1. Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?
Heheh, long stori nih. Baju sesaja untuk raya memang takde tapi khaan, pada bulan Julai lepas I dah buat 8 pasang baju kurung. 3 dari baju2 tu dibuat dari kain yg dah disimpan lebih 10 tahun, ok tak? 4 pasang lagi dibuat dengan kain murah2 belaka dan 1 pasang dari kain yg dibeli ditailor ketika menghantar baju2 tu untuk dijahit (can't resist). Beli kain kat tailor kononnya untuk raya tapi dah pun dipakai (heheh, biasalah pompuan, kan?).
Yang tak sedapnya harga workmanship tailor lebih mahal dari harga 4 meter kain. Baju2 tu dibuat kerana terpaksa untuk ke majlis nikah/kahwin, lagi pun dah lama tak buat baju kurung. Tentang warna pulak, memang very colorful dengan warna2 lembut tidak menyilaukan mata sesuai dipakai untuk kelihatan anggun, haha.
2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Makanan tradisional? Boleh tak sebut lasagna ke, mousakka ke? Couscous ke? Haha, nak kena tampar tu.. Ishh.. MESTIlah ketupat nasi/pulut dan juga ketupat dari daun palas, dimakan dengan campuran lodeh, kuah kacang, sambal goreng, serunding kelapa dari ikan parang, dan sambal sotong (yg ni tradisional ke?)
3. Apakah biskut raya kegemaran anda?
1. Biskut makmur isi kurma dibuat oleh Kak Maznah (tapi dah tak buat lagi laaa), dan biskut makmur isi kacang (inti mesti garing) dibuat oleh Hjh Som, my jiran (dah order 2 balang).
2. Biskut cornflakes buatan sendiri (cewah!) dengan salutan cornflakes yang tak hancur sangat. Bila kata buatan sendiri, it means 4 thn sekali baru dapat makan :-)
3. Batang buruk Muar (harus dari Muar. Ngader kan?)
4. 'Open' tart nenas dari JB sebab yg ni menepati citarasa
5. Halwa maskat buatan family (ni bukan biskut) tapi dah bertahun2 tak buat sebab it's kinda leceh.
6. Kek kukus buah (dah dapat dari 1 source yg sedap, tak payah cari yg lain).
4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
Duit dari suami untuk persediaan raya dikira 'duit raya' ke? Yang tu dah dapat awal lagi. Untuk bebudak aka anak2 sedara dan cucu2 sedara (cucu? auwww) yg tak berapa ramai tu, joint-venture dgn suami dapatlah depa RM20 sorang. Saper tak salam dan tak cium tangan, tolak RM5, boleh tak?
5. Apakah aktiviti malam raya korang?
Aktiviti malam raya tertaklok pada keadaan. Kalau raya di Melaka, maka malam raya tu dah tak buat apa2 melainkan bersantai, berbual2, minum kopi sambil mengadap TV. Orang Melaka ni rajin2 belaka, petang sebelum raya dah siap segala.
Kalau beraya diKL dulu (rumah kakak), maka sebok kat dapurlah (dapur sendiri bukan dapur kakak). Sebok sikit aje sebab masak kuah kacang dan sambal tumis sotong (potluck). Kadang2 menjeling gak kat TV tuu, heheh.
There you are Mas. Selalu2lah tag kita but I won't tag others (I kan pemalu? ahaks). Sekian salam mesra..
2 comments:
hehe thanks kak! hehe ha btw, sy nih leh dpt duit raya x rasa2nye?;-) & also, kalau pi melaka tuh, singgah2lah umah saya ek...
Nak duit raya jugak ke? Boleh aje tapi untuk Mas punya baby laa. Melaka kat mana?
Post a Comment