

Pop! Pop!

Wah..kejap dah Jemaat ek? Kejap dah seminggu. Kejap dah menyapa highway. Kejap aje berjumpa dan bermesra. Waktu berlalu dengan pantas. Ia terbang tanpa sayap. Bayangkan sekiranya WAKTU benar2 terbang dengan sayap? Huuweeeeee..

HP berdering tapi sekarang mana ada dering2, kan? Yaa, HP berbunyi dengan tune laguuu? T jer yg tau. Budak2 tu memandai aje download lagu diorang kat hp kita tapi bagus juga, bebila HOT dgn diorang, kita wat dono aje, takyah jawab. Bila teknologi menyebelahi kita, haha, I like! Tapi mana ada ibu mithali kat donia ni yg taknak atau melengah2kan bila tau ANAK yg menelefon?

"Miiii.. nape T fone tak jawab?"(w=whining@merengek)
"tak dengar pun, bila?"
"dah 5 kali T kol dari smlm tau" (w)
"ohh, fone rumah ke? Ahh..mesti wire tercabutlaa tuu"
"bila nak amik T"? (w)
"bila boleh amik? Klas abis kul baper"?
"kul 4 tapi datang kul 6 eh? Jgn amik lambat2 T nak gi bazar"
"tak abis2 dgn bazar"
"yelaa, T dah ngidam ni.. bye"
"Hoi!! bye"

Sebok cam biasa buat itu ini, ini itu NAMUN projek dari 'things to do' list belum tercuit. Hantar D ke kolej, singgah supermarket, bayar bil dan kemas barang2 yg dibeli terus sediakan bahan untuk berbuka. Sempat juga menumis kuah mee, petang nanti baru masukkan meenya. Mesti cepat as lepas Asar kena bergerak pi jemput tuan puteri Gunung Ledang.

5.30 ptg. Hadoi, sana sini JAM tapi bukan jenis jam yg melekat2 tu. Lepas bayar tol RM1.10 (nape mesti ada seposen tu?), dalam 2-3 minit meluncur tetiba dengar bunyi letupan. Bukan letupan cam bom perang tapi memanglah bunyi samting MELETOP! Wah.. mau tak panik CikSom kita? YaaAllah, maaaaaaak, nape ni? Takkan keta ni meletop pulak? Tayar pancit ke? Waarghhh... Keta pulak banyak, camana nak ketepi? Kalau tak berhenti kang, buatnya memang tayar pancit? tayar meletop? Cuba menghidu (gaya hidung kucing cium ikan) kot2 ada bau terbakar ke hangit ke, tapi takde pulak.

Aduh, camana nak pull over sedangkan kereta bertali arus. Dalam pada tu boleh pulak teringat citer omputih bila polis suruh keta owang jahat to pull over. Masa tu kan kalau JPJ ada, sure depa puji CikSom sebab selama ni CikSom kurang guna skill 'competent driving'. Dengan keberanian yg datang dari Allah (amin), maka CikSom dengan pronya pull over ketepi. Sedang CikSom pelan2 ketepi, ada pulak tow truck menghalang. Dalam ati "bagus gak, kalau jadi apa2 kat keta ni, tow trak ada".

Sebaik aje keta berhenti ditepi, tow trak tu pun berhenti sama sambil pandang kearah CikSom. CikSom kaget I tell you. Belum sempat bertanya apa2, tow trak beredar. Kebetulan ada juga 1 keta yg dah berhenti maka CikSom terus bertanyakan kapel tu samada diorang ada dengar bunyi letop sebelum Ciksom berhenti tadi. Dengan pengesahan dari kapel tu (but I cant fathom why the man looks so pucat?), CikSom kembali bersemangat dan yakin untuk menyambung perjalanan.

Waktu tu Allah aje yg tau PERASAAN ini cam mati hidup semula (lain sket dari perasaan Jamal Abdillah kot?). Dugaan pada 5 Ramadhan walaupun SIKIT aje diuji, namun... Alhamdulillah .. alhamdulillah .. alhamdulillah.

4 comments:

Anonymous said...

kesimpulannya, tu bunyi ape ciksom? kete sape yang meletop sebenarnye?

Anonymous said...

Cibil, just pagi ni while bersahur wa terkenang.. WHY only ME yg teruja, terpikir & terkesima untuk berhentikan keta ketepi dan check what's wrong. Hahaha .. maybe Allah saja nak uji wa? Kesimpulan yg bersimpul2, I really dont know letupan tu datang dari mana.

Dentist and Me said...

ada bau tak bunyi tu?

Anonymous said...

Camana lu tau ada bau? Memang ada.. waaangi sangat!